BLOG sis'R'

Wednesday, March 9, 2011

Catatan@ Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

26 Disember 2010

Catatan kali ni tentang percutian aku dgn hubby dan kakandaku serta keluarganya...
Kira-kira jam10 pagi kami dah bertolak ke Bukit Tinggi (BT). Perjalanan ke sana mengambil masa tak sampai 2 jam dari rumah...jalan masuk menuju ke sana agak bengkang bengkok...mcm laluan ke Cameron Highland jugak la....
Suasana nyaman dan udara yg dingin jauh daripada kesibukan kota amat menenangkan hati.. ramai juga pengunjung dari dalam dan luar negara yg datang kerana cuti Krismas..

Kami tiba kira-kira jam 12.00 tgh, dan menanti utk check in hotel di Berjaya Hills...menurut pekerja, check in pukul 3.00pm.. emmm nak buat apa??...
Tempat ini memang cantik..kita seolah2 berada di kota Perancis dgn rekabentuk bangunan yg lain drp yang terdapat di negara kita..dikelilingi bukit2 yg menghijau..


Sementara menunggu, kami ke perkampungan Jepun. Utk ke sana kami menaiki, sejenis kenderaan seperti lori pick up yg boleh membawa muatan seramai 15 -20 org dalam satu-satu masa.perjalanan mgambil masa kira-kira 15 minit..

Tiba di perkampungan Jepun...terdpt  dua buah rumah Jepun tradisional, air terjun kecil dengan jeram buatan yg menempatkan byk ikan..Di sini kita berpeluang memberi mkanan kpd ikan2 dan menyewa baju tradisional Jepun.Di sini juga terdapat SPA Tatami, kedai cenderamata dan taman botani.. Aku sempat mengenakan baju kimono...lihat la gmbr di bwh ni hehhee... amacam? ada rupa Jepun muslim x??hahaha..keadaan di sini sungguh menenangkan fikiran...

Kemudian kami ke Rabbit Park...terletak agak jauh sdikit drp Kota Perancis tu...banyak la rabbit yg boleh kita tgk di situ. Anda juga boleh menunggang kuda di situ!

Kami kembali ke hotel. Kira2 jam 5.00pm baru lah check in...lambat betul servis dia...huhh...dah booking awal2 tapi bilik tak dpt dekat2...masalah lagi...
Sebelah malam agak happening di sini ...udara agak sejuk..tiada apa yg menarik...cuma pertunjukan pentas tarian daripada penari2 luar negara...seksi betul...apa nak buat ....tempatnya dah mcm tu...selain itu ada pertunjukan api  ala2 red indian...huhu...fantastik!..

Utk mkn malam...kami hanya order melalui hotel...kedai makan tutup pd pukul 10.00 mlm..makanan agak mahal juga di sini..mungkin jauh dari bandar..
Agak malang , makanan yg dipesan tiba lewat hampir dua jam dan tiba dlm keadaan sejuk.. apa lagi..hubbyku complain kaw2 kepada manager di situ...sehinggakan mknan tu tak perlu bayar..Ya lah...sudahlah check in lambat...oder mknan lmbt, mknan sampai..sejuk pulak.....apalah punya servis..tempat je nampak gah..

Keesokan harinya kami check out dan dlm perancangan dlm perjalanan balik kami nak mandi air jeram di Janda Baik..punya la cari tempat yg sesuai tapi nampak airnya kotor..kami hanya singgah di Hutan Lipur Lentang je...berehat seketika dan pulang...
walaupun hanya 2 hari...dapat la menenangkan fikiran....
Kalo sapa2 nk g sanaa balik ari pun tak pe...bukan ada apa sgt pun kat sana...kalo nak honeymoon ok la kot..huhu...

Wassalam...

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete