BLOG sis'R'

Friday, February 15, 2013

Oh, pokok betik!

Assalamualaikum...

Cuti seminggu ni memang bestkan...tapi ngape sunyi lagi jalan raya kat bandar ye? Sempat ler teman buat makro housekeeping...tu dia...macam nak raya dah...siap basuh curtain lagi..hahaha..

Jiran-jiran aku kiri kanan belakang sumenye cina....berkotak-kotak  dapat buah limau...tak termakan, dah bawak balik kampung  dapat lagi sekotak...peti ais dah penuh dengan limau...rezeki! rezeki tu! Alhamdulillah...bukan buah limau jer...pokok betik pun ado!

Punya dah lama tak bukak pintu belakang...bukan ada apa pun kt belakang rumah tu..tak bertanah pon...hajat hati nak nyapu-nyapu ler sesikit...huhuhu...

Sekali bukak pintu.... terkejut tengok ada pokok betik tumbuh kat celah batu tepi rumah...dah beso tu! Dalam keterkejutan itu...terus aku belek2 pokok betik tu siap ambik gambo lagi....Punya teruknya kami ni kan... tak menengok  apa ada kat belakang rumah!
dah beso pokoknye..
rendang pulak tu!!
bila tengok pucuk betik jer...teringat kerabu
yang mak buat ... sodappp!

Mr hubby balik keje... aku bagi tau pasal pokok tu...dia boleh kata "eh, ye ke?...ok la tu ..biarlah sampai berbuah!"
Adoi! kang buatnye akar dia membesar... kan boleh pecah batu-batu tu? Dalam hati sayang jugak nak musnahkan...hehehe   so kami biarkan jer la pokok tu sampai mana...OK tak?





>>>>>tengah membayangkan pokok betik tu  berbuah....muahahahaha....


Sunday, February 3, 2013

Cuti2 ala Winter Sonata 5- Jalan2 & Shopping

Hai semua!!!

241212

Ini adalah entry terakhir pasal Korea Tour...emmm sedang berusaha gigih utk mengingatkan plot cite yang dah berlalu lebih sebulan..hemmm...

Seperti biasa pagi ni kami breakfast kat hotel. Terus check out sebab kami akan bermalam  di Incheon untuk malam terakhir di Korea.Pukul 0830am, kami dah masuk bas untuk ke destinasi seterusnya. Kemanakah? Dalam bas Mr.Kwan kata, suhu pada hari ini ialah -14C bawah takat beku! Adoii...patutlah keluar je hotel menuju ke bas rasa kebas pipi walaupun sekejap.

Kami dibawa ke National Ginseng Outlet. Biasalah kat sini dia promot pasal ginseng Korea yang dikatakan sangat bermutu tinggi. Boleh beli guna credit card dan free  tax. Siap bagi cert lagi.  Kita pun sedia maklumkan ginseng ni memang baik untuk kesihatan. Merasalah secawan dua teh ginseng ni. Ada yang dalam bentuk capsule dan serbuk.Kat dalam ni jugak ada info dan gambar tentang proses pertumbuhan ginseng sehingga lah bolah dijadikan ubatan.
from google
Tak lama kat situ, kami ke Amethyst Factory pulak...kat sini adalah tempat jualan perhiasan wanita daripada sumber kristal dari bumi berwarna ungu. Kita mungkin biasa tengok perhiasan kristal rantai, gelang,loket dan sebagainya, kat sini semuanya berwarna ungu. Cantik jugalah. Orang yang minat benda-benda ni sure rambang mata. Aku tak beli apa-apa pun kat sini. Lagipun kami tak lama kat sini..dalam setengah jam rasanya.

biasa tengok kan! kat negara kita pun ada...
yang paling unik adalah ciptaan Allah dalam batu ini
-google-

Selesai di situ kami ke Digital Pavilion. Dunia digital la kat dalam ni. Aku panggil dunia 'Touch n Go' sebabnya kat situ semua peralatan main touch2. Kita boleh ukur kadar kesihatan tubuh badan dan penyakit yang ada dengan peralatan canggih  yang terdapat kat situ. Nak crite lebih-lebih pun tak berapa nak tau nama benda yang ada. Kita akan dapat pas khas untuk menggunakan peralatan yang ada kat dalam tu.

