BLOG sis'R'

Wednesday, December 28, 2011

Kek Pisang Sempoi

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak kongsi pulak resepi kek pisang. Resepi ni aku dapat daripada seorang kawan. Dah lama dah dia bagi resepi ni..dekat 2 tahun kot tapi tak de perasaan pun nak try buat..hehehe..aku ni ikut mood juga..time rajin nak buatnye susah beno..time malasnye..nilah hasilnye..teng..teng..teng...Kome cuba la ye..yang pasti rasanya macam yg kome beli kat kedai or supermarket tu le..


Bahan-bahannye...

5 atau 6 biji pisang..(pisang apa2 pun boleh tapi yang paling cantik jadinya pisang kapas le..)
1 sudu kecil 'bicarbonate of soda'..(jgn byk sgt nanti pahit)

Pisang tu dihancurkan dan bubuh 'bicarbonate of soda', kemudian perapkan sekejap je
Sementara perap pisang tu sediakan bahan2 ni :

2 cawan gula kaster atau gula biasa pun boleh(blen bagi halus mcm tepung)
5 biji telur ayam (jangan pakai telor ostrich lak..kang tak muat oven korang!)
3 cawan tepung kek (tepung gandum biasa boleh gak tapi kome kena tambah baking powder la)
1 cawan minyak (minyak masak biasa je..jgn pakai minyak angin lak!!)
1 penutup esen vanila

Cara buatnye :

>Campurkan gula kaster tadi dengan telur dan pukul sampai kembang, senang pakai mixer le.
>Pastu masukkan minyak, esen vanila dan pastu masukkan tepung kek.
>Pukul semua bahan sehingga mesra dan campurkan pisang yang dah diperap tadi.
>Dah mesra semua, boleh la masukkan dalam loyang dan masukkan dlm oven dengan suhu 190C selama satu jam. Pastikan adunan tu separuh je drp loyang sebab kek ni akan naik sekali ganda lagi..kang melimpah2 pulak kek korang!Jangan lupa pulak loyang tu digris dengan margerin atau minyak supaya tak melekat. Ingat tu!!
>Dah siap pun...




Dah kena bungkus ngan plastik mcm kek beli la pulak ..
Sempoikan...tak payah nak sukat2 bahan-bahan tadi, cuma pakai cawan je!!!
Cuba la tak sampai setengah jam buat ni dah siap, tunggu je masak.

Percubaan pertama..menjadi pulak! Gumbira tak terkata.. huhhh! ada talent jugak aku buat kek ni..hahaha..dulu aku ada buat kek coklat pun jadi juga..nanti la aku buat post baru pasal kek coklat tu ok,..tunggu!!!






Terima kasih kat kawanku "U'R" yang bagi resepi ni...dah dipanjang2kan ilmu ni kat orang.. hehehe jangan marah!

Friday, December 23, 2011

Nilai Nyawa Manusia

Assalamualaikum!!!

Entri ni agak serius sikit la...
Kes bunuh kerani bank baru2 ini betul2 menyayat hati..nilai nyawa manusia makin murah. Setiap hari ada je kes bunuh, jumpa mayat, jumpa rangka, jumpa itu ini. Kita terfikir kadang2 nak keluar rumah pun takut tapi..sekarang ni kat rumah sorang2 pun bahaya. Mata penjenayah, perompak, peragut ada kat mana2 memerhati..tak kira la kat rumah ke, jalan ke, tempat kerja ke..huihhhh...
banyak sebab berlaku jenayah ni.Paling top kes ini la..

> motif cemburu >kira balas dendam le ni..sangat banyak berlaku..hati2 la kalo bercinta-cintun tu..berpada2 kata orang tua2. Jangan main2kan perasaan orang!

> hutang > kes along le ni...pandai pinjam, pandai le bayo..kalo boleh jangan le pinjam2 kat along..menyusahkan diri sendiri dan keluarga tau!

> tekanan hidup > ye lah kos hidup makin melambung terutamanya di bandar kan..mula la merompak,ragut,pecah rumah. Tapi bila fikir2 kan, bangsa asing boleh hidup kat negara kita dengan kerja2 halal takkan rakyat kita sendiri nak melakukan jenayah utk meneruskan hidupkan..koje la dengan cara yang halal.

> kes dadah > ni memang tak dinafikan, bila datang gian, fikiran jadi tak waras sampai sanggup bunuh ahli keluarga sendiri asalkan dapat duit utk beli dadah. Keluarga porak peranda dan ada yang sanggup sembelih anak. Nauzubillahi minzaliq..Betapa hancurnya hati mak yang mengandungkan anak sebegini!

> buang anak > ni paling tak berperikemanusiaan, kira penjenayah terhebat la ni! Baby bernyawa dan nyawa2 ikan dbuang kat tong sampah, tandas, tepi jalan..aduhhh mak! Ada baiknya hantar anak tu ke 'baby hatch' yang banyak ditubuhkan sekarang atau bagi kat orang ke daripada buang merata tempat tanpa ada perasaan 'manusia'. Malu? Orang kata pandai buat,pandai la bertanggung jawab.


Banyak lagi kes melibatkan kematian tragis..tapi kes ni makin meningkat, bukan mengurang pun! makin hari hidup kita makin menakutkan dengan kes2 yang melibatkan nyawa kan..

Apa peranan kita sebagai keluarga dan ahli masyarakat? Kekadang kita tutup mata je apa yang berlaku di depan mata..sebab ada yang kata "jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri" tapi bila dah tak bernyawa, tepi kain kapan tu sapa yang jaga??? Betul jugak kan!!



Apa yang penting sebagai makhluk Allah kita perlu sentiasa menjaga diri dengan baik, hubungan kita dengan Allah SWT dan hubungan kita dengan sesama manusia.Sentiasalah berdoa kepada Tuhan moga diberi perlindungan dan keselamatan untuk kita dan keluarga walau di mana kita berada.



-end-

Berapa agaknya harga nyawa manusia sekarang?
Al fatihah untuk mangsa kes bunuh dengan tikaman 35 kali.. Tak dapat dibayangkaan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya ketika itu.

Monday, December 12, 2011

Sejarah Tapah

Assalamualaikum!!

Hari ini aku nak berkongsi satu lagi maklumat.. Kali ni berkaitan 'Sejarah Tapah'.
Ini merupakan tesis yang aku buat masa dok belajo dulu. Tesis ni baru aku jumpa setelah sekian lama terperuk dalam kotak. Alhamdulillah masih elok lagi.

Tujuan entri ni saja je..untuk adik2 yang mungkin sedang mengkaji sejarah sesuatu petempatan tu kan. So, tesis ni sedikit sebanyak boleh membantu.
Bukan senang tau nak buat ni..berbulan-bulan kome wehhh!!Nak cari maklumat,kumpul, interview..huhhh bila kenang2 memang susah..tapi aku rasa hasilnya boleh membantu adik2 yang sedang belajo atau untuk pengkaji2 sejarah.

Masa aku buat ni pun bahan2 dan maklumat sangat terhad. Cari kat internet pun tak banyak membantu, kat library negara, library negeri Perak, even library Tapah pun sangat2 sedikit. Hampir putus asa juga la..
Nasib baik jumpa seorang bekas cikgu ni.. nama beliau Cikgu Kamaruddin..beliau orang pertama yang tulis cerita tentang sejarah Tapah ni. sekarang ni tak tau la beliau masih hidup lagi ke tak. Dulu masa jumpa, beliau pun dah uzur sangat pun. tapi aku sempat la hadiahkan senaskhah tesis ni kepada beliau. Suka benor beliau masa aku bagi tesis tu!! ni dia tesis tu..

Kalo adik2 atau sesiapa yang ingin tau sangat2 tentang sejarah ni,dari segi asal usul tempat,dan perkembangannya dalam bidang ekonomi,politik ,sosial dan sebagainya,korang boleh la pergi ke Perpustakaan Tapah, aku ada hadiahkan satu kat situ.Satu lagi korang boleh cari kat Arkib Negara.Kat situ pun aku ada hadiahkan senaskhah. Sekadar ingin berkongsi maklumat jer..



> terkenang semasa mewawancara Cikgu Kamarudin, rumah beliau macam library..banyak beno buku..banyak maklumat datang daripada beliau, tesis ni dapat A tau!..terima kasih banyak2 cikgu!..Jasamu tetap dikenang!

Tuesday, December 6, 2011

Kahwin oh kahwin!

Assalamualaikum...

Musim2 cuti ni mungkin kome tak menang tangan terima jemputan makan free kenduri kawin. Adik kawin la..kakak kawin la, kawan kawin la, boifren kawin la,atuk opah kawin la..sepupu la..jiran la dan mcm2 hubunganlah.Yang penting rezeki juga la tu kan. Boleh le gantung periuk sehari dua kan..hahaha! Memenuhi jemputan orang ni sunat tau!

