BLOG sis'R'

Friday, February 25, 2011

Catatan@Sumatera, Indonesia.

Assalamualaikum...

Teringat kenangan melancong sambil berziarah ke Sumatera... asal ceritera zaman nenek moyang ku ntah generasi ke berapa berasal dari Pekan Baru, Riau..arwah bapaku berketurunan minangkabau.....Oleh kerana salasilahku berasal dari sana, maka masih adalah waris kami di sana.

Makanya...pada tahun 2005 aku bersama bonda dan beberapa ahli keluarga seramai 9 org terbang ke sana menaiki pesawat air asia..perjalanan menaiki kapal terbang hanya mengambil masa 45 minit sahaja.Tiba di sana kami disambut dgn penuh kudus,syahdu dan terharu oleh Pak cik Hassan di lapangan terbang...Sudah hampir 30 tahun kami tidak bertemu..maka sebak juga la di dada ini...huhu..

Pak cik Hassan ni pernah tinggal bersama kami di Malaysia dan bekerja di sini ....Waktu tu aku kanak-kanak lagi..beliau merupakan dua pupu arwah ayahandaku.

Kami terus ke rumah kakak Pak cik Hassan bernama mak cik Simpon@nuraini..dan anaknya yg kami kenali (Sudirman) juga pernah bekerja di malaysia..
Suasana penuh kudus...kami disambut dan dilayan dgn baik oleh mereka...

Sebelah petang kami ke bandar Pekan Baru...agak pesat juga bandar ini...bangunan yg besar,banyk pusat beli belah yg harganya...ermmm murahhhnyeee....baju2 dan kain ela murah sgt2....apa lagi shopingg la...
kami pulang ke rumah Mak cik Simpun menaiki kenderaan beroda tiga bernama "bajai" atau "tut tut" kalo di Siam....enjoy juga naik benda tu...tapi amat menakutkan kerana pemandu tu agak kurang  berhemah...bukan dia jer...'bajai' lain pun sama..huhuhh...sampai sekarang aku tak leh lupa..pemandu bajai yg kira terrer memandu siap mencarut2 lagi dengan pemandu lain..huh! dah sampai umah tu siap cakap aku mcm ct nurhaliza opppss....juling apa org tu..ketawa besar aku!! tak perasan pun haha..

Sepanjang di sana kami sempat melawat tempat asal kelahiran generasi terdahulu zaman ntah bila tah...even mak aku pun tak tau...tau nama jer...perjalanan dari pekan baru mengambil masa lebih 8 jam....rasa berapi punggung dok lama dlm kereta pacuan 4 roda...Kereta amat kurang di gunakan di sini...yg banyak motorsikal....

Kami juga berpeluang pergi ke Padang dan Bukit Tinggi.... dari Pekan Baru ke Padang perjalanan juga memakan masa hampir 12  jam...jalan raya yang berkelok2 (ada nama kelok  9, ada kelok 14)..turun naik bukit...sepanjang perjalanan tidak berasa jemu kerana setiap kawasan ada rumah, sawah dan kawasan ternakan... tempat di sini masih belum maju..kira2 spt zaman 80an negara kita la...
kenderaan paling polular kat sini


Di Padang, kami menginap di Hotel Hayam Wuruk..(dah runtuh pun hotel ni masa gempa bumi teruk di padang baru-baru ni)..sempat bermalam saja dan esoknya kami terus menuju ke PantaiAir Manis iaitu tempat yg terkenal dengan sejarah lagenda Malin Kundang.
atas kapal malin kundang yang dah jadi batu
Di pantai ini...suasana agak suram dan meremangkan apabila pertama kali memijak kapal Malin Kundang yang dipercayai terbelah dua menjadi batu . Malin Kundang sendiri yang menjadi batu masih ada di situ..Jika dilihat daripada struktur batu batan...mmg batu batan itu sudah beratus2 tahun lamanya...sisa kapal, pinggan mangkuk, tali kapal, buyung yang menjadi batu masih di situ...itulah kisah lagenda malin kundang yang menjadi batu akibat menderhaka kepada ibunya...Gambar di bawah ni...aku duduk atas 'malin kundang' yg dah jadi batu. Sejauh mana kebenarannya...Allahualam...

seram juga dok atas malin kundang ni
takut kena sumpah lak hahaha..
sebahagian kapal yang pecah menjadi batu

Di Padang juga kami sempat menaiki kereta kuda yg dihias cantik (mcm kereta lembu kat Malaysia la)  menjelajah bandar Padang...pesat juga bandar ini! banyak tempat shoping tetapi harganya lebih mahal berbanding di Bukit Tinggi...
setelah puas menjelajah Padang, kami menuju ke Bukit Tinggi...tempatnya terletak dlm perjalanan balik ke Pekan Baru...

Suhu di Bukit Tinggi agak sejuk dan nyaman kerana kawasannya agak tinggi berbanding tempat lain...inilah rupanya  'syurga' beli belah yg mjadi tumpuan org malaysia n singapore..
Semua brg murah...murah sgt..drp baju, kain ela, telekung, kain bersulam, kain batik pelikat....sume murah berbanding negara kita....jenuh la memborong...yg penting kain ela la...wat baju raya hahaha!!!!!

Dah puas shoping...van pun dah penuh, Pak cik Hasan pun dah naik risau tgk kami xsudah2 shoping...ermmm...kami pun meneruskan perjalanan balik yg panjang tu...berbaloi jgk la...

di sana sempatlah kami menziarah kuarga...ntah sapa2 ntah yg aku xkenal....kata ada pertalian sedara...aku mengiyakan je lah  aku pun xtau sedara mcmana...huhu
perjalanan ini benar2 meberi pegalaman baru kpd aku utk melihat tempt org...
Terima kasih Pak cik Hassan dan Mak cik Simpun atas layanan baik dan mesra kpd kami selama lima hari di sana. Allah jua yg membalasnya...

itu je la stakat ni...

p/s Al Fatihah buat arwah Sudirman yg kembali ke rahmatullah pd thn 2008 dan baru-baru ini Pak Cik Wahab (bapa arwah Sudirman) pula kembali ke rahmatullah...

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete