BLOG sis'R'

Monday, October 17, 2011

Bila hati jadi sayu..

Assalamualaikum!!

Baru-baru ni aku menziarah anak sedara yg baru bersalin di Hospital Seremban..dia kena oprete bersalin pasal tak cukup bulan(7 bulan). Alkisahnye dia terpaksa bersalin sebab darah tinggi naik ke paras bahaya. Pelik tak dari PPUM,KL dihantar ke Hospital Seremban sebab inqubator kat semua hospital kat lembah kelang ni dah tak cukup?? Tu dia.. punya banyaknye kes bersalin tak cukup bulan. Hospital terdekat Seremban la..kalo tak kene pegi Alor Star atau Penang.Lagi le jauh kan..

Alhamdulillah anak sedara tadi selamat le bersalin tapi anak dia kena duduk dlm inqubator sampai berat dia mencapai lebih 1.5kg. So terpaksa la menyewa umah kat Seremban sementara tnggu baby tu besar sikit sambil hantar susu ibu ke hospital tu tiap hari. Kiranya lebih kurang dua bulan la kena duduk kat sana.Cuba kome bayangkan camana la kalo suami yang nak koje kat KL berulang alik ...tu baru kat Seremban!!

Ni baby org - by google-


Persoalannye...macamana ye kalo org susah(miskin) dlm keadaan mcm ni dengan anak2 kecik yang ramai..tak dapat aku bayangkan derita yg terpaksa ditanggung..Macam cerita kes kakak yang ada masalah pregnant kat Hospital Seremban baru-baru ni.Dia terpaksa ditahan di wad beberapa hari.Bila keluar hospital tak de apa2 nak makan pasal duit belanja makan utk bulan ni terpaksa bayar bil hospital. Anak-anak masih kecil sedangkan suami bergaji kecik.Sayu hati ini bila dengar kisah benar ini. Bersyukur la dengan apa yg kita ada pada hari ini.

Semuanya ketentuan Allah SWT...Dia yang menentukan segala-galanye dan kita hanya mampu merancang. Bile tgk 'cucu' aku dan baby2 lain kat dlm inqubator tu...SUBHANALLAH sesungguhnya Tuhan telah menunjukkan kekuasaannya!!! Daripada sekecil2 manusia menyabung nyawa dengan wayar2 berselirat pada batang tubuhnya. Sayu hati ini...tetapi Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. Sekurang-kurangnya mereka masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini jika dibandingkan dgn kes buang baby merata2 tu.

-by google- speechless tengok gambar ni..

Bila hati dah jadi batu..sanggup buat apa saja utk selamatkan diri sendiri. Itu di dunia boleh lagi selamat..bagaimana di akhirat nanti ??
Sesungguhnya hati ini menangis bila tengok baby terbuang ini sedangkan lebih ramai insan lain amat berharap mendapat zuriat penyambung keturunan..
Segalanya berkemungkinan dan ada rahsia yang tersembunyi yang kita tidak tahu tapi hanya Allah yang mengetahui.

-tamat-

3 comments:

  1. Makin lama manusia kian jahil..

    ReplyDelete
  2. ramainye baby lahir tak cukup bulan sampai inkubator kat lembah kelang dah tak de..ibu2 mengandung skrg ni stress dgn keje kot..

    ReplyDelete
  3. nampakkan beza baby yang dilahirkan secara sah bertarung nyawa utk hidup tapi sgt kesian pd baby yg tak sah taraf diperlakukan sesuka hati..geram ni!!!

    ReplyDelete