Membicarakan soal kawin ni mcm2 kan.Masalah yang timbul pun mcm2. Teknologi moden memudahkan kita berinteraksi..ramai yang dapat jodoh melalui komunikasi secara alam maya ni kan..ada baik buruknye alam maya ni..yang penting kita perlu bijak menggunakanya ok! Hahh! dah gambo kawin pulak..tak sabo ye? haha..

Menyentuh bab kawin ni..ramai la selalu mengadu pasal hubungan tanpa restu keluarga ni.Ada yang menangis berhari2,berbulan2, ada yang gaduh2 dgn mak bapak(tak baik tau!) ada yang sanggup kawin lari(jangan malukan keluarga beb!) dan yang paling mudah akan kata 'pelamin anganku musnah!Perghhh!! sadis betul mendengonye..ngapa tak kata 'tepak sirih ku dah terbalik ke!!"kesian tepak sirih ni..tak pasal2 kena..hehehe
Biasanya masalah kawin ni bila mak bapak cakap macam ni :

> mak bapak nak lelaki yang ada koje tetap (itu memang la! kang dia asik berenti koje, ko nak makan apa?)

> mak bapak tak nak org negeri itu..negeri ini.(ni masalah dari dulu lagi bagi yang terlalu fanatik dgn negeri...aku sadis jugak kes ni..memang byk terjadi!)

> mak bapak kata cari la yang beragama sikit..tau hukum hakam..(Ni memang PATUT sangat!)

> mak bapak kata cari la yang cantik/hensem sikit...nanti kamu dapat anak adalah rupa sikit..(mata aku kata dia cantik/hensem camana??)

> mak bapak kata cari la pompuan ada koje..senang kamu sikit (ni jangan ambik kesempatan pulak terutamanya yg nak berpoligami! tak baik tau,suami kena sara isteri, bukan isteri sara diri sendiri tau!!)

>mak bapak kata beza umur kamu dengan dia jauh beno.(Ni terutamanya kes perempuan jauh lebih tua dari lelaki la ni...huhu)

> mak bapak kata hantaran mahal beno! (Ni..kekadang mak bapak yang lebih..ishh..buat le ikut kemampuan..yang penting majlis tu berkat)

> mak bapak kata cari la keturunan yang sama nama (ikut 'sir name' atau pangkat la kononye!)

> mak bapak kata cari la yang sama taraf koje kamu (ni kes pompuan gaji/pangkat tinggi drp lelaki la ni)

> mak bapak dah ada calon sendiri..(kes mcm ni mmg ada lagi zaman ni...kesian pd mereka yang dah lama bercinta tu. mcm mak ko plak nak kawin!)

> mak bapak kata cari la yang bukan hak org..(kes ni sangat bahaya dan kebanyakan mak bapak memang tak bagi sebab risikonya sangat besar)

> mak bapak kata cari yang betui2 nak kat kita bukan kita je tergile2 kat dia? (ha..kes ni mmg byk pun..ko carilah org yg betul2 tergile2 nak kat ko..sudah!..kalo x pegi la mandi bunge ke.hehe leh percaya ke?)

> Duit tak cukup lagi la!( ye la ko nak kawin kena la ada duit, takkan mengharapkan mak bapak lagi)

> Mak bapak suruh habis belajo dulu..(Yang ko gatal sangat nak kawin time2 ni kenapa?..memang la mak ko tak kasi!)Pada aku habiskan belajo dulu..koje..balas jasa mak bapak baru la kawin..kan mak bapak lega dapat anak cam ni? kalo jodoh korang cepat..Alhamdulillah juga le!

> dan banyak lagi kan...selalunya 'mak' le yang cerewet skit kan..tapi dia yang mengandung, melahir dan menjaga kita dari sebesar dua jari..(yg lahir tak cukup bulan tu sebeso kelinking kot!)

Abis tu bila la nak kawinnye kan? Dah tua dah ni. Kome kena ingat cepat dan lambatnya perkahwinan itu adalah ketentuan Allah SWT..ada rahsia yang kita tak tahu mengapa Tuhan tentukan jodoh kita itu cepat ke lambat. Kena banyak bersabo ler..cantik beno la pulak cincin nih..hehehe..

OK lah, pada aku la..aku kesian sebenonya pada kes2 kat atas. Aku pun pernah mengalami beberapa situasi kat atas tapi aku amat percaya setiap orang telah ditetapkan jodohnya. Walau hebat manapun dugaan tu..kalo jodoh tu kuat dan dizinkan Allah, dia tetap akan jadi milik kita..chewahhh..muahahaha!!!
Tak caya?...lantak kome ler..

Apa yang penting...jika kita rasa pasangan kita tu dah baik dan sempurna segalanya untuk kita dan kita sendiri dah cuklup bersedia, berbincang la dengan keluarga baik2. Kadang2 mak bapak tu tahu baik dan buruk seseorang.Jangan sesekali membelakangkan mereka.Perbanyakan solat istikharah dan berdoa tanpa putus asa. Yang penting ianya berlandaskan agama. Nabi Muhammad SAW pun ada memberi garis panduan untuk memilih jodoh... pilihlah daripada kecantikannya, hartanya, keturunannya atau agamanya. Pilihan utama adalah memilih agamanya...Insya Allah akan diberkati Allah SWT.

Apa yang penting adalah selepas majlis perkahwinan itu ialah keberkatan. Banyak dugaan dan cabarannya dan kita sendiri yang akan mengemudikannya..ibarat kapal kat bawah ni la...yang akan mengharung ombak dan badai sepanjang masa hingga sampai ke perhentiannya..

Kepada sesiapa yang dah melangsungkan perkahwinan..Alhamdulillah dan tahniah..yang akan tu..selamat pengantin baru dan kepada pembaca2 selamat makan free..(tak free juga kan..kena gak hulur2 kat tuan rumah kan..hahaha sapa nak jawab tu??)


Abis idea sudah....Ombak Rindu ..Badai Semalam...huh..jiwang karat sehh..



Adakalanya sesuatu yang kita suka itu, tidak disukai oleh Allah tetapi apa yang disukai Allah itu yang kita tidak suka. Sedangkan Allah itu Maha Mengetahui..

Tuesday, November 22, 2011

Catatan@Singapore

Assalamualaikum...

31/10/11

Baru-baru ni aku diizinkan Allah utk menjejak bumi Singapura atau nama asalnya Temasik. Kome pun tau asal nama Singapura tu sebab masa belajo sejarah negara kita Temasik dibuka oleh Sang Nila Utama. Ingat lagi ke kome?..huhuhu lupa dah!!

Haishh..macam nak ngajo subjek sejarah la pulak..hehe..tu pun kira info juga le kpd mana2 yg dah hilang ingatan tentang cerita asal usul ni...hehehe!!

Sebenonye aku ke negara tu pasal bawa budak2 sekolah untuk lawatan sebab dah abih exam. Biasalah masuk negara org kenalah ada pasport antarabangsa.Oleh sebab kebanyakan student skolah aku anak org kaya yg dah ada pasport,dapat la mengisi sebuah bas ke sana. Tahun lepas plan tak jadi, nasib la taun ni jadi pulak..

Seawal jam 6.50pg kami dah bertolak ke Johor Bahru naik bas persiaran.Sebelum bertolak tu biasalah parents sibuk pesan mcm2 utk jaga anak2 deme. Bukan senang tau nak jaga anak org!!tak caya tanya org yg koje baby sitter..

Tiba di Johor Bahru kira-kira jam 11.30pg. Lepas lunch di Hotel Crystal Crown, kami check in bilik. Aku ni dok sebilik ngan 2 students cina atas permintaan parents.Lagipun kwn2 guru pompuan bawak family so terpaksa la juga. Budak2 tu pun ok dan sgt menghormati aku.(takut aku repot kat mak bapak dorg kot haha!!)

Selepas solat jamak, kami terus melalui imigresen Tambak Johor menuju ke Singapore. Budak2 ni nampak nervous dan pucat, bukan tak biasa kat imigresen tapi kali ini semua urusan kena buat sendiri. Kalo pi dgn parents ,parents yg buat. Kat imigresen Singapore ni tak boleh tunggu2 sampai la ke pintu keluar.Kesian budak2 tu..bila semua selesai..budak2 siap cakap.."lebih takut daripada jumpa Mr Raj". Gelak beso aku! Mr Raj tu guru disiplin dorg..tu yang takut giler tu..hehehe..Lagipun ejen yang bawak kami tu dah siap takut2kan budak2 tu..maklumlah takut budak2 tu over acting atau hilang..tak ke naya!! Alhamdulillah semua lancar.

