BLOG sis'R'

Wednesday, March 9, 2011

Catatan@ Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

26 Disember 2010

Catatan kali ni tentang percutian aku dgn hubby dan kakandaku serta keluarganya...
Kira-kira jam10 pagi kami dah bertolak ke Bukit Tinggi (BT). Perjalanan ke sana mengambil masa tak sampai 2 jam dari rumah...jalan masuk menuju ke sana agak bengkang bengkok...mcm laluan ke Cameron Highland jugak la....
Suasana nyaman dan udara yg dingin jauh daripada kesibukan kota amat menenangkan hati.. ramai juga pengunjung dari dalam dan luar negara yg datang kerana cuti Krismas..

Kami tiba kira-kira jam 12.00 tgh, dan menanti utk check in hotel di Berjaya Hills...menurut pekerja, check in pukul 3.00pm.. emmm nak buat apa??...
Tempat ini memang cantik..kita seolah2 berada di kota Perancis dgn rekabentuk bangunan yg lain drp yang terdapat di negara kita..dikelilingi bukit2 yg menghijau..


Sementara menunggu, kami ke perkampungan Jepun. Utk ke sana kami menaiki, sejenis kenderaan seperti lori pick up yg boleh membawa muatan seramai 15 -20 org dalam satu-satu masa.perjalanan mgambil masa kira-kira 15 minit..

Tiba di perkampungan Jepun...terdpt  dua buah rumah Jepun tradisional, air terjun kecil dengan jeram buatan yg menempatkan byk ikan..Di sini kita berpeluang memberi mkanan kpd ikan2 dan menyewa baju tradisional Jepun.Di sini juga terdapat SPA Tatami, kedai cenderamata dan taman botani.. Aku sempat mengenakan baju kimono...lihat la gmbr di bwh ni hehhee... amacam? ada rupa Jepun muslim x??hahaha..keadaan di sini sungguh menenangkan fikiran...

Kemudian kami ke Rabbit Park...terletak agak jauh sdikit drp Kota Perancis tu...banyak la rabbit yg boleh kita tgk di situ. Anda juga boleh menunggang kuda di situ!

Kami kembali ke hotel. Kira2 jam 5.00pm baru lah check in...lambat betul servis dia...huhh...dah booking awal2 tapi bilik tak dpt dekat2...masalah lagi...
Sebelah malam agak happening di sini ...udara agak sejuk..tiada apa yg menarik...cuma pertunjukan pentas tarian daripada penari2 luar negara...seksi betul...apa nak buat ....tempatnya dah mcm tu...selain itu ada pertunjukan api  ala2 red indian...huhu...fantastik!..

Utk mkn malam...kami hanya order melalui hotel...kedai makan tutup pd pukul 10.00 mlm..makanan agak mahal juga di sini..mungkin jauh dari bandar..
Agak malang , makanan yg dipesan tiba lewat hampir dua jam dan tiba dlm keadaan sejuk.. apa lagi..hubbyku complain kaw2 kepada manager di situ...sehinggakan mknan tu tak perlu bayar..Ya lah...sudahlah check in lambat...oder mknan lmbt, mknan sampai..sejuk pulak.....apalah punya servis..tempat je nampak gah..

Keesokan harinya kami check out dan dlm perancangan dlm perjalanan balik kami nak mandi air jeram di Janda Baik..punya la cari tempat yg sesuai tapi nampak airnya kotor..kami hanya singgah di Hutan Lipur Lentang je...berehat seketika dan pulang...
walaupun hanya 2 hari...dapat la menenangkan fikiran....
Kalo sapa2 nk g sanaa balik ari pun tak pe...bukan ada apa sgt pun kat sana...kalo nak honeymoon ok la kot..huhu...

Wassalam...

Tuesday, March 1, 2011

Catatan Umrah & Ziarah - Makkahtul Muqarramah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Catatan bersambung...kali ini di Kota Makkah...

Kami tiba di Kota Makkah lalu terus check in ke hotel...selesai menghantar barang, kami terus berkumpul dengan ketua rombongan Tn Hj Ibrahim  menuju ke Masjidil Harram...
Melangkah sahaja ke dalam masjid dengan doa melalui pintu 'Bab as Salam' hatiku sedikit berdebar dan teruja ketika menuruni anak tangga menuju ke dataran tawaf tempat letaknya Kaabah... Terpandang aku kaabah yg begitu besar dan megah berdiri di tengah2 dataran..dihiasi dengan kelambu hitam dengan ayat2 suci bertinta emas..
terpaku diri ini seketika...tiba2 perasaan sebak menyelubungi diri dan air mata mengalir...Alhamdulillah...selamat aku menjejak bumi Makkah dan berada di hadapan Kaabah yg selama ini hanya kulihat melalui gambar...Ruang solat di masjid ini sgt luas dan bertingkat-tingkat.
Utk naik ke tingkat atas disediakan tangga elektrik...pada ketika itu ada kira-kira 4 aras ruang solat menghadap Kaabah... Subhanallah!!
Kaabah selepas solat magrib
Solat sunat dan zuhur dikerjakan...selesai itu...kami terus turun ke dataran tawaf mengikut ketua rombongan utk bertawaf sebanyak 7 kali..terharu dan sebak tatkala pertama kali mengerjakan tawaf.....cuaca panas terik mencecah 45 darjah C.....tidak ramai jemaah yang ada pada ketika itu maka urusan tawaf mudah dikerjakan..selesai tawaf kami terus melakukan saie yg terletak dalam masjidil harram ini juga...Pelbagai bangsa dan keturunan berada di sini untuk mengerjakan umrah tanpa mengira pangkat dan keturunan..masing2 dengan ibadat masing2...

