BLOG sis'R'

Wednesday, June 29, 2011

Kepada-Mu ku bersujud..

Assalamualaikum..wm wbrkth...

Satu lagi lagu yang menyentuh kalbu...
Lagu ni dah jadi muzik latar blog ni.- from youtube..TQ
Hayatilah...

"Kau tempatku meminta,
 Kau beriku bahagia,
 jadikan aku selamanya
 hambaMu yang selalu bertaubat..."



Ampuni aku Ya Allah..

Friday, June 24, 2011

Tom & Jerry Part 1

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak bercerita tentang kucing kesayangan aku . Namanya Jerry..sweetkan namanya..si jerry ni! Mr.hubby aku yg beli. Masa tu umo dia dlm 3 bulan kot( doc kata la) detail dia aku xtau la pulak pasal xde surat beranak die..Jerry ni kucing jantan mix persian...sebab tu bulu dia agak kembang skit..tgk gmbr masa baru2 dtg umah aku ni...
Jerry umo 3 bulan

Alkisahnya mr. hubby bwk balik la kucing ni..aku xtau pun, tgk2 ada seko kucing kat dalam cage biru. Dia kata kucing tu kawan dia bagi..huhh masa tu tak berani la nak ngaku beli takut aku marah..hahaha... Aku tau dia beli pasal dia terlepas cakap, beli kat kawan dia...hemmm....Kat anak buah, dia ckp kucing tu dia beli utk jadi teman aku kat umah, kesian tgk aku sorg2 kat umah..terharu la pulak bila dengonye!!!hahaha

Oleh kerana kecomelan kucing ni, aku bagi la namanya Jerry pasal aku suke tgk crite katun Tom & Jerry tu. Mr.hubby kata okey la....sampai skrg la nama dia Jerry. Skrang umo dia dlm 2 tahun kot..susah kan tak de birth cert!.hhahaha..

Bila umo dia setahun aku jumpa seko anak kucing kat tempat keje, mak kucing ni tah mana, bior je anak dia tak makan minum..kwn2 kata dah berhari2 kat situ (dok dlm locker meja member) rasa2 umo dia xsampai sebulan kot..warna brown..oleh sebab kesian, plus comel aku minta kebenaran mr.hubby bwk balik kucing ni. Dia bagi la pulak...emm ada la kawan si jerry nanti...ni dia..
Tom masa umo sebulan kot..comel kan!!!.
Sampai umah kucing ni mengiau2 tak henti2..bagi makan xnak makan, bagi minum tak nak minum, bagi susu pun tak nak...mengiau jer..sampai jerry pun naik myampah kot..mr.hubby pun naik risau juga sampai suh hantar balik mungkin nak mak dia..

Esoknya  aku suh mr.hubby beli wet food yang dlm paket tu..cuba dia nak makan tak. emm alhamdulilah lahap dia makan...sejak mkn benda tu dia berhenti mengiau...Aku pun bagi la nama dia Tom.. sekarang aku dah ada Tom & Jerry.. jerry pun nampak happy dapat adik baru...hehehe..

Okey la panjang lak entry ni ...belum abis tau...bersambung...crite tom  n jerry pulak kalo ada masa ya...

Monday, June 20, 2011

Catatan@Jakarta-Bandung

Assalamualaikum..

Hai...kali ni aku nak sambung crita kat Jakarta-Bandung

10 Jun 2011

Selepas sarapan pagi di hotel kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandung. Dalam perjalanan kami singgah di Taman Mini Indonesia. Taman ni macam Taman Mini Malaysia  kat Ayer Keroh,Melaka tu la....Emmm menarik juga la kat sini. Tempat yang menghimpunkan rumah-rumah tradisional yang terdapat di seluruh wilayah di Indonesia. Kawasannya sangat luas. Di situ juga terdapat kereta kabel yg boleh dinaiki untuk melihat keseluruhan taman ini.

Kami hanya sempat mengunjungi rumah tradisional Minangkabau(Padang), Acheh, Kalimantan, Jawa Barat, Jawa Timur, Sulawesi dan beberapa lagi..itu pun tak masuk ke bahagian dalam kerana kekangan masa..Kalau nak melihat keseluruhan taman ini boleh memgambil masa satu hari..Ni je la beberapa keping gambar yg boleh dilihat..
Rumah Tradisional Minangkabau

Rumah Kalimantan
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandung. sepanjang perjalanan kenderaan tidak putus2 dan agak sesak lebuhraya ini. Masing2 nak cepat menuju ke destinasi. Lebih 3 jam baru lah sampai di Bandung. Kami makan di restoran masakan Sunda iaitu restoran yang mula2 kami sampai. Makanan panas yg dihidangkan sangat sedap dan perut pun memang dah lapar...Ni makanan dia...suka beno aku ngambik gambo makanan yer..

