BLOG sis'R'

Monday, October 10, 2011

Alahai Cikgu !!!

Assalamualaikum....

Dah lama tak taip entry kan..mungkin ada yang rindu...hehehe..ada ke? Sorry la busy sangat skrg ni..ari ni plak ada mood nak menulis...

Tajuk hari ni...CIKGU ..heheh apasal pulak?
Sejak pembentangan bajet 2012, jumaat lepas,banyak la pro dan kontra tentang kenaikan gaji terutamanya cikgu. betul tak?? tengok kat FB ke surat khabo ke ramai yang tak puas hati sebab PM kite jaga cikgu, sayang cikgu jer...alahai!!!

Aku ni hairan jugak la...kenaikan gaji tu kan semua kakitangan kerajaan dapat. Cumanye cikgu ni ada kelebihan sikit jer..tu pun memang patut pasal jika dibandingkan dengan purata gaji negara-negara maju yang lain jauh lebih tinggi daripada negara kita. Kalo dok kat bandar beso, org tak pandang koje cikgu ni terutamanya pandangan ibu bapa golongan profesional. Deme tak tau skrg ni sebahagian beso ckgu terutamanya di sekolah rendah dah ada degree. Skrg semua program latihan guru dibuat di peringkat degree..so what?? ewahhh...ada yang marah ni kang!

Aku terpanggil untuk menaip entry ni..

Yang tak sedap dengo di telinge aku ni statement diorg :
> cikgu banyak cuti
> cikgu keje separuh hari
> cikgu tak mengajo betul2
> cikgu tak banyak koje..
> macam-macam lagi ler...korang pun ada rasa cam tu kan...


Aku ni menulis atas pengalaman dan tugas sendiri le..

Aku malas nak cakap apa koje cikgu kat sekolah ..cakap pun hanya golongan guru dan keluarganya saja yang memahami..tiada sapa yang tahu keluhan,bebanan dan air mata yang pernah tumpah..alamak!!emosi lak hehe..

Lihat situasi ini :

Dulu sebelum aku kawin mr.hubby selalu cakap cikgu tak de keje sebab dia bukan cikgu...bila dah kawin ...mulut dia dah terkunci pasal tu...sebab apa? Dia terpaksa klip kertas exam yang beribu2 helai tu yang aku bawak balik sementara aku menanda buku murid.Kadang kala dia pun kena tolong tanda kertas exam..hahaha!!!
Kadang2 tu bila tengok aku semak buku atau ketas exam ke sampai tengah malam..sampai dia pun sanggup nak tolong pasal kesian..

Ada juga husband2 kekawan yang bukan cikgu..sampai suruh isteri dia berhenti jadi cikgu sebab deme terpaksa jaga anak pas balik koje. Sebab para isteri ni terpaksa tanggung koje untuk di bawak balik. Kome caye ke? tu pasal aku kata golongan guru je yang memahami..

Kat sekolah selalu la cikgu cuti bersalin kan maklumlah cikgu kan ramai pompuan...biasalah paling tidak cutinya 2 bulan, sekarang boleh 3 bulan...bayangkan kalo 3 ke 4 orang bersalin dalam masa yang hampir sama...waktu free yang sepatutnya tanda buku tu la akan ganti cikgu ni mengajar..pasal tu la buku2 yang berat2 tu kena bawak balik..tak de masa nak tanda. tak tanda kang kena komplen pulak..

Bila time mcm ni ada gak la budak2 lepasan universiti cuba2 jadi guru ganti sementara cuti atau menganggur....tau tak? Hampir kesemua budak2 yang ganti ni tak tahan keje cikgu dan ada yang bertahan seminggu jer...seminggu tak pe lagi...ni baru 2 hari pun ada yang cabut dah!!! Macam satu kes di Pahang ni, budak pompuan ni sempat mengajo seminggu je. Dia sampai terbuang air besar masa bertelefon mangadu kat mak dia sebab tak tahan mengajo. Sejak hari tu sapa2 yang kutuk2 cikgu dia plak yang marah sebab dia tau rasenya..

Kalo kome nak rase....cuba la duduk mengajo seminggu kat sekolah..baru le kome tau camana..cuba dulu jangan kutuk jer tau!! Skrang ni mana2 sekolah cari guru ganti untuk cikgu bersalin..apa kata kome cuba..

Ada juga kekawan aku yang dulunye keje jurutera, keje bank,eksekutif dan mcm2 yang best2 tapi memohon jadi cikgu ambil KPLI(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) dan bila ditempatkan di sekolah..macam terkena kejutan budaya...ada yang kata menyesal tukar kerjaya, ada yang nak berhenti tapi...apa nak buat dah masuk bidang ni kenalah cintakannya.. sebab fikiran mereka mungkin ada kelebihannya..so kalo nak jadi cikgu tu tanamkan minat dulu bukan kelebihan yang ada. Tiap keje ada kelebihan dan kekurangannya.

Aku ni bukan menafikan ada cikgu yang sambil lewa dalam tugas...memang ada tapi itu kat mana2 pun ada terutamanya dalam sektor awam..maaf cakap lah..Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga pulak..(dah berperibahasa aku ni)

Ni pun kira rezeki cikgu juga ler...hehehe

Bagi aku....setiap keje yang diamanahkan tu patutlah dilakukan dengan penuh tanggung jawab agar hasil yang kita peroleh itu adalah HALAL dan berkat untuk dimakan untuk diri sendiri dan ahli keluarga..tak kira la apa keje kita tu.

Bersyukurla apa yang kita dapat hari ini..kerana jika dipandang orang lain yang tak bernasib baik daripada kita...betapa bertuahnya kita hidup dan bekerja di bumi sendiri terutamanya di Malaysia.

Berhenti lah daripada menyalahkan sesiapa...soal gaji ..pendapatan... semuanya ketentuan Tuhan, jika Dia memberi lebih hari ini..bersyukurlah..hidup ini umpama roda kadang di atas kadang tergolek ke bawah...Yang penting rezeki yang kita dapat itu HALAL dan berkat.

Setiap orang yang bekerja itu perlulah :

> amanah
> tanggung jawab
> ikhlas
> jujur
> dedikasi
> adil
> redha

Semoga kita semua mendapat sedikti sebanyak info dan berhenti menyalahkan orang lain...jaga periuk nasi sendiri..


-fuhhh..lega dah!! -

No comments:

Post a Comment