BLOG sis'R'

Saturday, April 23, 2011

Catatan @ Kuala Selangor

Assalamualaikum......

Catatan pada kali ini  aku nak cerita tentang pengalaman bercuti dgn hubby dan family di Kuala Selangor...
Mungkin ramai yang kata...apa jer ada kat situ..cer crite.....haa...ni penglipur lara nak cite..hehe

Cuti weekend suatu ketika  kami habiskan dengan menjelajah kuala selangor...hajat hati nak tengok kelip2 jer...dengar mcm best je tmpat tu....so ari sabtu kami bertolak ke  k.selangor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam . kami check in di sebuah hotel di tepi laut.. Emmm...pemandangan sangat cantik...satu lagi kebesaran Allah!!!!  tenang, damai dan berangin memang memberi ketenangan ....

pemandangan dari hotel
Petang di tepi laut ini menggamit ramai pengunjung...bukan sahaja datang utk bersantai tapi juga berpeluang bermain layang-layang kerana angin yg begitu kuat...pantainya hanyalah pantai kerang...tak boleh mandi kat situ...nak cari kerang boleh lah kalo sanggup mengharung selut hingga paras lutut....(makan kerang suka!!!!!!)
Banyak gerai makanan dan jualan di tepi laut...ketika mentari terbenam ...suasana sangat menakjubkan...lihat ni...

pemandangan ketika matahari terbenam
Sebelah malam kita boleh makan makanan laut yang segar ... terdapat beberapa buah restoran makanan laut kat situ...yummy!!... banyak betul pengunjung yg jalan2 cari makan kat situ...nak parking pun susah......
Selepas makan kami terus ke Kampung Kuantan(bukan kat Pahang tu tau!) tempat letaknya kawasan kelip2...

Tempat ni agak sunyi...mungkin sebab kelip2 tak sukakan bunyi bising...tak ramai pengunjung pada ketika itu....utk melihat kelip2 itu, kita perlu menaiki sampan dan memakai life jacket....dalm sebuah sampan boleh memuatkan lebih kurang 10 orang...emm ngeri jugak naik sampan malam2 buta ni...gelap lak tu...arus sungai agak tenang...mula aku aku memikir bu..ayaa....(ayor yg tenang jgn disangka tiada buaya weh!!) huhhh....seram!! tengok la keadaannya nih...
gmbr  ni ehsan drp google
Tak jauh dari jeti tu...kita akan dibawa ke tempat tumpuan kelip2...kami dilarang mangambil gambar dan menggunakan handfon....ini kerana kelip2 akan lari apabila nampak cahaya....jadinya....tak dapat la tangkap gmbr kelip2 utk letak kat sini....hukhuk..

Kelip2 itu hinggap pada dahan dan daun2 pokok ....agak terang dan menarik juga... kelip2 tu kecil aje rupanya...tetapi boleh mengeluarkan cahaya yang begitu terang....bila kelip2 tu berkumpul banyak di sepohon pokok. nampak mcm kita letak lampu kelip2 kat dahan2 pokok tu....hehehe..
gmbr drp google..

Esoknya...kami ke Bukit Melawati...tempat ni merupakan tempat bersejarah. Di puncaknya terdapat makan diraja, meriam yg digunakan semasa perang dan paling banyak...KERA!!! kera2 kat sini tak takut manusia...tapi manusia yang takut kat kera2 tu..hehhee....
Untuk ke puncak bukit ini disediakan bas khas yang terbuka...hemm.. open air!!..best jugak naik bas ni....kat atas bukit ni banyak meriam yang digunakan pada zaman penjajahan dulu...


Pemandangan dari atas  puncak bukit ni sangat indah dan menarik....paling menarik..kera2 la...mcm2 saiz dan warna anda tapi kebanyakannya berwarna hitam..ada penjual kacang panjang di sini...rupa2nya kera ni suka kacang panjang sampai boleh rebut yg ada kat tangan kita. mula2 sikit tapi makin lama makin byk kera2 dtg...takut pun ada gak tapi yg penting dia tak ganggu kita...
Rupa2nya anak kera ni masih kecik warna dia lain ...cer tengok gambo ni...rilek je kera ni posing time aku amik gmbo die...

kera pun tau sayangkan anak
tengok kera-kera tu nak makan
Dua hari di kuala selangor memberi banyak info tentang kekayaan negara sendiri...apa lagi.. p lah bercuti2 malaysia..rehatkan minda..habiskan masa hujung minggu anda di sini...(promot nmpk)hahaha...

-end-




1 comment:

  1. yang hitam tu, muka pleasant sikit namanya lotong.

    yang coklat, muka garang namanya monyet kut. memang spesis berbeza.

    bila bawa makanan. tak boleh tayang semua. kena keluar satu2. silap2 leka, ada yang terkam dari belakang, berebut yang kat tangan kita. hihihi.

    ReplyDelete