Selesai makan kami terus menuju ke pusat kraf dan batik Indonesia. Kedainya agak eksklusif dan harga pakaian batik juga agak mahal.. kemudian kami di bawa ke sebuah outlet pakaian dari kilang. Harganya memang murah tetapi kurang pilihan.

Selesai di situ kami terus ke Cidabuyut Street iaitu merupakan outlet jualan barangan kulit seperti kasut, selipar dan beg. Kasut2 yang dijual memang murah. Sempat la juga shopping kat situ. Selesai kat situ kami singgah di Masjid Raya Bandung untuk jamak solat zuhur dan asar. Masjid ni kelihatan agak lama, besar dan di perkarangannya terdapat sebuah padang yang dijadikan tempat bersantai pengunjung.
with MIL
Kami terus dibawa ke Cihampelas Street pula. Ini merupakan tempat shopping juga tetapi lebih kepada pakaian, jeans, t-shirt. Pakaian yang dijual memang murah2. Patutlah org Malaysia suka sangat ke Bandung ni...Selain duit jadi berjuta2...rupiahhh...pelbagai barangan boleh dibeli dengan harga yg sangat murah.

Kami makan malam di sebuah restoram masakan padang. Lauk2 yg disajikan lebih kurang  dengan masakan padang di Jakarta juga. Oleh kerana lapar kami pun makan le sepuas-puasnya..Kemudian kami check in di  hotel bernama 'Hotel Mutiara'. Menurut petugas di sini , hotel ni kepunyaan usahawan dari Malaysia .Bangga la juga hehe...

11 Jun 2011

Selesai bersarapan di hotel kami terus di bawa menuju ke Tangkuban Perahu. Ini merupakan tempat kawah gunung berapi. Oleh kerana kedudukan yang tinggi dari paras laut, kawasan ini lebih sejuk (macam Cameron Highlands le sejuknye...) Perjalanan dari hotel kira-kira hampir dua jam..Sepanjang jalan adalah kawasan kediaman dan semakin kurang apabila semakin hampir dengan puncak.

Dalam perjalanan Pak Hendro bercerita tentang lagenda Tangkuban Perahu berkaitan Dayang Sumbi dan anaknya Sangkuriang. Kalo nak tau cerita lanjut tentang lagenda ni..search la kat google..hahaha...nak crita panjang sgt la pulak...Dalam perjalanan ke puncak terdapat ladang teh yg luas dan saujana mata memandang.

Tiba di puncak gunung ini sudah ramai pelancong, ramai jugalah rakyat Malaysia di situ. Kelihatan sebuah kawah gunung berapi yang sudah meletus. Kelihatan juga asap dan lava gunung berapi. Kami sempat bergambar di sini...udara sangat sejuk dan menggigil  aku sebab tak bawak baju sejuk. Pemandangan kat sini sangat cantik dan menakjubkan..Oleh kerana aku ni peminat subjek Geografi, maka sungguh takjub ler aku dengan apa  yg pernah aku belajar berada di depan mata.Subhanallah!! satu lagi kebesaran Allah SWT..
lihat la gambar ni..
Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu
@Tangkuban Perahu
Gerai2 jualan di Tangkuban Perahu
Di puncak gunung ni perlu berhati2 dengan penjual barangan cenderahati...Apabila tiba saja di situ, kita akan dikerumuni penjual2 ini menjual pelbagai barang. Menurut Pak Hendro, kalau mau beli, tawar serendah2 yg boleh. Naik lemas pun ada sebab dikerumuni penjual2 ni seolah2 memaksa utk membeli. Rupa2nya kalau ke sini , lebih baik beli dalam kedai yg terdapat di situ kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan yg dijual oleh orang perseorangan...ingat tu korang yang ada plan nak ke sini!!!

Kami turun setelah lebih satu jam di puncak.  Dalam perjalanan kami sempat singgah di sebuah pasar utk membeli serbuk teh asli tanpa campuran (bukan mcm serbuk teh di sini), kopi original (tanpa campuran) dan keropok malinja. Harganya amat murah berbanding negara kita.

Dlm perjalanan turun dari puncak tu kami  singgah di Ciater Hot Spring. Di sini aku sempat la merendam kaki dekat air panas. Menurut penduduk kat situ, mata air ni asalnya dari gunung berapi Tangkuban Perahu. Elok untuk kesihatan katanya..kebetulan ramai pulak pengunjung hari tu..maklumlah hari Sabtu,ramai bawa anak2 bercuti..Budak2 rombongan sekolah pun ramai...

