BLOG sis'R'

Tuesday, November 22, 2011

Catatan@Singapore

Assalamualaikum...

31/10/11

Baru-baru ni aku diizinkan Allah utk menjejak bumi Singapura atau nama asalnya Temasik. Kome pun tau asal nama Singapura tu sebab masa belajo sejarah negara kita Temasik dibuka oleh Sang Nila Utama. Ingat lagi ke kome?..huhuhu lupa dah!!

Haishh..macam nak ngajo subjek sejarah la pulak..hehe..tu pun kira info juga le kpd mana2 yg dah hilang ingatan tentang cerita asal usul ni...hehehe!!

Sebenonye aku ke negara tu pasal bawa budak2 sekolah untuk lawatan sebab dah abih exam. Biasalah masuk negara org kenalah ada pasport antarabangsa.Oleh sebab kebanyakan student skolah aku anak org kaya yg dah ada pasport,dapat la mengisi sebuah bas ke sana. Tahun lepas plan tak jadi, nasib la taun ni jadi pulak..

Seawal jam 6.50pg kami dah bertolak ke Johor Bahru naik bas persiaran.Sebelum bertolak tu biasalah parents sibuk pesan mcm2 utk jaga anak2 deme. Bukan senang tau nak jaga anak org!!tak caya tanya org yg koje baby sitter..

Tiba di Johor Bahru kira-kira jam 11.30pg. Lepas lunch di Hotel Crystal Crown, kami check in bilik. Aku ni dok sebilik ngan 2 students cina atas permintaan parents.Lagipun kwn2 guru pompuan bawak family so terpaksa la juga. Budak2 tu pun ok dan sgt menghormati aku.(takut aku repot kat mak bapak dorg kot haha!!)

Selepas solat jamak, kami terus melalui imigresen Tambak Johor menuju ke Singapore. Budak2 ni nampak nervous dan pucat, bukan tak biasa kat imigresen tapi kali ini semua urusan kena buat sendiri. Kalo pi dgn parents ,parents yg buat. Kat imigresen Singapore ni tak boleh tunggu2 sampai la ke pintu keluar.Kesian budak2 tu..bila semua selesai..budak2 siap cakap.."lebih takut daripada jumpa Mr Raj". Gelak beso aku! Mr Raj tu guru disiplin dorg..tu yang takut giler tu..hehehe..Lagipun ejen yang bawak kami tu dah siap takut2kan budak2 tu..maklumlah takut budak2 tu over acting atau hilang..tak ke naya!! Alhamdulillah semua lancar.

Tak sampai lima minit dlm bas ,dah pun sampai Singapore.Aku senyum2 ngan kwn kat sebelah.Dekat bebeno kome! Selama ni pun asik pandang dari Johor Bahru je. Bila gi JB selalu gak ajak mr. hubby masuk Singapore tapi dia kata nak masuk situ leceh sikit.Tau2 la Singapore terkenal dgn undang2 dia sampaikan chewing gum dan rokok pun tak boleh bawak masuk. Tak jumpa pun kereta2 Malaysia kat sini tau!!

Dah masuk negara tu kami terus di bawa ke Arab Street.Kalo tengok mcm jalan TAR jer sebab kat sini banyak la kedai2 yang menjual kain ela yang berkualiti dan harganya pun tau2 je la..memang mahal! Aku cuci mata jer le..hehe. Di situ terdapat sebuah masjid lama 'Masjid Sultan' yang binaannya nampak klasik dan masih digunakan.

Melalui kawasan ni ada satu kedai murtabak singapore yang terkenal kat Two Zam-zam Restaurant. Orang kata kalo pi singapore , tak lengkap kalo tak singgah kat sini. Aku tak sempat nak menyinggah tapi kawan2 ada yg menyinggah..bila tanya sedap tak?..jawapannya..boleh la, sedap lagi Malaysia punya! Mcm kureng je.. aku tambah ayat tu;..hehehe. Sempat juga la beli cenderamata kat kedai2 kat tu.hehe

Selepas tu kami di bawa ke Orchard Road. Sebelum aku ke sini, banyak org kata tak lengkap kalo tak gi Orchard Road. Tempat shopping!..Nak cari parking, berpusing2 jugak la pemandu bas tu tawaf kat situ.Turun je..kami terus ke tempat shopping. Kat sini macam kawasan tempat shopping yang besar kat Kl ler..macam kat Pavilion, KLCC tu.Ada jugak la bazar2 kecil kat bangunan bawah tanah. Sempat juga la kami makan ice cream Mc Donald yang rasanya sangat sedap dan rasanya lain daripada di Malaysia. Sempat juga la beli cenderamata kat sini. yang betuinya...penat sangat berjalan di kawasan ni..Ni la salah satu tempat laluan di Orchard Road..