Tak sampai lima minit dlm bas ,dah pun sampai Singapore.Aku senyum2 ngan kwn kat sebelah.Dekat bebeno kome! Selama ni pun asik pandang dari Johor Bahru je. Bila gi JB selalu gak ajak mr. hubby masuk Singapore tapi dia kata nak masuk situ leceh sikit.Tau2 la Singapore terkenal dgn undang2 dia sampaikan chewing gum dan rokok pun tak boleh bawak masuk. Tak jumpa pun kereta2 Malaysia kat sini tau!!

Dah masuk negara tu kami terus di bawa ke Arab Street.Kalo tengok mcm jalan TAR jer sebab kat sini banyak la kedai2 yang menjual kain ela yang berkualiti dan harganya pun tau2 je la..memang mahal! Aku cuci mata jer le..hehe. Di situ terdapat sebuah masjid lama 'Masjid Sultan' yang binaannya nampak klasik dan masih digunakan.

Melalui kawasan ni ada satu kedai murtabak singapore yang terkenal kat Two Zam-zam Restaurant. Orang kata kalo pi singapore , tak lengkap kalo tak singgah kat sini. Aku tak sempat nak menyinggah tapi kawan2 ada yg menyinggah..bila tanya sedap tak?..jawapannya..boleh la, sedap lagi Malaysia punya! Mcm kureng je.. aku tambah ayat tu;..hehehe. Sempat juga la beli cenderamata kat kedai2 kat tu.hehe

Selepas tu kami di bawa ke Orchard Road. Sebelum aku ke sini, banyak org kata tak lengkap kalo tak gi Orchard Road. Tempat shopping!..Nak cari parking, berpusing2 jugak la pemandu bas tu tawaf kat situ.Turun je..kami terus ke tempat shopping. Kat sini macam kawasan tempat shopping yang besar kat Kl ler..macam kat Pavilion, KLCC tu.Ada jugak la bazar2 kecil kat bangunan bawah tanah. Sempat juga la kami makan ice cream Mc Donald yang rasanya sangat sedap dan rasanya lain daripada di Malaysia. Sempat juga la beli cenderamata kat sini. yang betuinya...penat sangat berjalan di kawasan ni..Ni la salah satu tempat laluan di Orchard Road..


Kira-kira jam 8.30 malam kami bertolak keluar untuk pulang ke Johor Bahru. Kat imigresen, budak2 nampak rileks sikit, tak la nervous mcm masa nak masuk Singapore tu. Tiba di Johor Bahru kami bawak budak2 makan kat restoran. Pukul 10.30 malam kami dah masuk bilik masing2. Budak2 pun dah diberi amaran jgn keluar selepas masuk bilik dan jangan buat bising. Takut kena komplen..tau-tau lah budak2 sekolah dah jumpa kengkawan..bukan ingat siang ke malam ke,tambah2 mak bapak tak de..

1/11/11

Cantik pulak tarikh tu ye..hehe..Selepas sarapan pagi kami dah berkumpul di lobi hotel kira-kira jam 8.30 pagi dan terus check out. Alhamdulillah tak de apa2 masalah malam tadi. Bukan senang ooo bwak anak org jauh2 ni.Sempat juga la bergambo kat depan hotel ni.

Sekali lagi kami masuk ke Singapore melalui imigresen. Budak2 nampak dah tak de masalah,dah pandai nak buat apa. Bas terus meluncur menuju Universal Studios Singapore (USS) yang terletak di Sentosa. Perjalanan ke sini terasa jauh juga .Lebih setengah jam aku rasa! Sepanjang perjalanan, ejen pelancong sibuk bercerita tentang Singapore dan perkara2 menarik yang ada di sepanjang perjalanan tu. Yang pastinya negara ni memang sangat bersih dan hijau!!

Kira-kira pukul sepuluh lebih kami dah sampai di USS, budak2 dah menjerit kegembiraan. Aku pun seronok juga sebenonye..hehehe..
Di pintu masuk USS ni terdapat sebuah globe besar yang berputar. Sangat2 cantik! tengok ni..

Ramai juga pengunjung ke sini walaupun bukan weekend. Selepas ejen memberi tiket, kami masuk. Wahh...happening betul tempat ni! Ejen membawa kami terus ke 'Disneyland'- Far Far Away kerana ada show 'Shrek 4-D Adventure' ala macam cerita kartun yang menarik sebab pakai cermin mata 4D. Best sangat show ni macam real jer siap bergegar2 kerusi ikut jalan crite..Awesome!! tu budak2 aku kata ...memang pun! Keluar dari situ, kami terus berjumpa Shrek dengan bini dia Fiona yang cantik sebelum jadi mcm shrek tu...(budak2 tau la crite ni!!)

Selepas itu ejen terus bawak kami ke Enchanted Airways..ala mini roller coaster. Ejen tu kata sikit je, pendek je..Aku ni ingat biasa2 jer..rupa2nya naik longgar jugak la lutut ni bila turun..ye la dah tua-tua naik benda ni..dah lama tak buat koje ni kome tau tak! Aduhh..sakit tekak menjerit tau! Aduhai nasib le ok.

Selesai di situ kami ke Madagascar. Budak2 suka le ni...siri kartun juga! kenal la deme siapa tu Alex, Marty, Melman dan Gloria tu. Kami naik 'river boat'..ejen kata benda ni tak bahaya..riso juga le takut buatnye lalu arus deras ke..haha dah terkena tadi..Bila bot tu bergerak terus masuk macam gua...wahhhh bestnya!!!.kartun2 tu berinteraksi antara mereka di sepanjang sungai tu dengan nyanyian dan cerita2 ..Aku sibuk mengambik gambo...cantik sgt2 kat dalam tu...mcm tengok crite katun Madagascar tu ler tapi bezanya semua kartun2 tu berbentuk patung2 ygn bergerak mcm kat TV..seronoknye!! budak2 mmg suka la kat sini..

Keluar dari situ kami terus ke Hollywood! Huh macam betul2 kat US la pulak ye...kat sini, kami tengok show "Universal Classic Monsters"- Monster Rock!.. apa yang menarik? sekumpulan hantu la kot , tuko jadi manusia menyanyi kat pentas.. persembahan sangat mantop dan menghiburkan dengan kesan audio visual yang menarik.Macam tengok konsert antarabangsa ler..

Selesai di situ, kami terus ke 'The Lost World'. Di sini kami menonton 'live water show'. sangat2 menarik adegan lakonan dan stunt yang dibuat secara live. Dengan letupannye,stunt yang mengerikan,sound effect,jet ski dan lakonan yang mantap, betul2 macam kita tengok dalam pawagam je bezanya dibuat secara live.. Amazing!! Kat sini, penonton boleh duduk kat mana2 tapi kalo nak basah boleh le duduk depan sekali.sebab kesan percikan air akan kena kepada penonton depan sekali. Budak2 aku apa lagi, cari tempat2 mcm tu la..pantang jumpa air!!

Selesai di situ, kami ke Eygpt pulak..kat sini macam ala2 piramid kat sana la dengan binaan bangunan dan ukiran2 patung2 dan batu-batannya.Tak tau ada apa dalam piramid tu. Ejen kata masuk je , tak de apa2. Aku dgn kawan masuk berdua, budak2 dah masuk dulu. Nak juga tengok apa yg ada kat dalam tu kan..Masuk je..dah gelap gelita.Yang ada lampu2 suram. kat depan kami adalah 3 ke 4 orang tua berbangsa India. Seram jugak tengok patung2 macam mumia, keranda kayu dan bunyi2 yang menyeramkan, Aku cuak jugak la. Budak2 dah abis ke depan..dah tak nampak sorang pun. Tiba kat tengah jalan rupanya kami kena naik mcm roller coaster. Cuak gile! mintak2 tak teruk la. kat kerusi tu boleh duduk dalam 9 org. Kami hanya ada dalam 6 orang kot termasuk India2 tu..

Bila benda tu bergerak...slow sangat..dalam gelap...bunyi2 yang menyeramkan. tetiba benda yang kami naik tu terlanggar tembok batu. retak batu tu..ada suara kata..tak leh masuk...ulat2 keluar dari celahan retak batu..aduh.. takutnye! pada hal benda tu mcm slide show je..tapi nampak mcm real sgt2. Tetiba tempat duduk tu ditarik mengejut dari belakang. rasa nak jatuh jantung aku! apa lagi menjerit la sekuat hati..rupa2nya roller coaster! Pastu roller coaster tu terus bergerak laju..berpusing2. Aku tutup mata jer sambil menjerit sepanjang perjalanan. Nasib tak sakit jantung!Tiba je kat stesen berhenti..longgar lagi lutut aku!! dah tua2 mcm ni...aduhai!!!tapi best la pulak..hehehe
Berpeluh-peluh kami keluar dari situ. Terkena kali kedua tapi yg ni lagi adventure! Kat situ kami jumpa la dua org? orang ke?.berkepala haiwan berjalan guna kasut yang tinggi tu..memang tinggi giler la...tengok gambo ni..rileks je deme jalan dengan lagak machonye kat situ!