Kami terus menuju ke Bukit Safa dan berniat 'saie'..lalu terus berulang alik dari Bukit Safa ke Marwah....jarak antara kedua2 bukit ini agak jauh juga. Laluannya telah dipermodenkan dan dilengkapi pendingin hawa sepanjang jalan...Mulai terdetik dlm hati begitu sukarnya ibu Nabi Ismail berulang alik mencari air dgn panas yg membakar antara dua bukit yg jauh ini...Sebak dan terharu lagi hati ini....Selesai saie...kami mengunting beberapa helai rambut (tahalul) tanda selesainya umrah..Alhamdulillah...Aku dan adik-beradik lain segera mengerjakan solat sunat syukur selesainya 1 umrah.. Dalam hati terdetik...alangkah baiknya waktu tenaga masih muda mengerjakan haji kerana semua ibadat itu memerlukan kekuatan fizikal dan mental...Insyaallah..agar dipermudahkan...
saie- antara Bukit Safa & Marwah
Alhamdulillah...di Kaabah itu, aku diizinkan oleh Allah SWT untuk mencium Hajarul Aswad setelah beberapa kali percubaan kami gagal mendekatinya.. Semua adik beradikku dapat menciumnya..melalui Multazam setelah solat hajat minta dipermudahkan ke sana..Di dalam Hajarul Aswad ini terdapat 7 biji batu kecil terlekat pada batu besar yg berwarna hitam yg terletak di penjuru Kaabah.itu...Subhanallah...wangi sungguh batu itu walaupun beribu2 org menciumnya setiap hari tanpa henti...
Alhamdulillah juga aku diizinkan melakukan solat sunat di dlm Hijir Ismail walaupun keadaan sesak di dlmnya..

Hari2 seterusnya kami terus mengerjakan umrah setelah selesai solat subuh....biasanya kami ke Tanaa'em(tempat bermiqat) paling hampir dengan tanah suci..dan setiap hari jugalah kami akan singgah di bazar2 berhampiran masjid untuk bershopping...biasalah rakyat Malaysia memang suka shopping di Makkah...bukan apa... utk cenderamata kepada sanak saudara dan sahabat handai.....

Kami juga sempat bermiqat di Ja'aranah, di mana di situ terletaknya Masjid Hudaibiyah... bekas tinggalan masjid itu masih kelihatan..kami juga sempat melawat ladang unta, kilang mencetak Al Quran, Jabal Rahmah dan lain-lain lagi...

Peluang bersolat setiap waktu di masjid ini tidak dilepaskan...setiap kali waktu solat...masjid ini dipenuhi jemaah yg datang entah dari mana...setiap kali selepas solat jugalah solat jenazah dijalankan...emmm alangkah bertuahnya jenazah itu disolatkan oleh beribu2 org....Aku sempat bersolat Jumaat di masjid itu buat pertama kali dlm sejarah hidupku...semua jemaah sibuk dgn ibadat masing2..

Air zam-zam merupakan minuman harian kami...di mana2 sahaja kita boleh mendapat air ini...setiap laluan pintu masuk masjid terdpt tong2 berisi air zam-zam...malahan boleh digunakan utk berwuduk...terkenang aku ...kalo di tempat kita nak minum air ini berjimat cermat...di sini...minum lah selagi boleh...Alhamdulillah nikmat yg Allah beriikan...

di Jabal Rahmah
Di Jabal Rahmah(tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas diturunkan ke bumi), kita berpeluang menunggang unta yg dihias cantik... Sepanjang mendaki ke Jabal Rahmah ini...ramai anak2kecil berkulit hitam yg kudung tangannya meminta sedekah..Ohhh Tuhanku!..Melihat keadaan ini..amat menyedihkan dan menyebakkan hati tetapi adakah sindiket yg mendalangi mereka? bagi yg ingin bersedekah..niatkan kerana Allah sahaja...Di Jabal Rahmah...ramai jemaah pelbagai kaum di situ dan ada juga yg mgerjakan solat di situ.

Alhamdulillah sepanjang di Makkah... kami sempat mengerjakan 7 kali umrah..kesihatanku pula begitu baik, hati benar2 tenang di sini..tiada apa yg membelenggu fikiran ku sehinggakan selera makanku bukan main kuat...buktinya..apabila pulang ke negara, berat badanku naik 2 kg dlm masa tak sampai 2 minggu...Nasi Bukhara...ohhh my God...suka sgt...walaupun makan hanya dengan ayam panggang...

Hampir 2 minggu kami menjadi tetamu Allah..tibalah masa utk pulang...hati mulai sebak tatkala melangkah ke dataran tawaf utk tawaf selamat tinggal...sepanjang tawaf..air mata mengalir laju...sebak dan sedih utk meninggalkan kota ini...Tidak dpt kugambarkan perasaanku ketika itu saat melangkah keluar meninggalkan Masjidil Harram...Semoga aku kembali lagi ke sini bersama suami dan keluarga ku...Aminnn...
perkarangan masjidil harram
Dalam perjalanan pulang menuju ke Jeddah, kami sempat melawat Masjd Terapung yg terletak di tepi pantai Laut Merah dan melihat tempat hukuman hudud di jalankan....

Masalah timbul untuk pulang ke Malaysia.... cuaca buruk-taufan  di Teluk Muscat Oman menyebabkan penerbangan dibatalkan. Kami dihantar ke sebuah hotel bernama Al Azhar Hotel yg bertaraf 4 bintang..dan bermalam di situ serta dilayan dengan baik oleh petugas di sana.
hadapan Hotel Al-Azhar, Jeddah