Kira-kira jam 8.30 malam kami bertolak keluar untuk pulang ke Johor Bahru. Kat imigresen, budak2 nampak rileks sikit, tak la nervous mcm masa nak masuk Singapore tu. Tiba di Johor Bahru kami bawak budak2 makan kat restoran. Pukul 10.30 malam kami dah masuk bilik masing2. Budak2 pun dah diberi amaran jgn keluar selepas masuk bilik dan jangan buat bising. Takut kena komplen..tau-tau lah budak2 sekolah dah jumpa kengkawan..bukan ingat siang ke malam ke,tambah2 mak bapak tak de..

1/11/11

Cantik pulak tarikh tu ye..hehe..Selepas sarapan pagi kami dah berkumpul di lobi hotel kira-kira jam 8.30 pagi dan terus check out. Alhamdulillah tak de apa2 masalah malam tadi. Bukan senang ooo bwak anak org jauh2 ni.Sempat juga la bergambo kat depan hotel ni.

Sekali lagi kami masuk ke Singapore melalui imigresen. Budak2 nampak dah tak de masalah,dah pandai nak buat apa. Bas terus meluncur menuju Universal Studios Singapore (USS) yang terletak di Sentosa. Perjalanan ke sini terasa jauh juga .Lebih setengah jam aku rasa! Sepanjang perjalanan, ejen pelancong sibuk bercerita tentang Singapore dan perkara2 menarik yang ada di sepanjang perjalanan tu. Yang pastinya negara ni memang sangat bersih dan hijau!!

Kira-kira pukul sepuluh lebih kami dah sampai di USS, budak2 dah menjerit kegembiraan. Aku pun seronok juga sebenonye..hehehe..
Di pintu masuk USS ni terdapat sebuah globe besar yang berputar. Sangat2 cantik! tengok ni..

Ramai juga pengunjung ke sini walaupun bukan weekend. Selepas ejen memberi tiket, kami masuk. Wahh...happening betul tempat ni! Ejen membawa kami terus ke 'Disneyland'- Far Far Away kerana ada show 'Shrek 4-D Adventure' ala macam cerita kartun yang menarik sebab pakai cermin mata 4D. Best sangat show ni macam real jer siap bergegar2 kerusi ikut jalan crite..Awesome!! tu budak2 aku kata ...memang pun! Keluar dari situ, kami terus berjumpa Shrek dengan bini dia Fiona yang cantik sebelum jadi mcm shrek tu...(budak2 tau la crite ni!!)

Selepas itu ejen terus bawak kami ke Enchanted Airways..ala mini roller coaster. Ejen tu kata sikit je, pendek je..Aku ni ingat biasa2 jer..rupa2nya naik longgar jugak la lutut ni bila turun..ye la dah tua-tua naik benda ni..dah lama tak buat koje ni kome tau tak! Aduhh..sakit tekak menjerit tau! Aduhai nasib le ok.

Selesai di situ kami ke Madagascar. Budak2 suka le ni...siri kartun juga! kenal la deme siapa tu Alex, Marty, Melman dan Gloria tu. Kami naik 'river boat'..ejen kata benda ni tak bahaya..riso juga le takut buatnye lalu arus deras ke..haha dah terkena tadi..Bila bot tu bergerak terus masuk macam gua...wahhhh bestnya!!!.kartun2 tu berinteraksi antara mereka di sepanjang sungai tu dengan nyanyian dan cerita2 ..Aku sibuk mengambik gambo...cantik sgt2 kat dalam tu...mcm tengok crite katun Madagascar tu ler tapi bezanya semua kartun2 tu berbentuk patung2 ygn bergerak mcm kat TV..seronoknye!! budak2 mmg suka la kat sini..

Keluar dari situ kami terus ke Hollywood! Huh macam betul2 kat US la pulak ye...kat sini, kami tengok show "Universal Classic Monsters"- Monster Rock!.. apa yang menarik? sekumpulan hantu la kot , tuko jadi manusia menyanyi kat pentas.. persembahan sangat mantop dan menghiburkan dengan kesan audio visual yang menarik.Macam tengok konsert antarabangsa ler..

Selesai di situ, kami terus ke 'The Lost World'. Di sini kami menonton 'live water show'. sangat2 menarik adegan lakonan dan stunt yang dibuat secara live. Dengan letupannye,stunt yang mengerikan,sound effect,jet ski dan lakonan yang mantap, betul2 macam kita tengok dalam pawagam je bezanya dibuat secara live.. Amazing!! Kat sini, penonton boleh duduk kat mana2 tapi kalo nak basah boleh le duduk depan sekali.sebab kesan percikan air akan kena kepada penonton depan sekali. Budak2 aku apa lagi, cari tempat2 mcm tu la..pantang jumpa air!!