Dah berehat..kami ke 'Oasis' yang merupakan restoran halal.. nasi beriyani, ayam panggang seketul(besar juga la), sayur bendi goreng, sekeping roti canai dan jus orange - $18. tukar la dlm RM agak2 berapa? Dah lapar sangat memang sedap la.sampai roti canai tu pun tinggal sikit jer, tak abis!

Lepas tu kami ke tempat 'Jurassic Park', kat situ ada 'canopy flyer'..aku tak naik pun, tunggu budak2 naik. Nampak adventure juga mcm roller coaster juga. Tapi kalo nak merasa naik roller coaster yang paling mencabar tu..kat Battlestar Galactica. kat situ ada ada 'Human or Cyclon' -dua roller coaster warna biru(cyclon) dan merah(human). Warna biru tu gile sikit yang terbalik2 badan tu. Yang merah tu kureng la skit terbalik2nya. Aku menengok pun dah nak tanggal lutut. Budak2 ada yang empat ke lima kali boleh naik benda alah tu...ngeri aku dengo!

Elok nak ke tempat lain..hujan lebat turun pulak..Apa lagi terpaksa la cari jalan keluar. Lagipun kami kena keluar pukul 4.00 petang. Kalo tak, jalan jem. Alhamdulillah !Nasib la ujan turun dah petang masa utk balik. Tapi sebenarnya tempat ni tak abis lagi kami teroka. Ada banyak tempat tak sempat kami pergi. Ejen tu kata kalo nak ke sini jangan time cuti weekend or public hols..pengunjung terlalu ramai sampaikan nak masuk ke sesuatu tempat beratur panjang. Buang masa menunggu je!


Rasa tak puas hati sangat2 kerana tak sempat tengok 'Light, Camera,Action! yang dihoskan oleh Steven Spielberg. Alaaa.....hukhukhuk.

Tepat pukul 4.30 petang kami keluar dari USS, satu pengalaman paling menyeronokkan. Budak2 pun happy.Cikgu dia lagi le happy!! hehehe. Walaupun terpaksa mengejar masa, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan budak2 sangat berdisiplin. Kami keluar dari Singapore melalui LINKedua melalui Tuas dan terus ke RNR Tol untuk solat jamak akhir zuhur dan asar.
Kami selamat sampai di sekolah pada pukul 10.00 malam. Alhamdulillah!!




-dah abis crite dah...tapi rasanye nak pi lagi la,...hehehe

Monday, October 17, 2011

Bila hati jadi sayu..

Assalamualaikum!!

Baru-baru ni aku menziarah anak sedara yg baru bersalin di Hospital Seremban..dia kena oprete bersalin pasal tak cukup bulan(7 bulan). Alkisahnye dia terpaksa bersalin sebab darah tinggi naik ke paras bahaya. Pelik tak dari PPUM,KL dihantar ke Hospital Seremban sebab inqubator kat semua hospital kat lembah kelang ni dah tak cukup?? Tu dia.. punya banyaknye kes bersalin tak cukup bulan. Hospital terdekat Seremban la..kalo tak kene pegi Alor Star atau Penang.Lagi le jauh kan..

Alhamdulillah anak sedara tadi selamat le bersalin tapi anak dia kena duduk dlm inqubator sampai berat dia mencapai lebih 1.5kg. So terpaksa la menyewa umah kat Seremban sementara tnggu baby tu besar sikit sambil hantar susu ibu ke hospital tu tiap hari. Kiranya lebih kurang dua bulan la kena duduk kat sana.Cuba kome bayangkan camana la kalo suami yang nak koje kat KL berulang alik ...tu baru kat Seremban!!

Ni baby org - by google-


Persoalannye...macamana ye kalo org susah(miskin) dlm keadaan mcm ni dengan anak2 kecik yang ramai..tak dapat aku bayangkan derita yg terpaksa ditanggung..Macam cerita kes kakak yang ada masalah pregnant kat Hospital Seremban baru-baru ni.Dia terpaksa ditahan di wad beberapa hari.Bila keluar hospital tak de apa2 nak makan pasal duit belanja makan utk bulan ni terpaksa bayar bil hospital. Anak-anak masih kecil sedangkan suami bergaji kecik.Sayu hati ini bila dengar kisah benar ini. Bersyukur la dengan apa yg kita ada pada hari ini.

Semuanya ketentuan Allah SWT...Dia yang menentukan segala-galanye dan kita hanya mampu merancang. Bile tgk 'cucu' aku dan baby2 lain kat dlm inqubator tu...SUBHANALLAH sesungguhnya Tuhan telah menunjukkan kekuasaannya!!! Daripada sekecil2 manusia menyabung nyawa dengan wayar2 berselirat pada batang tubuhnya. Sayu hati ini...tetapi Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. Sekurang-kurangnya mereka masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini jika dibandingkan dgn kes buang baby merata2 tu.

-by google- speechless tengok gambar ni..

Bila hati dah jadi batu..sanggup buat apa saja utk selamatkan diri sendiri. Itu di dunia boleh lagi selamat..bagaimana di akhirat nanti ??
Sesungguhnya hati ini menangis bila tengok baby terbuang ini sedangkan lebih ramai insan lain amat berharap mendapat zuriat penyambung keturunan..
Segalanya berkemungkinan dan ada rahsia yang tersembunyi yang kita tidak tahu tapi hanya Allah yang mengetahui.

-tamat-

Thursday, October 13, 2011

Best ke Koje Sambil Belajo?

Assalamualaikum...

Nampak tajuk mcm serius beno yer...hehe
Zaman berubah, fikiran pun berubah dan masa untuk mengubah diri dan hidup..(fuh ayat aku!!)
Yo lah kan...skrg ni nak belajo tinggi kat mane pun ada. universiti, kolej melambak2 mcm jerawat tumbuh (ehhh...apa kena-mengena jerawat lak hehe..melalut lak..)

Fenomena baru sekarang...makin ramai yang koje sambil tu buat part time belajo..tak kira ari dah, malam ke, hujung minggu ke,exam ke...semua sanggup!! tu yg kata zaman dah berubah.
Masyarakat kita dah terbuka minda nak belajo tinggi pasal taraf hidup yang makin tinggi..pendapatan yg tak mencukupi..Betul ke aku cakap ni?? ye la bila ada kelulusan tinggi baru la dpt gaji tinggi kan..apa2 pun aku salute pada orang macam ni...ada wawasan!!!

Sebenonye..aku dulu mcm tu la..bila dah dapat diploma..mula la nak degree..time tu masih bersemangat waja. sambil tu koje..bukan mudah tau..kena kuat semangat. Kalo tak memang sekerat jalan je..paling kuat pun asik menangguh pengajian jer tiap semester..


Pengalaman aku dah lama dah.. opah ler katakan..Memang byk sangat dugaannye..ni aku kongsi sikit la utk kome2 yang tengah belajo sambil koje..

> time ni stress boleh sampai tahap gaban!! Mana nak koje lagi, assignment lagi, exam lagi..macam2 la..

> kena plak kawan sekoje/bos yang tak sporting sebab kita asik cuti exam je..ngutuk belakang le tu (biorkan jangan dipeduli!!)

> yang dah berkeluarga dgn masalah tersendiri dari anak, suami isteri , mak bapak dan seangkatan dengannya...Ni sgt perlukan sokongan kuat drp keluarga..

> tinggal family sebab kena pegi kampus induk...mana yang dok jauh2 tu tau sgt ler camana kan..

> masa nak belajo terhad, nak study mcm student full time tak de ler..nak exam baru study...ye la koje lagi menimbun2..



*****************************************************************
Tu baru sebahagian jer... tapi ada sikit tips la pada kome yang nak belajo sambil koje ni..

> pilih time yang betui2 sesuai nak stat belajo

> cukup bajet nak belajo (bajet baru ni cikgu gomen boleh belajo free..untung kome!!)

> mesti bersemangat meluap2 mcm gunung berapi nak meletop tu..

> dapatkan restu keluarga terutamanya kalo bergelar suami isteri..(utk keberkatan!!)

> pilih course yang betul2 boleh buat..jangan ikut kengkawan!!

> pastikan course yang ambik tu ada kawan yang boleh join sekepala (utk senang buat assigment!!)

