BLOG sis'R'

Friday, June 17, 2011

Catatan@Jakarta

Assalamualaikum...wm wbrkth...

8 Jun 2011

Emmm...cutiii...bestnye!!kali ni aku nak bawak korang mengembara ke Jakarta-Bandung...

Pesawat  yang membawa aku, mr hubby n family selamat tiba di airport Bandara Husein Sastranegara, Bandung kira-kira jam 8.05 mlm waktu Indonesia. Alhamdulillah! Tiba di sana, kami disambut oleh pemandu pelancong (Pak Hendro) dan terus menaiki van menuju ke Jakarta. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 3 jam! Jauh juga rupanya..

Sebelum ke Jakarta, kami di bawa makan malam di sebuah restoran yang menyajikan masakan Sunda berupa ayam goreng, sup, tahu goreng,ulam-ulaman dan nasi yg dibungkus dengan daun pisang yg diletakkan dalam sebuah bakul.Oleh kerana lapar...habis juga la aku makan..boleh tahan le rasanya...

Masakan Sunda
Selesai makan, kami terus ke Jakarta..perjalanan melalui lebuhraya dipenuhi kenderaan. Tiba di Jakarta, kami terus check in hotel yg bernama 'Trinity Hotel'

9 Jun 2011

Selesai sarapan di hotel kami dibawa mengelilingi bandar Jakarta. Bandar ini merupakan kota besar dan luas.Tak hairan la jumlah penduduk Jakarta ni hampir 23 juta orang. Antara bandar raya paling sesak di dunia. Kenderaan yang paling banyak ialah motosikal, kereta MPV, van (Angkutan Kota) macam teksi, bajai(tut tut),dan teksi mahal kebanyakannya jenama Toyota warna biru. Tak jumpa pun bas besar melainkan bas pelancong (parawisata@ bas persiaran).
Keadaan sesak kota Jakarta di pagi hari
Walaupun bandar ini sangat sesak dengan kenderaan yang bertali arus, namun tak jumpa pun kemalangan jalan raya. Para pengguna jalan raya seolah2 sudah mahir dengan keadaan sesak dan sempit di kota ini. Sesekali cemas juga dengan kenderaan yang menghimpit van yang kami naiki..

Kemudian kami ke pusat beli belah Mangga Dua (WTC dan ITC)..Emm.. tempat shopping ni belum buka lagi...jam 9.00pg baru dibuka..kami berjalan2 di sekitar pusat shopping ni. Banyak kedai menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, beg, kasut, jeans dan mcm2 lagi...barang2 yg dijual hampir sama di setiap kedai dlm bangunan 6 tingkat ni...
Mangga Dua
Tidak lama di situ ...kami terus ke pasar Tanah Abang...Rupanya ni tempat shopping juga..tapi lebih kepada jualan borong...tiada apa yg nak diborong kerana harga agak mahal berbanding di Bandung..Tak hairan la di setiap parking lot semuanye dipenuhi lori2 kecil yang memborong barang di sini..Gedung ni juga lebih kurang 7 tingkat dan barang yang dijual juga hampir sama. Kami meneruskan perjalanan untuk makan tengah hari.

Kami sempat singgah di tepi pantai(tak tau pulak nama pantai ni tapi merupakan tempat rekreasi ler..) yang menempatkan monumen (tak sempat baca pun pasal monumen ini) tapi ni le gambarnya..
salah satu monumen
Kami makan tengah hari di sebuah restoran agak xklusif masakan padang. Enak juga masakannya.Tempat ini berdekatan dengan pusat beli belah Sarinah Thamrin yang menjual pelbagai brgn yang berjenama...
Masakan Padang
Selesai itu kami melawat sekitar kota Jakarta..Kota yg sentiasa sibuk ini tak sunyi dengan kenderaan. Ramai juga la anak2 muda yg jadi 'polis trafik sambilan' utk mengawal kesesakan di samping menambahkan pendapatan.. Menurut Pak Hendro, 'polis trafik sambilan' tu hanya mengharapkan belas ikhsan supir2(para pemandu ler..). Yang bagusnya rakyat kat sini supir2nya sangat bermurah hati , sambil melalui jalan yg sesak tu sempat la mereka menghulurkan wang kpd 'polis trafik sambilan' ni..

Dalam kesesakan dan pembangunan pesat kota Jakarta ini kelihatan insan2 yang begitu daif mencari wang dengan menjual pelbagai barangan terutamanya di persimpangan jalan yang ada trafik light..mcm2 barang jualan daripada makanan, koran(surat khabar) dan mcm2 lagi. Baik lelaki atau wanita malahan kanak2 sibuk dgn urusan mencari wang. Di celah2 lorong dan kesesakan jalan raya kelihatan juga penjual2 kotak menjual kotak besar2 bekas barangan elektrik..entah dari mana dorg dapat kotak tu...

Kami makan malam di sebuah restoran xlusif bernama Tekko yg menyajikan makanan yg sedap sangat2 kat situ.. Yang menariknya di sini, setiap kali makan, mesti dihidangkan sambal belacan ngan ulam...trade mark dorg kot.Tengok ni..
i
Ni antara makanan yang dihidang
Sebelum balik ke hotel, kami singgah di Monumen Nasional(Monas) yang merupakan menara tinggi di tengah2 kota Jakarta. Menurut Pak Hendro, Menara ini telah dibina sejak zaman Sukarno lagi. Di puncak menara kelihatan arca berbentuk seperti seorang wanita. Kawasan menara ini sangat luas dan menjadi tumpuan pelancong dan orang kenamaan. Ianya juga merupakan tempat rekrasi rakyat macam Dataran Merdeka kat Malaysia ler..
Monumen Nasional - Jakarta
selesai makan malam, kami terus balik ke hotel.. Oleh kerana kepenatan.. aku tidur lebih awal...

* catatan bersambung...

No comments:

Post a Comment