BLOG sis'R'

Saturday, July 2, 2011

Tuah Yob Perak - Imam Muda Hassan

Assalamualaikum wm wbrkh..

Selesai menonton IM final  malam tadi..aku tersenyum. Pada aku semua IM yang ada tu semua berpotensi besar menjadi ikon remaja dan belia sekarang.

Finalis IM Hassan n IM Nazrul menunjukkan kepimpinan yang sangat tinggi. Yang jadi lawak santai malam tadi bila IM Hassan orang Perak , manakala Im Nazrul orang Johor. Mr.hubby cakap..ni  Johor vs Perak sambil tersenyum2.. Aku pun senyum gak la pasal aku org Perak, dia org Johor...hihihi...

Menonton pengisian program malam tadi memang amat memberi kesan, kalo yg menonton la. Yang menjadi sebak bila kedua2 imam ini membacakan surah AL-Mukminun secara berselang  seli. Sebak dan mengalir air mata ini, betapa syahdu dan kudusnya alunan ayat2 yg dibacakan oleh kedua2 finalis ini.
IM Hassan & IM Nazrul
-google-
Jauh di  sudut hati , aku menjangkakan IM Hassan yang akan menjuarainya berdasarkan hujah2nya yang berasaskan bukti dan bacaan ayat2 suci Al Quran serta hadis2 nabi. Dia nampak lebih tenang, yakin, merendah diri  dan murah dengan senyuman.(Sebab dia org Perak tu ye jugak tau!!) Bacaan ayat2 suci oleh IM Nazrul pula sangat menyentuh kalbu. Ini pendapat saya la...
TAHNIAH IM 2011
Bagaimanpun kedua2 finalis ini serta lapan yang lain benar2 berbakat. Mcm kata Im Hassan, kemenangannya hanya pada nombor sahaja. Dan diharapkan mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Tahniah kepada  IM Hassan, semua IM 2011, penggerak serta penganjur..
Bagaimana agaknya nak jadikan program2 mcm ni lebih menonjol berbanding program realiti yang lain??

2 comments:

  1. kalau bab2 agama biasa la tu tapi rating IM ok jugak la kan...

    ReplyDelete
  2. harap2 program macam ni beri juga penekanan kpd golongan remaja dlm usia 13 - 18 tahun sebab time umor cam ni la time mereka suka 'memberontak'..

    ReplyDelete