BLOG sis'R'

Monday, June 20, 2011

Catatan@Jakarta-Bandung

Assalamualaikum..

Hai...kali ni aku nak sambung crita kat Jakarta-Bandung

10 Jun 2011

Selepas sarapan pagi di hotel kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandung. Dalam perjalanan kami singgah di Taman Mini Indonesia. Taman ni macam Taman Mini Malaysia  kat Ayer Keroh,Melaka tu la....Emmm menarik juga la kat sini. Tempat yang menghimpunkan rumah-rumah tradisional yang terdapat di seluruh wilayah di Indonesia. Kawasannya sangat luas. Di situ juga terdapat kereta kabel yg boleh dinaiki untuk melihat keseluruhan taman ini.

Kami hanya sempat mengunjungi rumah tradisional Minangkabau(Padang), Acheh, Kalimantan, Jawa Barat, Jawa Timur, Sulawesi dan beberapa lagi..itu pun tak masuk ke bahagian dalam kerana kekangan masa..Kalau nak melihat keseluruhan taman ini boleh memgambil masa satu hari..Ni je la beberapa keping gambar yg boleh dilihat..
Rumah Tradisional Minangkabau

Rumah Kalimantan
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandung. sepanjang perjalanan kenderaan tidak putus2 dan agak sesak lebuhraya ini. Masing2 nak cepat menuju ke destinasi. Lebih 3 jam baru lah sampai di Bandung. Kami makan di restoran masakan Sunda iaitu restoran yang mula2 kami sampai. Makanan panas yg dihidangkan sangat sedap dan perut pun memang dah lapar...Ni makanan dia...suka beno aku ngambik gambo makanan yer..

Selesai makan kami terus menuju ke pusat kraf dan batik Indonesia. Kedainya agak eksklusif dan harga pakaian batik juga agak mahal.. kemudian kami di bawa ke sebuah outlet pakaian dari kilang. Harganya memang murah tetapi kurang pilihan.

Selesai di situ kami terus ke Cidabuyut Street iaitu merupakan outlet jualan barangan kulit seperti kasut, selipar dan beg. Kasut2 yang dijual memang murah. Sempat la juga shopping kat situ. Selesai kat situ kami singgah di Masjid Raya Bandung untuk jamak solat zuhur dan asar. Masjid ni kelihatan agak lama, besar dan di perkarangannya terdapat sebuah padang yang dijadikan tempat bersantai pengunjung.
with MIL
Kami terus dibawa ke Cihampelas Street pula. Ini merupakan tempat shopping juga tetapi lebih kepada pakaian, jeans, t-shirt. Pakaian yang dijual memang murah2. Patutlah org Malaysia suka sangat ke Bandung ni...Selain duit jadi berjuta2...rupiahhh...pelbagai barangan boleh dibeli dengan harga yg sangat murah.

Kami makan malam di sebuah restoram masakan padang. Lauk2 yg disajikan lebih kurang  dengan masakan padang di Jakarta juga. Oleh kerana lapar kami pun makan le sepuas-puasnya..Kemudian kami check in di  hotel bernama 'Hotel Mutiara'. Menurut petugas di sini , hotel ni kepunyaan usahawan dari Malaysia .Bangga la juga hehe...

11 Jun 2011

Selesai bersarapan di hotel kami terus di bawa menuju ke Tangkuban Perahu. Ini merupakan tempat kawah gunung berapi. Oleh kerana kedudukan yang tinggi dari paras laut, kawasan ini lebih sejuk (macam Cameron Highlands le sejuknye...) Perjalanan dari hotel kira-kira hampir dua jam..Sepanjang jalan adalah kawasan kediaman dan semakin kurang apabila semakin hampir dengan puncak.

Dalam perjalanan Pak Hendro bercerita tentang lagenda Tangkuban Perahu berkaitan Dayang Sumbi dan anaknya Sangkuriang. Kalo nak tau cerita lanjut tentang lagenda ni..search la kat google..hahaha...nak crita panjang sgt la pulak...Dalam perjalanan ke puncak terdapat ladang teh yg luas dan saujana mata memandang.

Tiba di puncak gunung ini sudah ramai pelancong, ramai jugalah rakyat Malaysia di situ. Kelihatan sebuah kawah gunung berapi yang sudah meletus. Kelihatan juga asap dan lava gunung berapi. Kami sempat bergambar di sini...udara sangat sejuk dan menggigil  aku sebab tak bawak baju sejuk. Pemandangan kat sini sangat cantik dan menakjubkan..Oleh kerana aku ni peminat subjek Geografi, maka sungguh takjub ler aku dengan apa  yg pernah aku belajar berada di depan mata.Subhanallah!! satu lagi kebesaran Allah SWT..
lihat la gambar ni..
Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu
@Tangkuban Perahu
Gerai2 jualan di Tangkuban Perahu
Di puncak gunung ni perlu berhati2 dengan penjual barangan cenderahati...Apabila tiba saja di situ, kita akan dikerumuni penjual2 ini menjual pelbagai barang. Menurut Pak Hendro, kalau mau beli, tawar serendah2 yg boleh. Naik lemas pun ada sebab dikerumuni penjual2 ni seolah2 memaksa utk membeli. Rupa2nya kalau ke sini , lebih baik beli dalam kedai yg terdapat di situ kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan yg dijual oleh orang perseorangan...ingat tu korang yang ada plan nak ke sini!!!