Tiba di Bandung kami makan di Restoran Sangkuriang...restoran ini berkonsep tradisional tetapi agak xklusif. Makanan di sini sangat sedap tau!! Sory la aku suka cuba makanan yg xpernah rasa...
Sebahagian kawasan Restoran Sangkuriang
Antara masakan yg best..nama apa tah..
 Selesai solat jamak di situ, kami di bawa untuk shopping di Pasar Baru. Gedung perniagaan yg besar ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, jeans, telekung , kain ela dan macam2 lagi dengan harga yang sangat murah apatah lagi kalo pandai menawar..Ini rupanya tempat beli belah paling popular..aku pun shopping juga ler...apa lagi kan!!!

Selesai di situ kami di bawa shopping lagi di beberapa outlet seperti Heritage, Summit, DSE,Terminal Tas, All Brandid, Stamp dan pelbagai lagi sampai malam. Semuanya dalam satu kawasan yg berdekatan... Apa lagi ...shopping lagi ler mengabiskan duit sebab esok dah nak balik...

Ketika menunggu mr. hubby yg shopping kat Men Gallery, aku lepak kat luar jer...penat!! ketika itu la seorang budak lelaki berumur 8 tahun mendekati aku menjual koran(surat khabar).

Dalam hati aku teringatkan cerita budak2 dipaksa bekerja oleh sindiket untuk kepentingan sendiri. Aku bagi la sedikit wang tanda ikhlas dan menyuruhnya balik ke rumah kerana malam sudah lewat. Dia nak bagi koran tu tetapi aku suh dia bawak balik jer...
Hati aku tersentuh dan sebak sesangat tengok budak2 kecik kerja mcm tu...sama ada sindiket atau memang itu tuntutan hidupnya..Allahualam..

Kurang sejam aku lepak depan sebuah shopping complex dgn mr hubby sementara tunggu MIL ngan BIL kat dlm..Sambil lepak2 keletihan tu dtg la sorg lagi budak kecik, kecik drp yg tadi jual koran...simpati datang lagi....

Hajat hati nak makan kat restoran bintang & tapak kaki tak tau nama apa (ada orang suggest makan kat situ sedap- restoran ala2 Bali katanya). Bila  jumpa restoran tu mcm ala2 Inggeris lak.. nama lak 'de Costa' betui ka? halal ka?.. Pak Hendro pun  tak tau halal ke tak, jadi kami pun ambil keputusan makan di Sangkuriang sebab makanan kat situ sedap... pastu balik le mengemas2 apa yg patut...

12 Jun 2011

Selesai sarapan dan check out hotel kami terus ke pusat jualan kek terkenal di Bandung- Kartika Sari. Banyak la jenis kek kat situ termasuk la kek lapis, biskut dan coklat. Kat situ coklat Malaysia pun ada rupanya..hahaha...beli la apa yg patut kat situ...

Kul 10.00 pagi kami tiba di air port Bandara Husein Sastranegara utk menaiki flight pukul 12.05 waktu Indonesia dan selamat tiba di Malaysia pada pukul 3.05 ptg.. Alhamdulillah semuanya selamat..dan terima kasih daun keladi  kpd mr.hubby yg bawak aku g jalan2 n shopping... rasa belum puas menjelajah Bandung ni kerana banyak tempat yang tak sempat pegi akibat kekangan masa tapi....antara cuti yg paling best!!! hehehe..

-abis dah...


Friday, June 17, 2011

Catatan@Jakarta

Assalamualaikum...wm wbrkth...

8 Jun 2011

Emmm...cutiii...bestnye!!kali ni aku nak bawak korang mengembara ke Jakarta-Bandung...

Pesawat  yang membawa aku, mr hubby n family selamat tiba di airport Bandara Husein Sastranegara, Bandung kira-kira jam 8.05 mlm waktu Indonesia. Alhamdulillah! Tiba di sana, kami disambut oleh pemandu pelancong (Pak Hendro) dan terus menaiki van menuju ke Jakarta. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 3 jam! Jauh juga rupanya..

Sebelum ke Jakarta, kami di bawa makan malam di sebuah restoran yang menyajikan masakan Sunda berupa ayam goreng, sup, tahu goreng,ulam-ulaman dan nasi yg dibungkus dengan daun pisang yg diletakkan dalam sebuah bakul.Oleh kerana lapar...habis juga la aku makan..boleh tahan le rasanya...