> dapatkan semangat, motivasi daripada keluarga dan kwn2 yang dah berjaya

> kata dalam hati 'orang beranak kecik2 boleh berjaya takkan aku tak buleh??'

> jadikan seseorang sebagai role model (utk ambik semangat!!)



Sebenonye banyak lagi tapi aku ni byk udah lupe..opah..opah!!



***************************************************************
Manisnya bila kita dah berjaya belajo sambil koje ni :

> bila konvo (tak ape walaupun dah tua...semangat tu penting)- jadi idola kepada anak2 dan keluarga yang lain tau!!

> kepuasan yang tak terhingga bila segala pengorbanan, keringat, air mata (emosi lak!!)dan perbelanjaan terbayor..

> naik gaji..tu la yang paling ditunggu pun kan...hah..kan dah buleh senyum lebor!!Mola la dlm kepala nak mcm2 kan ..hehe aku tau la!!

> rasa keyakinan diri tu meningkat pasal dah buleh sebaris dengan org2 tertentu terutamanya pada orang yang selalu pandang rendah pada kita.(jangan jadi riak lak..dose tau..jawab sendiri engko!!)

> Orang lebih hormat kat kite..(bukan mintak pon kan..lagi2 cikgu, anak murid buleh tabik spring tu..- jadi la idola mereka pulak!!




Amacam?...ok tak entry ni..agak2nye boleh membantu tak? Boleh la kot..hehe

--Udah2 ler tu..panjang beno entry ni---semoga dpt motivasi!!


Wassalam..

psstt...gmbr2 tu aku search kat google jer..sory ler tuan punya!!TQ

Monday, October 10, 2011

Alahai Cikgu !!!

Assalamualaikum....

Dah lama tak taip entry kan..mungkin ada yang rindu...hehehe..ada ke? Sorry la busy sangat skrg ni..ari ni plak ada mood nak menulis...

Tajuk hari ni...CIKGU ..heheh apasal pulak?
Sejak pembentangan bajet 2012, jumaat lepas,banyak la pro dan kontra tentang kenaikan gaji terutamanya cikgu. betul tak?? tengok kat FB ke surat khabo ke ramai yang tak puas hati sebab PM kite jaga cikgu, sayang cikgu jer...alahai!!!

Aku ni hairan jugak la...kenaikan gaji tu kan semua kakitangan kerajaan dapat. Cumanye cikgu ni ada kelebihan sikit jer..tu pun memang patut pasal jika dibandingkan dengan purata gaji negara-negara maju yang lain jauh lebih tinggi daripada negara kita. Kalo dok kat bandar beso, org tak pandang koje cikgu ni terutamanya pandangan ibu bapa golongan profesional. Deme tak tau skrg ni sebahagian beso ckgu terutamanya di sekolah rendah dah ada degree. Skrg semua program latihan guru dibuat di peringkat degree..so what?? ewahhh...ada yang marah ni kang!

Aku terpanggil untuk menaip entry ni..

Yang tak sedap dengo di telinge aku ni statement diorg :
> cikgu banyak cuti
> cikgu keje separuh hari
> cikgu tak mengajo betul2
> cikgu tak banyak koje..
> macam-macam lagi ler...korang pun ada rasa cam tu kan...


Aku ni menulis atas pengalaman dan tugas sendiri le..

Aku malas nak cakap apa koje cikgu kat sekolah ..cakap pun hanya golongan guru dan keluarganya saja yang memahami..tiada sapa yang tahu keluhan,bebanan dan air mata yang pernah tumpah..alamak!!emosi lak hehe..

Lihat situasi ini :

Dulu sebelum aku kawin mr.hubby selalu cakap cikgu tak de keje sebab dia bukan cikgu...bila dah kawin ...mulut dia dah terkunci pasal tu...sebab apa? Dia terpaksa klip kertas exam yang beribu2 helai tu yang aku bawak balik sementara aku menanda buku murid.Kadang kala dia pun kena tolong tanda kertas exam..hahaha!!!
Kadang2 tu bila tengok aku semak buku atau ketas exam ke sampai tengah malam..sampai dia pun sanggup nak tolong pasal kesian..

Ada juga husband2 kekawan yang bukan cikgu..sampai suruh isteri dia berhenti jadi cikgu sebab deme terpaksa jaga anak pas balik koje. Sebab para isteri ni terpaksa tanggung koje untuk di bawak balik. Kome caye ke? tu pasal aku kata golongan guru je yang memahami..

Kat sekolah selalu la cikgu cuti bersalin kan maklumlah cikgu kan ramai pompuan...biasalah paling tidak cutinya 2 bulan, sekarang boleh 3 bulan...bayangkan kalo 3 ke 4 orang bersalin dalam masa yang hampir sama...waktu free yang sepatutnya tanda buku tu la akan ganti cikgu ni mengajar..pasal tu la buku2 yang berat2 tu kena bawak balik..tak de masa nak tanda. tak tanda kang kena komplen pulak..

Bila time mcm ni ada gak la budak2 lepasan universiti cuba2 jadi guru ganti sementara cuti atau menganggur....tau tak? Hampir kesemua budak2 yang ganti ni tak tahan keje cikgu dan ada yang bertahan seminggu jer...seminggu tak pe lagi...ni baru 2 hari pun ada yang cabut dah!!! Macam satu kes di Pahang ni, budak pompuan ni sempat mengajo seminggu je. Dia sampai terbuang air besar masa bertelefon mangadu kat mak dia sebab tak tahan mengajo. Sejak hari tu sapa2 yang kutuk2 cikgu dia plak yang marah sebab dia tau rasenya..

Kalo kome nak rase....cuba la duduk mengajo seminggu kat sekolah..baru le kome tau camana..cuba dulu jangan kutuk jer tau!! Skrang ni mana2 sekolah cari guru ganti untuk cikgu bersalin..apa kata kome cuba..

Ada juga kekawan aku yang dulunye keje jurutera, keje bank,eksekutif dan mcm2 yang best2 tapi memohon jadi cikgu ambil KPLI(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) dan bila ditempatkan di sekolah..macam terkena kejutan budaya...ada yang kata menyesal tukar kerjaya, ada yang nak berhenti tapi...apa nak buat dah masuk bidang ni kenalah cintakannya.. sebab fikiran mereka mungkin ada kelebihannya..so kalo nak jadi cikgu tu tanamkan minat dulu bukan kelebihan yang ada. Tiap keje ada kelebihan dan kekurangannya.

Aku ni bukan menafikan ada cikgu yang sambil lewa dalam tugas...memang ada tapi itu kat mana2 pun ada terutamanya dalam sektor awam..maaf cakap lah..Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga pulak..(dah berperibahasa aku ni)

Ni pun kira rezeki cikgu juga ler...hehehe

Bagi aku....setiap keje yang diamanahkan tu patutlah dilakukan dengan penuh tanggung jawab agar hasil yang kita peroleh itu adalah HALAL dan berkat untuk dimakan untuk diri sendiri dan ahli keluarga..tak kira la apa keje kita tu.

Bersyukurla apa yang kita dapat hari ini..kerana jika dipandang orang lain yang tak bernasib baik daripada kita...betapa bertuahnya kita hidup dan bekerja di bumi sendiri terutamanya di Malaysia.

Berhenti lah daripada menyalahkan sesiapa...soal gaji ..pendapatan... semuanya ketentuan Tuhan, jika Dia memberi lebih hari ini..bersyukurlah..hidup ini umpama roda kadang di atas kadang tergolek ke bawah...Yang penting rezeki yang kita dapat itu HALAL dan berkat.

Setiap orang yang bekerja itu perlulah :

> amanah
> tanggung jawab
> ikhlas
> jujur
> dedikasi
> adil
> redha

Semoga kita semua mendapat sedikti sebanyak info dan berhenti menyalahkan orang lain...jaga periuk nasi sendiri..


-fuhhh..lega dah!! -

Monday, September 19, 2011

Opah Cute

Assalamualaikum..


Bulan Julai lepas aku baru dapat cucu 2 orang (bkn kembo) mak deme lain2..sebab 2 org anak sedara aku bersalin selang sehari.
Yang menariknya tarikh kelahiran antara kedua2 baby itu adalah tarikh lahir aku..berturut2 tiga hari...bukan senang kan!!!.huishhh...dah tua rupanya aku...

Tu la pasal...deme kena panggil aku 'opah' ler...kalo bahase org perak Opah tu bermaksud nenek..walaupun aku masih muda lagi (wahahaha..geli telinga aku dengo!!!)

So sesapa yg rajin baca post kat blog ni...jgn terkejut lak ehh..rasa2 cam best jer nickname tu ye..hahaha...