timbunan salji di merata-rata jalan..
Yang paling best kat situ, kita boleh memelihara 'ikan digital' dalam kolam digital  menggunakan pas khas yang diberi dan ikuti langkah  yang terdapat pada board kat situ. Pastu letak tag nama kita.  Kita boleh kenal pasti di mana ikan peliharaan kita dengan menggunakan pas tadi. Sentuhlah pas kita kat mana-mana sudut  kolam tu.... ikan tu akan datang kat kita..hahaha....menarik jugak la! Rasanya tempat ni belum banyak bahan kerana masih dalam proses naik taraf. Untuk budak-budak sekolah memang menarik lah!
inilah ikan peliharaanku...
ikan ni  sedang mencari aku ....hahahaha
Cuaca sangat baik hari ni. Langit membiru tetapi sejuknya bukan main lagi. Rasanya kalo lagi lama kat sini...boleh beku..hahaha.Pemandangan bandar sangat-sangat cantik.. Mr. kwan kata, tiap-tiap awal pagi pekerja2 akan membersihkan salji di atas jalan raya dengan bahan kimia supaya kenderaan yang menggunakan jalan raya pada waktu pagi lebih selamat. Timbunan-timbunan salji merata-rata di tepi jalan.Perjalanan diteruskan untuk lunch. Kami ke 'Little India Seoul' sekali lagi untuk lunch dan terus solat di masjid semalam.
tengah hari di Seoul
semalam kat sini air laut...hari ni  dah beku. dilimpahi salji..
yang ini juga..dah beku!!
Tempat seterusnya, kami ke The Cosmetics Shop. Kami diberi penerangan tentang pelbagai jenis alat kosmetik. Korea kan syurga kosmetik! Aku beli la jugak satu set alat kosmetik penjagaan wajah dan face mask kat sini...selepas tergoda dengan  promoter tuh...manalah tau tetibe muka aku jadi macam awek korea pulaks...wahahahaha terlebih sudah! Awek2 korea yang keje kat sini cantik-cantik kulit dorang tau! Produk yang jual kat sini juga sangat murah dengan adanya promotion untuk krismas esok...huhuhu

Selesai solat kami dibawa ke DongWha Duty Free. Kat sini macam shopping complexs jugalah... Barangan berjenama banyak dijual kat sini. Masuk je kita akan diberi kad diskaun. Tak de apa yang aku shopping kat sini. Barangan agak mahal jugalah sebab aku tengok bahagian kosmetik dia je agak mahal berbanding tempat tadi. Masa yang diberi oleh Mr Kwan juga amatlah terhad! Sementara tunggu yang lain kami pekena 'hot choc' di kedai-kedai  kat situ.
kesejukan melampau...dah berniqab pulak aku !!
tetibe rasa nak snap gambo keta polis ni....
Selesai di sini kami nak final shopping di Namdaemun Market & Myeong-dong Fashion Street. Mr kwan bagi kami dua jam jer...sempat ke nak  ke dua-dua tempat ni? Kawasannya besar yang amat! Kedua-dua tempat ni dipisahkan jalan besar. Kalo nak menyeberang kita hanya turun eskalator ikut jalan bawah jer...tak sempat nak bergambar bagai kat sini..semuanya mengejar masa...
tarik dari google...macam ni ramainya manusia..
Memang meriah kat sini...tempat shopping yang terbesar kat Korea aku rasa. Kumpulan kami berpecah ikut haluan sendiri. Aku dengan mr hubby mencari tempat menjual kain sutera..untuk pesanan orang dan diri sendiri hahaha....Puas mencari, penat berjalan tapi tak jumpa...tempatnya sangat besar dan luas.

Banyak lorong dan setiap lorong ada pelbagai jenis kedai. Banyak sangat baju-baju musim winter  dijual. Macam-macam fashion yang cantik2. Dressing orang korea pada musim ni pun bukan main cantik dengan boots yang pelbagai fesyen! Jenuh berpusing.. dah dekat satu jam tak jumpa kedai kain sutera. Kami ambik keputusan  beli jer apa yang nampak dan berkenan.Pastu kami menyeberang ke Namdaemun.
tarik juga dari google..tak sempat nak bergambo kat sini..
Di Namdaemun Market...suasana lagi happening...punyalah ramai manusia sebab esok cuti nak krismas...laju jer kami berjalan mengejar masa . Sempatlah aku beli boots kat situ... ada promotion krismas! Sebenarnya memang dah lama teringin hehehe. Dalam iternery sebelum sampai korea, shopping kat sini pada hari pertama, tapi jadi hari last pulak.Nak balik barulah merasa pakai boots yang sangat sesuai untuk winter time tu!!!Jadi ler...

