BLOG sis'R'

Friday, February 25, 2011

Catatan Umrah & Ziarah - Madinah al Munawwarrah

Assalamualaikum....

Catatan kali ini...mengimbau kenangan yang paling manis dlm hidup aku...berpeluang menjadi tetamu Allah dan Rasulullah SAW di Madinah..bukan semua org berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah rezki berpihak kepadaku...

Penerbangan selama 8 jam menaiki pesawat MAS...mendarat di Jeddah....setelah sejam berurusan dgn pihak imigresen Jeddah, kami menaiki bas menuju ke Madinah utk menziarahi kota Rasulullah..Kami sempat berhenti rehat di R&R bernama Bir Ali....Di sana kami terus solat subuh...perjalanan dgn bas mengambil masa lebih kurang 4 jam. Di Madinah, hotel yg kami duduki tidak jauh dari Masjid Nabawi...
Masjid Nabawi. Dibawah kubah inil letaknya
makam Rasulullah dan para sahabatnya
            

Menjejak masuk ke Masjid nabawi ini amat membuatkan diri ini terharu dan  sgt bersyukur...Air mata kesyukuran mengalir tatkala melangkah masuk ke masjid nabi ini...sebak terharu, bersyukur kerana terasa diri ini amat hampir dgn Rasulullah...Alangkah indah dan cantiknya masjid ini...Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi...Masjid ini begitu di kawal ketat sehingga kamera dan handfon tidak boleh dibawa masuk.
Solat tahiyatul masjid didirikan dan seterusnya solat2 sunat serta solat zuhur..
air zam-zam?....sepanjang pintu masuk menuju ke ruang solat...tong2 berisi air zamzam ada disitu..
Setiap waktu solat..pasti kami tidak melepaskan peluang bersolat di situ..

bersama ahli keluarga yang mengerjakan umrah
                           

Raudhah? ...salah satu daripada taman2 syurga..terletak di sisi makam Rasulullah dan para sahabat baginda...Bukan mudah nak masuk ke sini...Pihak pengurusan masjid menetapkan kaum wanita hanya dibenarkan masuk ke kawasan ini selama sejam pada pukul 10- 11pagi dan selepas solat zuhur kira-kira selama satu jam... bertolak-tolakanlah  para jemaah wanita nak masuk ke sini...Rakyat Malaysia dan Indonesia adalah jemaah paling beradab dan memamg patut dibanggakan berbanding kaum lain yang tidak bertimbang rasa ketika memasuki Raudhah.
hadapan Masjid Nabawi selepas solat subuh
                          

Alhamdulillah kali kedua ke Raudhah...aku dan keluarga sampai juga ke tempat utama di dalam Raudah...keadaan amat sesak..nak solat di situ pun tak boleh..Kami menuju ke hadapan makam Rasulullah dan mendoakan kesejahteraan baginda...sebak hati berada di situ...air mata mengalir laju...tak tahu kenapa....terasa diri ini begitu kerdil di situ....

Selama 3 hari di Madinah kami sempat mengunjungi Bukit Uhud dan Perkuburan Baqi (para syuhada semasa Perang Uhud')...wangi sungguh perkuburan ini!!!...Kami mendaki Bukit Uhud...bukit yang hanya berbatu2..dengan cuaca yang panas menjangkau 45 darjah celcius.Di situ banyak jualan brg untuk cenderamata. selain itu kami turut mengunjungi  Masjid Quba, Masjid Qiblatain(dua kiblat) dan  ladang kurma.
di Bukit Uhud - di belakang sana adalah Perkuburan Baqi'


Kota Madinah ini amat moden, bersih dan tersusun. Di sekeliling masjid terbina hotel2 besar pelbagai bintang dan masih byk lagi dlm pembinaan.Terdapat kedai2 menjual pelbagai brgn perhiasan, cenderamata dan sebagainya.
Meninggalkan kota Madinah memberi kesan yg mdlm dlm jiwa aku...dari dlm bas mataku tidak putus2 memandang masjid indah ini dgn linangan air mata sehingga lenyap daripada pandangan. tidak dpt ku mengertikan sebak di dada apakah aku akan kembali menjadi tetamu Rasulullah lagi...Insyaallah!

Perjalanan menuju ke Makkah Mukarrammah mengambil masa selama 4 jam...kami singgah di Bir Ali untuk makan tengah hari dan mula bermiqat di situ... Di Bir Ali ini...makanan enak Nasi Bukhara menjadi hidangan yg menyelerakan...sedap sekali...Perjalanan ke Kota Makkah diteruskan...

***bersambung

No comments:

Post a Comment