Selesai di situ, kami ke Eygpt pulak..kat sini macam ala2 piramid kat sana la dengan binaan bangunan dan ukiran2 patung2 dan batu-batannya.Tak tau ada apa dalam piramid tu. Ejen kata masuk je , tak de apa2. Aku dgn kawan masuk berdua, budak2 dah masuk dulu. Nak juga tengok apa yg ada kat dalam tu kan..Masuk je..dah gelap gelita.Yang ada lampu2 suram. kat depan kami adalah 3 ke 4 orang tua berbangsa India. Seram jugak tengok patung2 macam mumia, keranda kayu dan bunyi2 yang menyeramkan, Aku cuak jugak la. Budak2 dah abis ke depan..dah tak nampak sorang pun. Tiba kat tengah jalan rupanya kami kena naik mcm roller coaster. Cuak gile! mintak2 tak teruk la. kat kerusi tu boleh duduk dalam 9 org. Kami hanya ada dalam 6 orang kot termasuk India2 tu..

Bila benda tu bergerak...slow sangat..dalam gelap...bunyi2 yang menyeramkan. tetiba benda yang kami naik tu terlanggar tembok batu. retak batu tu..ada suara kata..tak leh masuk...ulat2 keluar dari celahan retak batu..aduh.. takutnye! pada hal benda tu mcm slide show je..tapi nampak mcm real sgt2. Tetiba tempat duduk tu ditarik mengejut dari belakang. rasa nak jatuh jantung aku! apa lagi menjerit la sekuat hati..rupa2nya roller coaster! Pastu roller coaster tu terus bergerak laju..berpusing2. Aku tutup mata jer sambil menjerit sepanjang perjalanan. Nasib tak sakit jantung!Tiba je kat stesen berhenti..longgar lagi lutut aku!! dah tua2 mcm ni...aduhai!!!tapi best la pulak..hehehe
Berpeluh-peluh kami keluar dari situ. Terkena kali kedua tapi yg ni lagi adventure! Kat situ kami jumpa la dua org? orang ke?.berkepala haiwan berjalan guna kasut yang tinggi tu..memang tinggi giler la...tengok gambo ni..rileks je deme jalan dengan lagak machonye kat situ!

Dah berehat..kami ke 'Oasis' yang merupakan restoran halal.. nasi beriyani, ayam panggang seketul(besar juga la), sayur bendi goreng, sekeping roti canai dan jus orange - $18. tukar la dlm RM agak2 berapa? Dah lapar sangat memang sedap la.sampai roti canai tu pun tinggal sikit jer, tak abis!

Lepas tu kami ke tempat 'Jurassic Park', kat situ ada 'canopy flyer'..aku tak naik pun, tunggu budak2 naik. Nampak adventure juga mcm roller coaster juga. Tapi kalo nak merasa naik roller coaster yang paling mencabar tu..kat Battlestar Galactica. kat situ ada ada 'Human or Cyclon' -dua roller coaster warna biru(cyclon) dan merah(human). Warna biru tu gile sikit yang terbalik2 badan tu. Yang merah tu kureng la skit terbalik2nya. Aku menengok pun dah nak tanggal lutut. Budak2 ada yang empat ke lima kali boleh naik benda alah tu...ngeri aku dengo!

Elok nak ke tempat lain..hujan lebat turun pulak..Apa lagi terpaksa la cari jalan keluar. Lagipun kami kena keluar pukul 4.00 petang. Kalo tak, jalan jem. Alhamdulillah !Nasib la ujan turun dah petang masa utk balik. Tapi sebenarnya tempat ni tak abis lagi kami teroka. Ada banyak tempat tak sempat kami pergi. Ejen tu kata kalo nak ke sini jangan time cuti weekend or public hols..pengunjung terlalu ramai sampaikan nak masuk ke sesuatu tempat beratur panjang. Buang masa menunggu je!


Rasa tak puas hati sangat2 kerana tak sempat tengok 'Light, Camera,Action! yang dihoskan oleh Steven Spielberg. Alaaa.....hukhukhuk.

Tepat pukul 4.30 petang kami keluar dari USS, satu pengalaman paling menyeronokkan. Budak2 pun happy.Cikgu dia lagi le happy!! hehehe. Walaupun terpaksa mengejar masa, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan budak2 sangat berdisiplin. Kami keluar dari Singapore melalui LINKedua melalui Tuas dan terus ke RNR Tol untuk solat jamak akhir zuhur dan asar.
Kami selamat sampai di sekolah pada pukul 10.00 malam. Alhamdulillah!!




-dah abis crite dah...tapi rasanye nak pi lagi la,...hehehe