Dalam pukul 0700pm kami dinner kat restoran semalam di Itaewon..kemudian meneruskan perjalanan ke Incheon Royal Hotel..Esok dalam pukul 0430am kami perlu breakfast dan terus ke airport untuk check in. Flight kami pada pukul 0855am waktu Korea. Masuk jer hotel , aku terus mengemas barang....menyapu segala losyen kerana bintik2 merah dan gatal makin banyak..huhuhu...
ni pun sama...
251212

Pukul 0345am dah bangun dan bersiap-siap untuk check out...Breakfast...Rupa-rupanya  malam tadi..kawan-kawan serombongan  yang lain turun  dan keluar untuk main salji kat sekitar hotel! Depa kata...time tu salji  turun sangat lebat. Mr kwan kata 1cm....dari hotel boleh nampak. Tapi bilik kami menghadap dinding..tak nampak apa pun kat luar! Maka...terlepaslah  peluang ittew...Apabila pagi salji tebal menutup jalan raya dan kenderaan yang ada....ruginye rasa tak dapat pi main waktu salji tu turun malam tadi ..huhuhu...sedeyy....tak pe lah(pujuk hati!)
fokus pada lori kat belakang tu...kena selimut salji lebat malam tadi..
Naik bas kami terus ke sebuah shopping complexs berdekatan hotel...kat sini last shopping kot...sempat beli garfu dan sudu jer untuk kenangan. Seterusnya kami ke airport. Selesai semua urusan, tepat jam 0855am...flight AA meninggalkan Korea....Dalam hati berbisik...sangat best bercuti di Korea ni!! Rasa nak datang lagi masa spring...entah bila! Dari  flight, seperti biasa aku akan snap sebanyak mana gambar dari udara kerana itu acara wajib aku!!! nasiblah  aku dok kat tingkap....Jom layannzz....
bye-bye Korea!!!
Subhanallahhh...Cantikkan!!
Lihat ciptaan Allah pada pepasir di lautan yang hampir beku tu..
macam apa ya??? adakah pembalikan cahaya??
pulau ni macam burung nak mendarat...

macam haiwan zaman dinosour pun ada jugak...
The Incheon Bridge - macam Penang Bridge!
Bentuk muka bumi Korea..
semakin tinggi
eh..ehh kat mana ni.???? hehehe
menghijau bumiku bertuah!!
Alhamdulillah selamat mendarat...

Kami tiba di LCCT pada jam 0330pm. Alhamdulillah semuanya selamat. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang diberi..
Habis dah travelogku ini...trima kasih kepada yang sudi membaca...







>>>>>hemmmm.....dah rasa malas nak berblogging ni...!!!







Monday, January 28, 2013

Cuti2 ala Winter Sonata 4 - Gyeongbok Palace,Hanbok, 63 city

Assalamualaikum!
Cutiiiii....aku kat rumah  jer...hajat hati nak balik kampung tak jadi sebab mr hubby ada keje...so ni la masanya aku buleh bercrite lagi ...hehehe.

231212

Dah masuk hari ke 3 di bumi Korea ni..Pagi ni kami breakfast kat hotel jer. Tak boleh bfast kat bilik pasal tak de sebijik cawan pon apatah lagi cerek pemanas air. yang peliknya ada macam kabinet dapur kat dalam bilik tu. Tak  tau apa gunanye...buat sempit bilik jer..Tak banyak makanan yang ada...kami cuma berani makan roti, salad dan buah jer... Alhamdulilllah untuk rezki pagi ni...

Pagi ni suhu dah mencecah -10C bawah takat beku... tak mampu nak lepak kat luar hotel..sejuk bebenor. baju winter yang dipakai dah buatkan aku macam robot bernyawa sedang berjalan..5 lapis baju ko.  Muffler, mesti pakai ..tujuannya untuk menutup sebahagian muka dan pipi yang sejuk gilos ittew...Dulu aku ingat org pakai muffler tu sesajer je buat hiasan diri...skrang baru aku tau. hubby siap beli penutup muka lagi..dah pakai.. tinggal mata jer yg nampak..hahaha....