---tu jer----

Tuesday, September 6, 2011

Rahsia tarikh tahun 2011..

Assalamualaikum..

Dalam banyak2 sms yang diterima tahun ni..ada satu sms yang sgt menarik.
Mungkin kome pun pernah dpt sms ni tapi tak ape la kite kongsi sama-sama ek..
tak salah pun kan...Ni sms nya..

"Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yg jarang berlaku dalam tahun yang sama iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, 11/11/11. Bukan itu saje, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111.

Contoh pengiraan :

Tahun lahir 1972 + umur tahun ini (39 tahun) >> 72 + 39 = 111

Cuba lah!!!

Pada bulan Oktober tahun ini . ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu.
Mengikut kajian, ini hanya akan berlaku sekali dalam setiap 823 tahun.

SUBHANALLAH!!!!

Sekadar ingin berkongsi maklumat dan kebesaran Allah SWT..


-end-

Thursday, August 25, 2011

Siapa Yang Cipta Bendera Malaysia??

Assalamualaikum...

Lagi lima hari nak raya..best tak?? uihh!!!tanya plak
Time yg sama kita pun nak sambut Hari Kebangsaan...MERDEKA!!!semangat lak aku..
Kita sbg rakyat Malaysia mestilah patriotik..sapa lagi yg nak sayangkan
negara kalo bukan kita kan...
Dengan bangganya aku amat bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran negara..
sebab?
senang nak beribadat
senang nak makan
senang nak belajar
senang nak cari makan
senang nak balik kampung..uiii nak raye ni
senang...nak..nak..semua senang ye tak...haha..

Dalam sibuk nak raye ni , aku mencelah le skit pasal hari merdeka ni..
kita ni kekdg terlupa dgn sejarah kemerdekaan negara kan...

nak dok peringat dan tanya kome...buleh??

sapa yang cipta bendera Malaysia? korang tau tak? Kalo tau syabas!!!give me 10..
kalo tanya nama artis ...bersusun tangan dok angkat sebab kenai kan..
nak senang jawab, search la kat google..ye dak?



Aku pun kalo tak terjadi 'peristiwa itu'..aku pun mcm kome gak...adaku kesahh!!!sungguh tak baik kan...

Perisiwa itu berlaku dah lama dah (cewahhh nak bercerite plak..)

Aku ni pi temu duga ler utk pengesahan jawatan kat Putrajaya(org gomen ler katakan..)
Pagi2 lg aku dah beli surat khabo berita harian..mana la tau kot2 ada soalan panas terkini yg kuar masa temu duga nanti.

Bila tibe masa aku pun masuk bilik temu duga tu...nasib tak gabra gile..sesikit ada le..hahha
Pegawai tu lelaki dan pembantu dia pompuan (dlm hati nasib lelaki..kalo pompuan cerewet sikit kan)..So bermula la sesi temu duga tu dgn lancar la konon...sebab sume soalan aku dapat jawab dengan fasih dan lancar gitu..hehe...pegawai tu pun tak byk soal..tengok je aku ckp tak henti mcm pop corn tgh masak.
sampai dalam hati aku berkata, pegawai ni paham ke tak aku ckp apa?.and the last soalan...selamba je dia tanya...

Pegawai : Siapa yang cipta bendera Malaysia?...terkedu aku!!! sah2 aku mmg tak tau...panik tapi still kontol baik punya...(baru aku ingat..masa temu duga tu masih dlm bulan kemerdekaan, esoknya tarikh Pembentukan Malaysia -16 Sept)

Aku : Tuan, saya ada baca tapi saya dah terlupa..hahaha..(tak tau nak jawab apa satu2nya soalan ni..ambik kau!!)dlm hati...apasal la soalan ni keluar..

Pegawai : Betul tak tau?

Aku ; Saya betul2 terlupa tuan...

Pegawai : tak apa...balik ni baca surat khabar ya..dia tersenyum...(cam nak ketawakan aku jer...)agaknye dlm hati dia..padan muka budak ni cakap tak henti2 tak bagi aku can nak cakap..agaknye ler...hehehe

pastu sesi temuduga tamat...tu soalan last...

Keluar je bilik tu aku lega dan mcm nak ketawa beso (padan muka aku!)...kwn2 yang menunggu sibuk tanya mcm2..

balik tu aku terus cari surat khabo Utusan Malaysia...glup!!...sah2 muka depan ruangan
"Fakta Warisan" tak ke naya..lain paper yg beli lain paper yg keluar..
tengok ni.....
sebenonya...keratan ni utk kome juga..sekadar menyampaikan info..

Walaubagaimanapun aku bersyukur sbb lulus temu duga tu...TQ kpd pegawai tu sebab?
> bagi aku lulus
> sampai skrg aku ingat sapa pencipta bendera Malaysia.. keratan akhbar di atas tu la aku simpan sampai skrg.
> tahniah kepada pencipta bendera ni Mohamed Hamzah..kerana bekas tangan anda menjadi kebanggaan negara

Kepada kome2 yg nak g temu duga...siap2kan diri dengan soalan2 tentang negara sendiri,
jadikan cerita ni sebagai pengajaran ok!!!!!!!!
SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN..

-tamat-









Sunday, August 21, 2011

Resepi Paprik Sempoi

Assalamualaikum.....

Nampaknya entri mee hailam aritu mmg popular...dah naik ranking no.1 tu..time kasih kome2 yg sudi baca entri tu...amacam ada yg cuba ker?? Kalo ada yg cuba tu harap2 menjadi la ye...

Kali ni aku nak ajor korang masak paprik sempoi pulak...lauk ni aku suka...mak aku pun suka juga.seronok rasanya...resepi ni biasa la kakak aku yg bagi juga..dia rajin cuba masak benda2 baru...

Ok la...kita mulakan sekarang..

Cari bahan2 ni :

ayam/daging/udang/sotong -pilih salah satu atau campur pun tak apa..
2 sudu cili boh(cili blen sendiri lg sedap - aku suka cili blen sendiri)
1 biji bawang besar
4 butir bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
3 helai daun limau purut
kacang panjang/kubis bunga/carrot/cili besar/cili besar merah
sos cili/sos tomato/sos tiram/kicap manis - tak payah bersukat beno..agak2 je..kira2 dlm 2 sudu kot
garam dan sedikit gula - secukup rasa le..

Cara buatnye >

1> tumbuk bawang putih dan halia
2> serai dititikkan..(ala tumbuk2 manja jer)
3> tumis semua bahan2 di atas sampai kuning, pastu masukkan cili boh,tumis sampai masak..

4> masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap - kacau sampai mengelegak..
5> masukkan garam dan sedikit gula
6> masukkan ayam atau daging ke udang ke...campur pun boleh...

7> tambah ler air sikit bagi mesra..
8> dah mendidih, masukkan sayur kacang panjang,hirisan cili besar dan bawang besar, kubis bunga ke, carrot ke..
9> kacau le ikut nak empuk camana sayur tu..dan masukkan daun limau purut..
h> last sekali rasa ler ikut kehendak lidah sendiri...
i) itu jer...siap utk dimakan...yummy..

Selamat mencuba ya, semoga berjaya!! sesaje nak panjang2 ilmu yg ada..

-jumpa lagi-




Friday, August 12, 2011

Petua orang kampung - Siri 3

Assalamualaikum...

dah lama tak tulis entry pasal petua kan..
Hari ni petua sempoi jer..maklum la bulan puasa kan..

Bulan puasa mula la nak memikir masak apa..kalo boleh nak yg sedap jer kan..
Ini petua mak aku bagi bila masak di dapur...

1) Bermain dengan lesung batu - hahh? gile ke? Takkk....maksud aku, kalo nak masak apa2 terutamanya utk sayur-sayuran ,kalo boleh jangan hiris-hiris atau guna blender..contohnya mcm bawang ke halia ke...terus tumbuk guna lesung batu pastu terus tumis..kan mudah?..lagipun cepat dan sedap tau berbanding potong2 guna pisau...


2) Kurangkan main pisau -..huhhu apa sal lak? Sayur-sayuran yg boleh potong guna tangan, gunakan sepenuhnya tangan tu..tak payah guna pisau..contohnya kacang panjang ke, sawi, kailan, kangkung dan seangkatan dgnnya..ini menjamin sayur tu lebih sedap...tak caya cuba ler...

3) Kalo siang ikan, jangan buang ekornya..hehehe yg ni aku tak pasti...mak aku kata kalo buang ekor, ikan ni kureng sodap, sejak hari itu ..aku jarang buang ekor ikan..kalo panjang sgt baru aku buang.. hehe..