Kami turun setelah lebih satu jam di puncak.  Dalam perjalanan kami sempat singgah di sebuah pasar utk membeli serbuk teh asli tanpa campuran (bukan mcm serbuk teh di sini), kopi original (tanpa campuran) dan keropok malinja. Harganya amat murah berbanding negara kita.

Dlm perjalanan turun dari puncak tu kami  singgah di Ciater Hot Spring. Di sini aku sempat la merendam kaki dekat air panas. Menurut penduduk kat situ, mata air ni asalnya dari gunung berapi Tangkuban Perahu. Elok untuk kesihatan katanya..kebetulan ramai pulak pengunjung hari tu..maklumlah hari Sabtu,ramai bawa anak2 bercuti..Budak2 rombongan sekolah pun ramai...

Tiba di Bandung kami makan di Restoran Sangkuriang...restoran ini berkonsep tradisional tetapi agak xklusif. Makanan di sini sangat sedap tau!! Sory la aku suka cuba makanan yg xpernah rasa...
Sebahagian kawasan Restoran Sangkuriang
Antara masakan yg best..nama apa tah..
 Selesai solat jamak di situ, kami di bawa untuk shopping di Pasar Baru. Gedung perniagaan yg besar ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, jeans, telekung , kain ela dan macam2 lagi dengan harga yang sangat murah apatah lagi kalo pandai menawar..Ini rupanya tempat beli belah paling popular..aku pun shopping juga ler...apa lagi kan!!!

Selesai di situ kami di bawa shopping lagi di beberapa outlet seperti Heritage, Summit, DSE,Terminal Tas, All Brandid, Stamp dan pelbagai lagi sampai malam. Semuanya dalam satu kawasan yg berdekatan... Apa lagi ...shopping lagi ler mengabiskan duit sebab esok dah nak balik...

Ketika menunggu mr. hubby yg shopping kat Men Gallery, aku lepak kat luar jer...penat!! ketika itu la seorang budak lelaki berumur 8 tahun mendekati aku menjual koran(surat khabar).

Dalam hati aku teringatkan cerita budak2 dipaksa bekerja oleh sindiket untuk kepentingan sendiri. Aku bagi la sedikit wang tanda ikhlas dan menyuruhnya balik ke rumah kerana malam sudah lewat. Dia nak bagi koran tu tetapi aku suh dia bawak balik jer...
Hati aku tersentuh dan sebak sesangat tengok budak2 kecik kerja mcm tu...sama ada sindiket atau memang itu tuntutan hidupnya..Allahualam..

Kurang sejam aku lepak depan sebuah shopping complex dgn mr hubby sementara tunggu MIL ngan BIL kat dlm..Sambil lepak2 keletihan tu dtg la sorg lagi budak kecik, kecik drp yg tadi jual koran...simpati datang lagi....

Hajat hati nak makan kat restoran bintang & tapak kaki tak tau nama apa (ada orang suggest makan kat situ sedap- restoran ala2 Bali katanya). Bila  jumpa restoran tu mcm ala2 Inggeris lak.. nama lak 'de Costa' betui ka? halal ka?.. Pak Hendro pun  tak tau halal ke tak, jadi kami pun ambil keputusan makan di Sangkuriang sebab makanan kat situ sedap... pastu balik le mengemas2 apa yg patut...

12 Jun 2011

Selesai sarapan dan check out hotel kami terus ke pusat jualan kek terkenal di Bandung- Kartika Sari. Banyak la jenis kek kat situ termasuk la kek lapis, biskut dan coklat. Kat situ coklat Malaysia pun ada rupanya..hahaha...beli la apa yg patut kat situ...

Kul 10.00 pagi kami tiba di air port Bandara Husein Sastranegara utk menaiki flight pukul 12.05 waktu Indonesia dan selamat tiba di Malaysia pada pukul 3.05 ptg.. Alhamdulillah semuanya selamat..dan terima kasih daun keladi  kpd mr.hubby yg bawak aku g jalan2 n shopping... rasa belum puas menjelajah Bandung ni kerana banyak tempat yang tak sempat pegi akibat kekangan masa tapi....antara cuti yg paling best!!! hehehe..

-abis dah...


No comments:

Post a Comment