Masakan Sunda
Selesai makan, kami terus ke Jakarta..perjalanan melalui lebuhraya dipenuhi kenderaan. Tiba di Jakarta, kami terus check in hotel yg bernama 'Trinity Hotel'

9 Jun 2011

Selesai sarapan di hotel kami dibawa mengelilingi bandar Jakarta. Bandar ini merupakan kota besar dan luas.Tak hairan la jumlah penduduk Jakarta ni hampir 23 juta orang. Antara bandar raya paling sesak di dunia. Kenderaan yang paling banyak ialah motosikal, kereta MPV, van (Angkutan Kota) macam teksi, bajai(tut tut),dan teksi mahal kebanyakannya jenama Toyota warna biru. Tak jumpa pun bas besar melainkan bas pelancong (parawisata@ bas persiaran).
Keadaan sesak kota Jakarta di pagi hari
Walaupun bandar ini sangat sesak dengan kenderaan yang bertali arus, namun tak jumpa pun kemalangan jalan raya. Para pengguna jalan raya seolah2 sudah mahir dengan keadaan sesak dan sempit di kota ini. Sesekali cemas juga dengan kenderaan yang menghimpit van yang kami naiki..

Kemudian kami ke pusat beli belah Mangga Dua (WTC dan ITC)..Emm.. tempat shopping ni belum buka lagi...jam 9.00pg baru dibuka..kami berjalan2 di sekitar pusat shopping ni. Banyak kedai menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, beg, kasut, jeans dan mcm2 lagi...barang2 yg dijual hampir sama di setiap kedai dlm bangunan 6 tingkat ni...
Mangga Dua
Tidak lama di situ ...kami terus ke pasar Tanah Abang...Rupanya ni tempat shopping juga..tapi lebih kepada jualan borong...tiada apa yg nak diborong kerana harga agak mahal berbanding di Bandung..Tak hairan la di setiap parking lot semuanye dipenuhi lori2 kecil yang memborong barang di sini..Gedung ni juga lebih kurang 7 tingkat dan barang yang dijual juga hampir sama. Kami meneruskan perjalanan untuk makan tengah hari.

Kami sempat singgah di tepi pantai(tak tau pulak nama pantai ni tapi merupakan tempat rekreasi ler..) yang menempatkan monumen (tak sempat baca pun pasal monumen ini) tapi ni le gambarnya..
salah satu monumen
Kami makan tengah hari di sebuah restoran agak xklusif masakan padang. Enak juga masakannya.Tempat ini berdekatan dengan pusat beli belah Sarinah Thamrin yang menjual pelbagai brgn yang berjenama...
Masakan Padang
Selesai itu kami melawat sekitar kota Jakarta..Kota yg sentiasa sibuk ini tak sunyi dengan kenderaan. Ramai juga la anak2 muda yg jadi 'polis trafik sambilan' utk mengawal kesesakan di samping menambahkan pendapatan.. Menurut Pak Hendro, 'polis trafik sambilan' tu hanya mengharapkan belas ikhsan supir2(para pemandu ler..). Yang bagusnya rakyat kat sini supir2nya sangat bermurah hati , sambil melalui jalan yg sesak tu sempat la mereka menghulurkan wang kpd 'polis trafik sambilan' ni..

Dalam kesesakan dan pembangunan pesat kota Jakarta ini kelihatan insan2 yang begitu daif mencari wang dengan menjual pelbagai barangan terutamanya di persimpangan jalan yang ada trafik light..mcm2 barang jualan daripada makanan, koran(surat khabar) dan mcm2 lagi. Baik lelaki atau wanita malahan kanak2 sibuk dgn urusan mencari wang. Di celah2 lorong dan kesesakan jalan raya kelihatan juga penjual2 kotak menjual kotak besar2 bekas barangan elektrik..entah dari mana dorg dapat kotak tu...

Kami makan malam di sebuah restoran xlusif bernama Tekko yg menyajikan makanan yg sedap sangat2 kat situ.. Yang menariknya di sini, setiap kali makan, mesti dihidangkan sambal belacan ngan ulam...trade mark dorg kot.Tengok ni..
i
Ni antara makanan yang dihidang
Sebelum balik ke hotel, kami singgah di Monumen Nasional(Monas) yang merupakan menara tinggi di tengah2 kota Jakarta. Menurut Pak Hendro, Menara ini telah dibina sejak zaman Sukarno lagi. Di puncak menara kelihatan arca berbentuk seperti seorang wanita. Kawasan menara ini sangat luas dan menjadi tumpuan pelancong dan orang kenamaan. Ianya juga merupakan tempat rekrasi rakyat macam Dataran Merdeka kat Malaysia ler..
Monumen Nasional - Jakarta
selesai makan malam, kami terus balik ke hotel.. Oleh kerana kepenatan.. aku tidur lebih awal...