4) Bila masukkan garam,gula,asam jawa atau bahan perasa ke dlm masakan gunakan tangan..jangan guna sudu. orang tua2 dulu suka cakap secubit garam, segenggam garam (masak dlm kawah ler) so...jangan guna sudu ..boleh?? baru la dikatakan AIR TANGAN..bukan air sudu..haha..


5) Teknik merasa makanan ketika bulan posa..haha ini sgt2 penting waktu sekarang...petua ni aku dapat dari mana aku dah lupa tapi tak pe la sekadar memanjangkan ilmunya...
Setiap masakan kita tentu ada kuah..paling tak pun berair ler kan... ambik sikit dalam setitik air masakan tu letakkan pada kuku ibu jari. tengok...kalo air tu membentuk bulat tak tumpah ke jari maknanya dah cukup rasa ler tu..kalo mengalir ke jari bermakna ada la kurang rasa tu ...
tak caya cuba...

Utk pengetahuan kome, petua di atas memang aku guna pakai skrag ni tau...emmm not bad!!

Selamat mencuba!!

gambar2 tu aku ambik kat google jer..sory..haha..

Wednesday, July 27, 2011

Sambut Birthday...

Assalamualaikum....

Sebut je pasal birthday..mesti org terus ingat kek dan hadiah kan...
siapa yang tak happy kalo dapat kek dgn hadiahkan...budak2 lagi la suke.
kalo org dewasa  plak camni critenye...

1) Yang dah kawen > tunggu hadiah or ucapan dari hubby or wife

*dlm hal ni biasanye para suami ni jarang ingat tarikh2 keramat ni..even tarikh kawen pun lupa..tak caya tanya org dah kawen, lagi2 yg dah lama kawen tu..hahaha.....makanya...merajuk la para isteri coz kekdg bukan hadiah yg dinakkan tapi ucapan tanda ingatn...tu jer...(mcm kes aku jer.. hahaha..)

2) Yang masih bujang trang tang tang tapi dah ada special  >

* yang bujang tapi dah ada special, sure sanggup beli apa shj utk tunjukkan rasa rasa cinta n syg..(time ni kentut pun wangi .. haha) tak sabar tu.. time ni jugak la rasa mcm dunia ini ana yg punya!!! lagi-lagi kalo dapat buat surprise kan kan kan!!!tu siap tunggu detik 12.00 tgh mlm tu....haha tul tak?? teman udah berpengalaman weh...kihkihkih...

3) Yang bujang trang tang tang tapi tak de special

* mula la rasa ...kalo la ada teman hidup ke bf or gf..kan best...hehehe.  tapi...tapi ...ada tapinye..kalo ada byk geng (student le biasanyer) in group..time ni le kita raikan kwn baik kite...biasanye g makan kat fast food reramai n share2 beli hadiah....time ni paling best kan!!!rindunye zaman kolej...baru kutahu aku semakin tua...huuuuu

Walau apa pun status kome...tiap2 thn kita jarang sekali  lupa tarikh lahir sendiri kan...(ada gak yg lupa sebenonyer..kan). sebenarnya time ni la kita patut ingat mak kite yang telah bertarung nyawa utk melahirkan kita...sepatutnya pernghargaan tinggi patut kita bagi kat mak kite...bagi dema tabik springggg ker!!!ada ke cam tu...boleh ler..yg jauh call2 ler ucap T.Q , yg dekat2 jgn mintak belikan kek, patut kome bagi kek kat mak tu sebab dia yg lahirkan kite time tu...huhhh..okey ker??
Bila time birthday patutnye kita  :

> buat sujud syukur kerana masih diberi nafas
> buat  solat hajat minta kesejahteraan dan keberkatan hidup
> ucap terima kasih kepada ibu bapa yang melahirkan kite
> ada rezki lebih buat majlis kesyukuran atau bersedekah
> berubah menjadi yang lebih baik dan terbaek punya...
> lain2 yang difikirkan sesuai tapi yg baik2 tak xmenyalahi agama tau!!

Ingat !!!

"Hidup kite mcm sebatang rokok....makin lama makin sampai ke penghujungnya"


fikir2kan dan selamat beramal...cewahhh tiru ayat pakar motivasi plak..peh!!!

* sebenarnya aku tulis sempena hari lahir aku hari ni ..hahahaha..
   Sila beri ucapan ..oppp.. sila doakan aku ye..(siap minta lagi..tah apa2 la aku ni...)

-tamat-

Tuesday, July 26, 2011

Simpang Nyonya Baring

Assalamualaikum...

emmmm tengok tajuk cam pelik kan! Kat tempat aku ada satu tempat...familiar org panggil
Simpang Nyonya Baring.... haa...tertanya2 ye..apa ke bendenye ye...mana yg dah tau tu..buat2
tak tau ler...hehehe..

First  bila aku dengar org cakap tsgt la pelik bunyinye....kat mana tu? Rupa2nya kat tempat aku
ada simpang 3 kat traffic light....tau ada apa kat situ? Haa...cer perati kat tmpt2 lain...ada tak kome nmpk
nyonya tengah baring kat situ?... kihkihkih...bukan nyonya jual sayur kat situ tau!

Kat situ kalo kome perasan ada byk la nyonya2 tengah baring memperagakan body yg cantik lawa ...
ala...gambo iklan nak langsing2 ni ler... ****world le..body beauty **** le..**** slim le ..macam2 kan...
Tu dia hebatnya kuasa wanita....

Kekadang bila lalu atau stop tunggu traffic light kat situ, naik malu pun ada gak(konservatif ler katakan..haha)...pakai seksi2 ikut shape badan terbaring gitu kat tengah simpang....anak2 kecik boleh siap cakap..eee...tak malu pompuan tu pakai mcm tu...haa... sapa nak jawab tu?

 Org lelaki boleh le cuci mata kan sambil boring2 tunggu lampu hijau..lagi2 kalo jalan jem kan!!! Rasa2nya ada tak accident kat traffik light disebabkan gmbr iklan kat papan tu???Tu belum iklan kat tv yang promot mcm2 ubat tanpa tapisan...

Tu le dia kisah simpang nyonya baring...skrg kalo nak cari tempat dekat2 situ.. sebut je nama simpang tu, org dah tau...emmm ...agak2 ada org marah tak entri nih??

sori  la tak dapat nak publish gambo, kang tak pasal2 kena bayo duit saman lak hahaha..

-sekadar menyatakan pandangan- tak berkaitan antara hidup dan mati pon...hehe
.

-end-

Sunday, July 17, 2011

Mee Hailam Sempoi..

Assalamualaikum wm wbrkth..

Entry kali ini aku nak berkongsi tentang resepi sempoi pulak..emmm..makan lagi! penting tu kan..kan!
Mee hailam tau! mungkin kome tak berminat tapi kalo dah jemu makan kedai punya boleh ler cuba resepi ni.. tu pun kalo kome ada ati nak selingsing baju nak buat...ehh..lupa lak.. kalo pakai baju  tak berlengan apa nak selinsing nye plak kan...maklum le.. kat umah kan..huhuhu..

Resepi ni sempoi punya...ni kakak aku yg bagi resepi ni ..tu pun pasal aku dah xtau nak masak apa mlm2
sebab ktorg jarang mkn nasi memalam..cewahhh...konon jaga badan ler tu...eceh ceh...tapi ..resepi ni boleh jgk la buat bile tetamu tak diundang dtg mengejut..sebabnye nak sediakan sempoi le sesgt..

Haishh!!!panjang bebeno mukadimahnye ye..

mee hailam sempoi ala2 aku ..hahaha
ok lah memula sediakan ler bahan-bahan dia..

1) 1 paket mee kuning (lebih kurang 5 ke 6 org makan) kalo sedap sorg sepaket pun larat..hhuu
2)  udang (suka ati le byk mana pun) atau lain2 macam ayam ke, sotong ke.. buleh jgk.
Nak campur  pun sume pun boleh
3)  5 biji bawang putih - nak lebih pun tak pe jgn sampai sekilo udah ler..
4)  2 inci halia - tak payah le bersukat guna ruler plak...agak2 jer
5)  Cili boh (cili yg blen sendiri lg sedap) kalo tak nak guna la  3 tangkai cili api -ikut le nak pedas berapi camana...
6)  sos cili/sos tomato/sos tiram/kicap
7)  daun sop/ cili merah (utk hiasan bagi ceria skit)
8) 1 sudu kecil perencah mee sup (aku guna adabi punya- kat kedai runcit ada)
9)  Sayur sawi. kalo nak tambah bubuh le sayur carrot ke, kubis bunga ker, tomato ker
10) 3 sudu minyak..
11) 1 gelas air
bahan ni je yg  ada kat umah masa buat ni
Cara buatnye :

1) Tumbuk halia ngan bawang putih (tak payah hancor beno..tumbuk2 manja gitu..haha)
2) Tumis dgn minyak skit sampai kuning pastu bubuh le cili boh dalam 2 - 3 sudu (ikut pedas ler)
3) Dah masak cili tu bubuh air dalam 1 gelas biar mengelegak
4) Bubuh sos cili 2 sudu , sos tomato 1sudu(jgn byk sgt nanti masam), sos tiram 2 sudu dgn 2 sudu  kicap manis.(tak payah le bersukat pun agak2 le..baru le sempoi!!) biar mengelegak.
5) Bubuh  1 sudu perencah mee sup adabi (Ni.. adabi kena bagi something pasal aku promot ni hahaha)
6) Bubuh segala sayur dan udang serta seangkatan dgnnya..
7) Bubuh mee kuning ..kacau..jgn lelama sgt nanti kembang tak sedap.
8) Angkat dan tabur dgn daun sop dan cili merah..

dah siap pun!!
dah siap pun...nyam..nyam...mee ni kena makan panas2 baru sodap!!
selamat mencuba!!!
nampak cam rumit tapi sempoi jer sebenarnya...15 minit leh siap tau!
Kalo tak menjadi..jgn mare plak...hahaha chau chin chau...

