BLOG sis'R'

Monday, October 17, 2011

Bila hati jadi sayu..

Assalamualaikum!!

Baru-baru ni aku menziarah anak sedara yg baru bersalin di Hospital Seremban..dia kena oprete bersalin pasal tak cukup bulan(7 bulan). Alkisahnye dia terpaksa bersalin sebab darah tinggi naik ke paras bahaya. Pelik tak dari PPUM,KL dihantar ke Hospital Seremban sebab inqubator kat semua hospital kat lembah kelang ni dah tak cukup?? Tu dia.. punya banyaknye kes bersalin tak cukup bulan. Hospital terdekat Seremban la..kalo tak kene pegi Alor Star atau Penang.Lagi le jauh kan..

Alhamdulillah anak sedara tadi selamat le bersalin tapi anak dia kena duduk dlm inqubator sampai berat dia mencapai lebih 1.5kg. So terpaksa la menyewa umah kat Seremban sementara tnggu baby tu besar sikit sambil hantar susu ibu ke hospital tu tiap hari. Kiranya lebih kurang dua bulan la kena duduk kat sana.Cuba kome bayangkan camana la kalo suami yang nak koje kat KL berulang alik ...tu baru kat Seremban!!

Ni baby org - by google-


Persoalannye...macamana ye kalo org susah(miskin) dlm keadaan mcm ni dengan anak2 kecik yang ramai..tak dapat aku bayangkan derita yg terpaksa ditanggung..Macam cerita kes kakak yang ada masalah pregnant kat Hospital Seremban baru-baru ni.Dia terpaksa ditahan di wad beberapa hari.Bila keluar hospital tak de apa2 nak makan pasal duit belanja makan utk bulan ni terpaksa bayar bil hospital. Anak-anak masih kecil sedangkan suami bergaji kecik.Sayu hati ini bila dengar kisah benar ini. Bersyukur la dengan apa yg kita ada pada hari ini.

Semuanya ketentuan Allah SWT...Dia yang menentukan segala-galanye dan kita hanya mampu merancang. Bile tgk 'cucu' aku dan baby2 lain kat dlm inqubator tu...SUBHANALLAH sesungguhnya Tuhan telah menunjukkan kekuasaannya!!! Daripada sekecil2 manusia menyabung nyawa dengan wayar2 berselirat pada batang tubuhnya. Sayu hati ini...tetapi Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. Sekurang-kurangnya mereka masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini jika dibandingkan dgn kes buang baby merata2 tu.

-by google- speechless tengok gambar ni..

Bila hati dah jadi batu..sanggup buat apa saja utk selamatkan diri sendiri. Itu di dunia boleh lagi selamat..bagaimana di akhirat nanti ??
Sesungguhnya hati ini menangis bila tengok baby terbuang ini sedangkan lebih ramai insan lain amat berharap mendapat zuriat penyambung keturunan..
Segalanya berkemungkinan dan ada rahsia yang tersembunyi yang kita tidak tahu tapi hanya Allah yang mengetahui.

-tamat-

Thursday, October 13, 2011

Best ke Koje Sambil Belajo?

Assalamualaikum...

Nampak tajuk mcm serius beno yer...hehe
Zaman berubah, fikiran pun berubah dan masa untuk mengubah diri dan hidup..(fuh ayat aku!!)
Yo lah kan...skrg ni nak belajo tinggi kat mane pun ada. universiti, kolej melambak2 mcm jerawat tumbuh (ehhh...apa kena-mengena jerawat lak hehe..melalut lak..)

Fenomena baru sekarang...makin ramai yang koje sambil tu buat part time belajo..tak kira ari dah, malam ke, hujung minggu ke,exam ke...semua sanggup!! tu yg kata zaman dah berubah.
Masyarakat kita dah terbuka minda nak belajo tinggi pasal taraf hidup yang makin tinggi..pendapatan yg tak mencukupi..Betul ke aku cakap ni?? ye la bila ada kelulusan tinggi baru la dpt gaji tinggi kan..apa2 pun aku salute pada orang macam ni...ada wawasan!!!

Sebenonye..aku dulu mcm tu la..bila dah dapat diploma..mula la nak degree..time tu masih bersemangat waja. sambil tu koje..bukan mudah tau..kena kuat semangat. Kalo tak memang sekerat jalan je..paling kuat pun asik menangguh pengajian jer tiap semester..


Pengalaman aku dah lama dah.. opah ler katakan..Memang byk sangat dugaannye..ni aku kongsi sikit la utk kome2 yang tengah belajo sambil koje..

> time ni stress boleh sampai tahap gaban!! Mana nak koje lagi, assignment lagi, exam lagi..macam2 la..