Janji dgn pemandu bas kul 0830am kat lobby..ok! Mr Kwan & Jack pun dah tiba awal. So pagi-pagi lagi Mr kwan bawak kami ke Gyeongbok Palace di Jongno-gu,Seoul . Berhadapan jalan masuk ke istana ni kita akan nampak Blue House iaitu tempat kediaman rasmi presiden Korea.(macam White House ler!!)Tempat tu tak boleh masuk....bergambo dari jauh jer la...Dah bergambo tu... jom masuk istana..
pintu masuk Blue House
Kami berjalan menuju ke istana lama ni...aku rasa ini pintu belakang sebab tak nampak pun pintu gerbang..tak jauh pun dari Blue House tu..Jom tengok apa ada kat dalam.....nak bergambo pun susah,kena bukak sarung tangan...kalo tak pakai kebas pulak jari2....
dilimpahi salji memutih..


tasik kat sini dah beku..
tasik ni pun dah beku..
Menjejak kawasan ni aku teringat Forbidden City  kat Beijing...senibina hampir sama tapi kat Beijing lagi besar dan cantik....Kalo nak tau sejarahnya...kena google sendiri lah....nak snap gambo banyak2 pun tak dapat sebab mr kwan mengejar masa...

Laju jer Mr kwan berjalan kerana suhu yang terlalu sejuk...nak ambik gambo pun terkejar-kejar....sebab dia nak cepat-cepat masuk ke National Folk Museum dalam kawasan istana ni jugak. kat dalam bangunan panas ler sikit. Kalo dalam muzium biasalah kan barang-barang sejarah dia lah. Cuaca panas hari ni  tetapi suhu tersangattttt la sejuk...pipi rasa kebas dah...pemandangan kat situ cantik sangat..pelancong pon tak ramai lagi yang tiba. layan jer la gambo yer.
orang ramai beransur-ansur tiba..
ruang dalam istana Geongbokkung.
suasana macam kat  Forbidden City, Beijing...
senibina yang cantik,,,,
cantik pic ni kan....tinggal buah jer....buah pisang kaki
asyik dengan pemandangan yang cantikkkssss....
salah sebuah istana di sini
Selesai di situ kami ke Seaweed Museum. Kat situ kita boleh lihat macamana seaweed dihasilkan. Ada lah juga gambar cara seaweed diproses pada zaman dulu dan melihat sendiri teknik moden sehingga la dibungkus untuk dijual. Pekerja-pekerja kat dalam tu ramah-ramah pulak. Kami sempat beli 5 peket besar seaweed untuk dibawa pulang..Ada macam-macam perisa.yang ori dan spicy lagi!!
contoh seeweed yg siap dipack...sumber: google
Lepas beli...kami pun blah dari situ, naik ke tingkat atas...rupa-rupanya kat situ dia promot makanan korea 'Gimbab Seaweed Rice Roll'...nasi yang dibalut dengan seaweed dan dibubuh sayur-sayuran.  boleh la tahan...tak dibagi amik gambo kat situ rupanya...adoi!! 

Pastu kami dibenarkan memakai 'Han-Bok' pakaian tradisional Korea. Time ni punyalah ramai manusia. Baju-baju yang cantik-cantik tu dah dipakai orang lain. Tak banyak yang tinggal...ni la yang aku pilih.. rasa ok sikit dgn tudung yang aku pakai.. dah rasa macam mengandung 9 bulan...moga2 la kan...Kat situ kita boleh la bergambo sakan..banyak tempat bergambo yg disediakan yang cantik2...antaranya gambo ni ler...hehhehe....
wahahaha....dapat jugak pakai hanbok ni..
salah satu tempat kat dalam tu.....
gambo solo jer yang boleh ditepek kat sini...hahaha
Dah puas acara wajib bergambo ittew...kami pun lunch kat 'Little India Seoul' di Iteawon. Sedap sangat makanan kat sini. Banyak restoran halal terutamanya dari India, Pakistan dan Asia Barat juga. Nampak sebuah restoran orang Malaysia Lupa pulak nama restoran ni...Lorong ini adalah jalan menuju  Masjid Antarabangsa Seoul dari jalan belakang...