-end- utk hari ni..

P/s - anak2 buahku yg selalu tanya resepi ni...pasni print jer..tak yah tanya2 lagi ok..

Friday, July 8, 2011

Rerama bercorak ular datang lagi!!

Assalamualaikum!!!

Hari tu aku ada cerita pasal rama-rama bercorak ular datang dua kali kat umah dlm tempoh seminggu kan. Kalo belum baca boleh baca post yang terdahulu yek...kat label "pelik kot" tu..
Kalo korang nak tau, beberapa bulan pas tu... rerama yang seumpama dengannya datang lagi kat umah aku. Korang rasa pelik tak?? Cer tengok gambo ni...
tengok bahagian sayap rerama ni ..
Balik keje tengok dia lepak kat pasu bunga gantung kat umah aku...Aduh mak!!! datang lagi..tapi kali ni lebih cantik dan lebih besar..kira2 ada la sebesar 2 tapak tangan aku..
Dia dok diam je kat situ...nak kata nak hisap madu bunga, masa tu pokok tempat dia lepak tu tak berbunga pun...pasu sebelah tu ada le bunga tapi dia tak lepak kat situ pun..

Bila tengok corak mcm ular kat sayap dia tu...takut + ngeri jugak ler tapi buat tak tau jer... aku siap cakap kat rerama tu.."kalo sesaje ko nak lepak berteduh kat situ, lepak ler lelama...kalo ada niat jahat...balik ler...jangan buat aku takut + pikir yg bukan2.."(ntah paham ke idak rerama tu bahase aku!!!.hahahaha..)

reraama ni dok kat situ sampai malam
Menggigil gak aku nak captured gambo ni...bukan apa ...buatnye dipatuknye tangan aku tak ke naye..emmm seram2 berani gitu..hhahahaa...dalam hati fuhh...lega bila dapat captured gambo ni tanpa sebarang insiden yg tidak diingini..hahaha...

Lama juga le rerama tu lepak kat daun tu...dari tengah hari aku balik, sampai malam dia ada kat situ..dlm kul 10.00 mlm bila aku ngan mr.hubby balik dr beli barang, tgk dia dah x de...mana agak nye dia pi?
Harap2 dia selamat ler...

Korang rasa pelik tak kenapa umah aku jadi tumpuan rerama spesies ni?? Umah aku kat tengah2 bandar lak tu...tak de hutan pun..pokok kat tepi2 jalan ade ler... pelik kan!!!
Komen ler skit...

Saturday, July 2, 2011

Tuah Yob Perak - Imam Muda Hassan

Assalamualaikum wm wbrkh..

Selesai menonton IM final  malam tadi..aku tersenyum. Pada aku semua IM yang ada tu semua berpotensi besar menjadi ikon remaja dan belia sekarang.

Finalis IM Hassan n IM Nazrul menunjukkan kepimpinan yang sangat tinggi. Yang jadi lawak santai malam tadi bila IM Hassan orang Perak , manakala Im Nazrul orang Johor. Mr.hubby cakap..ni  Johor vs Perak sambil tersenyum2.. Aku pun senyum gak la pasal aku org Perak, dia org Johor...hihihi...

Menonton pengisian program malam tadi memang amat memberi kesan, kalo yg menonton la. Yang menjadi sebak bila kedua2 imam ini membacakan surah AL-Mukminun secara berselang  seli. Sebak dan mengalir air mata ini, betapa syahdu dan kudusnya alunan ayat2 yg dibacakan oleh kedua2 finalis ini.
IM Hassan & IM Nazrul
-google-
Jauh di  sudut hati , aku menjangkakan IM Hassan yang akan menjuarainya berdasarkan hujah2nya yang berasaskan bukti dan bacaan ayat2 suci Al Quran serta hadis2 nabi. Dia nampak lebih tenang, yakin, merendah diri  dan murah dengan senyuman.(Sebab dia org Perak tu ye jugak tau!!) Bacaan ayat2 suci oleh IM Nazrul pula sangat menyentuh kalbu. Ini pendapat saya la...
TAHNIAH IM 2011
Bagaimanpun kedua2 finalis ini serta lapan yang lain benar2 berbakat. Mcm kata Im Hassan, kemenangannya hanya pada nombor sahaja. Dan diharapkan mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Tahniah kepada  IM Hassan, semua IM 2011, penggerak serta penganjur..
Bagaimana agaknya nak jadikan program2 mcm ni lebih menonjol berbanding program realiti yang lain??

Wednesday, June 29, 2011

Kepada-Mu ku bersujud..

Assalamualaikum..wm wbrkth...

Satu lagi lagu yang menyentuh kalbu...
Lagu ni dah jadi muzik latar blog ni.- from youtube..TQ
Hayatilah...

"Kau tempatku meminta,
 Kau beriku bahagia,
 jadikan aku selamanya
 hambaMu yang selalu bertaubat..."



Ampuni aku Ya Allah..

Friday, June 24, 2011

Tom & Jerry Part 1

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak bercerita tentang kucing kesayangan aku . Namanya Jerry..sweetkan namanya..si jerry ni! Mr.hubby aku yg beli. Masa tu umo dia dlm 3 bulan kot( doc kata la) detail dia aku xtau la pulak pasal xde surat beranak die..Jerry ni kucing jantan mix persian...sebab tu bulu dia agak kembang skit..tgk gmbr masa baru2 dtg umah aku ni...
Jerry umo 3 bulan

Alkisahnya mr. hubby bwk balik la kucing ni..aku xtau pun, tgk2 ada seko kucing kat dalam cage biru. Dia kata kucing tu kawan dia bagi..huhh masa tu tak berani la nak ngaku beli takut aku marah..hahaha... Aku tau dia beli pasal dia terlepas cakap, beli kat kawan dia...hemmm....Kat anak buah, dia ckp kucing tu dia beli utk jadi teman aku kat umah, kesian tgk aku sorg2 kat umah..terharu la pulak bila dengonye!!!hahaha

Oleh kerana kecomelan kucing ni, aku bagi la namanya Jerry pasal aku suke tgk crite katun Tom & Jerry tu. Mr.hubby kata okey la....sampai skrg la nama dia Jerry. Skrang umo dia dlm 2 tahun kot..susah kan tak de birth cert!.hhahaha..

Bila umo dia setahun aku jumpa seko anak kucing kat tempat keje, mak kucing ni tah mana, bior je anak dia tak makan minum..kwn2 kata dah berhari2 kat situ (dok dlm locker meja member) rasa2 umo dia xsampai sebulan kot..warna brown..oleh sebab kesian, plus comel aku minta kebenaran mr.hubby bwk balik kucing ni. Dia bagi la pulak...emm ada la kawan si jerry nanti...ni dia..
Tom masa umo sebulan kot..comel kan!!!.
Sampai umah kucing ni mengiau2 tak henti2..bagi makan xnak makan, bagi minum tak nak minum, bagi susu pun tak nak...mengiau jer..sampai jerry pun naik myampah kot..mr.hubby pun naik risau juga sampai suh hantar balik mungkin nak mak dia..

Esoknya  aku suh mr.hubby beli wet food yang dlm paket tu..cuba dia nak makan tak. emm alhamdulilah lahap dia makan...sejak mkn benda tu dia berhenti mengiau...Aku pun bagi la nama dia Tom.. sekarang aku dah ada Tom & Jerry.. jerry pun nampak happy dapat adik baru...hehehe..

Okey la panjang lak entry ni ...belum abis tau...bersambung...crite tom  n jerry pulak kalo ada masa ya...