> kena plak kawan sekoje/bos yang tak sporting sebab kita asik cuti exam je..ngutuk belakang le tu (biorkan jangan dipeduli!!)

> yang dah berkeluarga dgn masalah tersendiri dari anak, suami isteri , mak bapak dan seangkatan dengannya...Ni sgt perlukan sokongan kuat drp keluarga..

> tinggal family sebab kena pegi kampus induk...mana yang dok jauh2 tu tau sgt ler camana kan..

> masa nak belajo terhad, nak study mcm student full time tak de ler..nak exam baru study...ye la koje lagi menimbun2..



*****************************************************************
Tu baru sebahagian jer... tapi ada sikit tips la pada kome yang nak belajo sambil koje ni..

> pilih time yang betui2 sesuai nak stat belajo

> cukup bajet nak belajo (bajet baru ni cikgu gomen boleh belajo free..untung kome!!)

> mesti bersemangat meluap2 mcm gunung berapi nak meletop tu..

> dapatkan restu keluarga terutamanya kalo bergelar suami isteri..(utk keberkatan!!)

> pilih course yang betul2 boleh buat..jangan ikut kengkawan!!

> pastikan course yang ambik tu ada kawan yang boleh join sekepala (utk senang buat assigment!!)

> dapatkan semangat, motivasi daripada keluarga dan kwn2 yang dah berjaya

> kata dalam hati 'orang beranak kecik2 boleh berjaya takkan aku tak buleh??'

> jadikan seseorang sebagai role model (utk ambik semangat!!)



Sebenonye banyak lagi tapi aku ni byk udah lupe..opah..opah!!



***************************************************************
Manisnya bila kita dah berjaya belajo sambil koje ni :

> bila konvo (tak ape walaupun dah tua...semangat tu penting)- jadi idola kepada anak2 dan keluarga yang lain tau!!

> kepuasan yang tak terhingga bila segala pengorbanan, keringat, air mata (emosi lak!!)dan perbelanjaan terbayor..

> naik gaji..tu la yang paling ditunggu pun kan...hah..kan dah buleh senyum lebor!!Mola la dlm kepala nak mcm2 kan ..hehe aku tau la!!

> rasa keyakinan diri tu meningkat pasal dah buleh sebaris dengan org2 tertentu terutamanya pada orang yang selalu pandang rendah pada kita.(jangan jadi riak lak..dose tau..jawab sendiri engko!!)

> Orang lebih hormat kat kite..(bukan mintak pon kan..lagi2 cikgu, anak murid buleh tabik spring tu..- jadi la idola mereka pulak!!




Amacam?...ok tak entry ni..agak2nye boleh membantu tak? Boleh la kot..hehe

--Udah2 ler tu..panjang beno entry ni---semoga dpt motivasi!!


Wassalam..

psstt...gmbr2 tu aku search kat google jer..sory ler tuan punya!!TQ

Monday, October 10, 2011

Alahai Cikgu !!!

Assalamualaikum....

Dah lama tak taip entry kan..mungkin ada yang rindu...hehehe..ada ke? Sorry la busy sangat skrg ni..ari ni plak ada mood nak menulis...

Tajuk hari ni...CIKGU ..heheh apasal pulak?
Sejak pembentangan bajet 2012, jumaat lepas,banyak la pro dan kontra tentang kenaikan gaji terutamanya cikgu. betul tak?? tengok kat FB ke surat khabo ke ramai yang tak puas hati sebab PM kite jaga cikgu, sayang cikgu jer...alahai!!!

Aku ni hairan jugak la...kenaikan gaji tu kan semua kakitangan kerajaan dapat. Cumanye cikgu ni ada kelebihan sikit jer..tu pun memang patut pasal jika dibandingkan dengan purata gaji negara-negara maju yang lain jauh lebih tinggi daripada negara kita. Kalo dok kat bandar beso, org tak pandang koje cikgu ni terutamanya pandangan ibu bapa golongan profesional. Deme tak tau skrg ni sebahagian beso ckgu terutamanya di sekolah rendah dah ada degree. Skrg semua program latihan guru dibuat di peringkat degree..so what?? ewahhh...ada yang marah ni kang!

Aku terpanggil untuk menaip entry ni..

Yang tak sedap dengo di telinge aku ni statement diorg :
> cikgu banyak cuti
> cikgu keje separuh hari
> cikgu tak mengajo betul2
> cikgu tak banyak koje..
> macam-macam lagi ler...korang pun ada rasa cam tu kan...


Aku ni menulis atas pengalaman dan tugas sendiri le..