* catatan bersambung...

Thursday, June 16, 2011

Salah ke...???

Assalamualaikum....

Dah lama tak update blog ni kan...emm ramai juga yg singgah sini walaupun aku tak pernah advertise pun kat mana2..thnks ya..
Sejak dua menjak ni makin stres dgn kerja..gangguan emosi kot...mana taknye dlm tempoh enam bulan ni mcm2 hal berlaku dlm kerjaya aku..
baru-baru ni ada parent dtg ke sekolah komplen pasal tindakan aku mendenda anaknya berdiri di luar kelas. kesalahan tu ditulis dalam buku rekod disiplin kelas.
Kisah bermula dua hari lepas..parents tu dtg serang sekolah sebab dlm buku laporan adab anak dia ada catatan laporan anak dia dapat amaran lisan dan bertulis..

Dengan lagak angkuh dan sombong, sambil berdiri parent tu mempersendakan peraturan sekolah dan segala laporan yg dibuat oleh sekolah tidak betul dan tidak ada law di dlm negara yg menyatakan  sebegitu...sampai kata boleh bawak court tu..huhhh!!! sombong betul..Aku rasa parent ni malu kot pasal anaknya seorang pengawas sekolah tapi buat salah..kes tak leh trima kenyataan le tu...

Oleh kerana guru kelas tu mencatatkan laporan salah laku disiplin tu, maka aku yg terlibat sama pasal denda tu aku yg buat..hemm apa lagi...parent tu kata la aku ni memalukan anak dia berdiri di luar kelas dan berdendam dengan anak dia....ohhhh....apa kes ni denda mcm tu pun komplen kaw2...

Sebenarnya anak dia ni memang suka main2 dlm kelas, tak siap kerja rumah dan selalu tak bawak buku...dah hilang sabar aku, aku pun denda dia dengan dua org budak lagi berdiri di luar kelas hanya dalam 15 minit sahaja...niat aku hanya nak bagi pengajaran. Lepas masuk, hukuman denda tu aku catat la kesalahan tu kat  dalam laporan disiplin supaya budak tu berubah... memang Alhamdulillah selepas denda tu la budak tu berubah sikap dan jadi rajin...mungkin dia bimbang rekodnya sebagai pengawas jadi buruk..
Gitu la cerita sebenar.. tapi apa yang berlaku???
ihsan google
Rupa2nya kes bulan Januari tu menjadi besar bila si parent angkuh tu tak leh trima hukuman tu dan menganggap mengaibkan individu apa lagi anaknya pengawas sekolah...Emm patut ke budak lain kena hukum, pengawas sekolah terkecuali??? Adil ke??

Yang tak tahan..parent tu siap bandingkan "Saya ni sebagai pengarah, tak pernah pun denda staf  di bawah saya yg lebih 200 orang berdiri di luar office kalau buat salah"...tu dia bahasa orang korporat rupanya!!!.Dia ingat org dewasa dgn budak kecik sekolah rendah sama level ke? Kalo staf kena denda diri luar office lag best rasanye..tak yah buat keje..Simple mcm tu pun  tak leh pikir ker?
Sebab tu la bdk2 sekarang kurang ajar sebab mak bapak pun dua kali lima jer...yg kesian kat budak tu...dia ok jer pas kena denda tapi parents yg tak leh trima..

Aku ni sebenarnya bukan tak leh trima komplen org tapi cuba la ada rasa hormat kat org yg ajar anak kita..cakap cara berhemah...bincang elok2..trima pendapat..itu kan budaya kita...tak kena bayar satu sen pun.

Opps terlebih sudah entry ni..tapi aku cuma nak berkongsi senario yg berlaku dlm pendidikan pada masa kini...apa lagi yg cikgu boleh buat kalo  budak buat salah? rotan, cubit,  tengking, marah, suara kuat skit masa mengajar ,berdiri kat luar, berdiri atas kerusi ...semua tak leh...last2 tengok jer ler...org dulu2 kena rotan kat tapak perhimpunan boleh jadi 'orang' juga...korang fikir la sendiri...pikir la byk kali kalo ada niat nak jadi cikgu..ni la cabaran guru...sabar je laa kan (ayat penyedap ati ..hihi)
Sebenarnya aku ni geram pun ada gak...hahaha
tu jer...