Selepas lunch kami terus ke masjid untuk solat jamak... tak berapa jauh berjalan dari restoran tu. Tempat berwuduk di luar sebelah belakang masjid. Tak berapa besar tempat wuduknya....air nya sejukkkkk giler. Masa ni  haruslah bukak segala winter coat..dan pakai balik sebab kena berjalan  masuk masjid balik tersangatttlah sejuk...Alhamdulillah.....dapat juga bersolat di masjid ini. Segala puji-pujian bagi Allah!!
Allahu Akbar...Alhamdulillah!
Pusat Islam Korea

pintu dari belakang..naik tangga ke atas 
Alhamdulilahhh!!!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu , yang kamu hendak dustakan?"- Surah ArRahman..ayat yang sering diulang-ulangkan.

Selesai solat..kami dibawa ke 63City yang terletak di Yeouido, berdekatan Sungai Han. Ini merupakan  bangunan ketiga tertinggi di Seoul. Hampir 50% bangunan ni adalah convention center dan selebihnya adalah tempat pelancongan dan shopping. Kat dalam bangunan ni terletaknya Sky Art yang tertinggi di dunia dan observation deck di tingkat 60. Ada juga Imax Theater, Seaworld, Pavilion,  Wax Museum dan tempat shopping..huhuhuhu..
dalam perjalanan...nampak kawasan perumahan
Nak naik Sky Art ni kena guna lif  yang transparent...boleh tengok pemandangan bandar Seoul...rasa gayat juga la sebab hanya kaca yang membatasi kita dengan pemandangan di luar...cantikkk sangattt! Jom layan gambo....
sayup-sayup pemandangan yang cantik..
peace no war!!
cantikkan.!! pembangunan terancang...

cantik betul jambatan ni...
petempatan yang sangat padat...
Masuk juga Seaworld...rasa macam kat Aquaria KLCC pulak..ada penguin you!!!cari-cari gambar penguin tak de pulak dalam album nih!!...huhuhu
panjang betul  ikan ni...

ikan lumba2...ke hulu ke hilir jer aku tengok,,,
Selepas tu kami masuk Wax Museum pulak...macam-macam ada dalam tu...ala macam kat London tu..(macam la aku pernah gi london tuhh..) tengok kat blog orang jer....hahaha.....Banyak juga bergambo kat sini tapi ni jer la yagn sempat upload...


jurucakap Blue House ..wahahahaa


nak suruh batman bawak gi  jalan2..
Keluar dari situ kami ke Dongdaemun untuk shopping....tau tak mr kwan bagi kami masa 1jam setengah jer...bangunan punyalah besar.. mr kwan hanya bawak kami kat kedai souvenir jer...Dia kata kat sini yang paling murah berbanding tempat2 lain..ye ke tidak rasanya ye kot! kat situ la kami beli fm, t.shirt dengan piring...kedai kecik jer..pelanggan punyalah ramai...pelanggan hanya diberi kad diskaun jer..tempat lain tak sempat nak tengok...

Acara seterusnya, Mr Kwan bawak kami ke Seoul Tower...rasa macam kat Menara Kuala Lumpur pulak!!!
Dah malam lagi lah sejuk gilerrrr...sempat juga kami menikmati pemandangan bandar Seoul yang cantikksss ittew dari tower ni!!!

pemandangan malam dari Seoul Tower
sapa yg pernah sampai sini???
ada tak korang punya kunci kat sini??? 

atau di sini???

Kat sinilah ramai pelancong tinggalkan mangga, keychain dan macam-macam sebagai tanda cinta atau tinggal jejak...first time aku nampak tempat  ni masa tengok drama Awan Dania tu...si Jehan Miskin dengan Scha...huhuu sampai juga aku kat sini...

Penutup acara  hari ini...kami dinner kat restoran korea...vegetarian ok!
dalam pot panas >nasi +sayur+seeweed ..
gaulkan. makan dengan sayur-sayur , kimchi dan jeruk 

Okkk...setakat ini dulu untuk hari ni....balik hotel...muka merah lagi..yang pelik bila kat luar ok jer muka...hehehehe...bintik-bintik merah kat tangan, lengan, betis dan peha makin besar dan gatal.....huhuhu..bertabahlah kami!!

Ada satu hari lagi untuk berjalan-jalan di bumi Korea....kalo boleh nak habiskan segera...Banyak lagi tempat kami nak explore esok....tunggu...





>>>>>bosan juga cuti 3 hari tak pi mana yer....jap lagi nak ke hospital melawat kakanda yang menunggu masa untuk bersalin..tapi baru 7 bulan...moga dipermudahkan segalanya...Aminnn