Aku malas nak cakap apa koje cikgu kat sekolah ..cakap pun hanya golongan guru dan keluarganya saja yang memahami..tiada sapa yang tahu keluhan,bebanan dan air mata yang pernah tumpah..alamak!!emosi lak hehe..

Lihat situasi ini :

Dulu sebelum aku kawin mr.hubby selalu cakap cikgu tak de keje sebab dia bukan cikgu...bila dah kawin ...mulut dia dah terkunci pasal tu...sebab apa? Dia terpaksa klip kertas exam yang beribu2 helai tu yang aku bawak balik sementara aku menanda buku murid.Kadang kala dia pun kena tolong tanda kertas exam..hahaha!!!
Kadang2 tu bila tengok aku semak buku atau ketas exam ke sampai tengah malam..sampai dia pun sanggup nak tolong pasal kesian..

Ada juga husband2 kekawan yang bukan cikgu..sampai suruh isteri dia berhenti jadi cikgu sebab deme terpaksa jaga anak pas balik koje. Sebab para isteri ni terpaksa tanggung koje untuk di bawak balik. Kome caye ke? tu pasal aku kata golongan guru je yang memahami..

Kat sekolah selalu la cikgu cuti bersalin kan maklumlah cikgu kan ramai pompuan...biasalah paling tidak cutinya 2 bulan, sekarang boleh 3 bulan...bayangkan kalo 3 ke 4 orang bersalin dalam masa yang hampir sama...waktu free yang sepatutnya tanda buku tu la akan ganti cikgu ni mengajar..pasal tu la buku2 yang berat2 tu kena bawak balik..tak de masa nak tanda. tak tanda kang kena komplen pulak..

Bila time mcm ni ada gak la budak2 lepasan universiti cuba2 jadi guru ganti sementara cuti atau menganggur....tau tak? Hampir kesemua budak2 yang ganti ni tak tahan keje cikgu dan ada yang bertahan seminggu jer...seminggu tak pe lagi...ni baru 2 hari pun ada yang cabut dah!!! Macam satu kes di Pahang ni, budak pompuan ni sempat mengajo seminggu je. Dia sampai terbuang air besar masa bertelefon mangadu kat mak dia sebab tak tahan mengajo. Sejak hari tu sapa2 yang kutuk2 cikgu dia plak yang marah sebab dia tau rasenya..

Kalo kome nak rase....cuba la duduk mengajo seminggu kat sekolah..baru le kome tau camana..cuba dulu jangan kutuk jer tau!! Skrang ni mana2 sekolah cari guru ganti untuk cikgu bersalin..apa kata kome cuba..

Ada juga kekawan aku yang dulunye keje jurutera, keje bank,eksekutif dan mcm2 yang best2 tapi memohon jadi cikgu ambil KPLI(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) dan bila ditempatkan di sekolah..macam terkena kejutan budaya...ada yang kata menyesal tukar kerjaya, ada yang nak berhenti tapi...apa nak buat dah masuk bidang ni kenalah cintakannya.. sebab fikiran mereka mungkin ada kelebihannya..so kalo nak jadi cikgu tu tanamkan minat dulu bukan kelebihan yang ada. Tiap keje ada kelebihan dan kekurangannya.

Aku ni bukan menafikan ada cikgu yang sambil lewa dalam tugas...memang ada tapi itu kat mana2 pun ada terutamanya dalam sektor awam..maaf cakap lah..Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga pulak..(dah berperibahasa aku ni)

Ni pun kira rezeki cikgu juga ler...hehehe

Bagi aku....setiap keje yang diamanahkan tu patutlah dilakukan dengan penuh tanggung jawab agar hasil yang kita peroleh itu adalah HALAL dan berkat untuk dimakan untuk diri sendiri dan ahli keluarga..tak kira la apa keje kita tu.

Bersyukurla apa yang kita dapat hari ini..kerana jika dipandang orang lain yang tak bernasib baik daripada kita...betapa bertuahnya kita hidup dan bekerja di bumi sendiri terutamanya di Malaysia.

Berhenti lah daripada menyalahkan sesiapa...soal gaji ..pendapatan... semuanya ketentuan Tuhan, jika Dia memberi lebih hari ini..bersyukurlah..hidup ini umpama roda kadang di atas kadang tergolek ke bawah...Yang penting rezeki yang kita dapat itu HALAL dan berkat.

Setiap orang yang bekerja itu perlulah :

> amanah
> tanggung jawab
> ikhlas
> jujur
> dedikasi
> adil
> redha

Semoga kita semua mendapat sedikti sebanyak info dan berhenti menyalahkan orang lain...jaga periuk nasi sendiri..


-fuhhh..lega dah!! -