BLOG sis'R'

Wednesday, December 28, 2011

Kek Pisang Sempoi

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak kongsi pulak resepi kek pisang. Resepi ni aku dapat daripada seorang kawan. Dah lama dah dia bagi resepi ni..dekat 2 tahun kot tapi tak de perasaan pun nak try buat..hehehe..aku ni ikut mood juga..time rajin nak buatnye susah beno..time malasnye..nilah hasilnye..teng..teng..teng...Kome cuba la ye..yang pasti rasanya macam yg kome beli kat kedai or supermarket tu le..


Bahan-bahannye...

5 atau 6 biji pisang..(pisang apa2 pun boleh tapi yang paling cantik jadinya pisang kapas le..)
1 sudu kecil 'bicarbonate of soda'..(jgn byk sgt nanti pahit)

Pisang tu dihancurkan dan bubuh 'bicarbonate of soda', kemudian perapkan sekejap je
Sementara perap pisang tu sediakan bahan2 ni :

2 cawan gula kaster atau gula biasa pun boleh(blen bagi halus mcm tepung)
5 biji telur ayam (jangan pakai telor ostrich lak..kang tak muat oven korang!)
3 cawan tepung kek (tepung gandum biasa boleh gak tapi kome kena tambah baking powder la)
1 cawan minyak (minyak masak biasa je..jgn pakai minyak angin lak!!)
1 penutup esen vanila

Cara buatnye :

>Campurkan gula kaster tadi dengan telur dan pukul sampai kembang, senang pakai mixer le.
>Pastu masukkan minyak, esen vanila dan pastu masukkan tepung kek.
>Pukul semua bahan sehingga mesra dan campurkan pisang yang dah diperap tadi.
>Dah mesra semua, boleh la masukkan dalam loyang dan masukkan dlm oven dengan suhu 190C selama satu jam. Pastikan adunan tu separuh je drp loyang sebab kek ni akan naik sekali ganda lagi..kang melimpah2 pulak kek korang!Jangan lupa pulak loyang tu digris dengan margerin atau minyak supaya tak melekat. Ingat tu!!
>Dah siap pun...




Dah kena bungkus ngan plastik mcm kek beli la pulak ..
Sempoikan...tak payah nak sukat2 bahan-bahan tadi, cuma pakai cawan je!!!
Cuba la tak sampai setengah jam buat ni dah siap, tunggu je masak.

Percubaan pertama..menjadi pulak! Gumbira tak terkata.. huhhh! ada talent jugak aku buat kek ni..hahaha..dulu aku ada buat kek coklat pun jadi juga..nanti la aku buat post baru pasal kek coklat tu ok,..tunggu!!!






Terima kasih kat kawanku "U'R" yang bagi resepi ni...dah dipanjang2kan ilmu ni kat orang.. hehehe jangan marah!

Friday, December 23, 2011

Nilai Nyawa Manusia

Assalamualaikum!!!

Entri ni agak serius sikit la...
Kes bunuh kerani bank baru2 ini betul2 menyayat hati..nilai nyawa manusia makin murah. Setiap hari ada je kes bunuh, jumpa mayat, jumpa rangka, jumpa itu ini. Kita terfikir kadang2 nak keluar rumah pun takut tapi..sekarang ni kat rumah sorang2 pun bahaya. Mata penjenayah, perompak, peragut ada kat mana2 memerhati..tak kira la kat rumah ke, jalan ke, tempat kerja ke..huihhhh...
banyak sebab berlaku jenayah ni.Paling top kes ini la..

> motif cemburu >kira balas dendam le ni..sangat banyak berlaku..hati2 la kalo bercinta-cintun tu..berpada2 kata orang tua2. Jangan main2kan perasaan orang!

> hutang > kes along le ni...pandai pinjam, pandai le bayo..kalo boleh jangan le pinjam2 kat along..menyusahkan diri sendiri dan keluarga tau!

> tekanan hidup > ye lah kos hidup makin melambung terutamanya di bandar kan..mula la merompak,ragut,pecah rumah. Tapi bila fikir2 kan, bangsa asing boleh hidup kat negara kita dengan kerja2 halal takkan rakyat kita sendiri nak melakukan jenayah utk meneruskan hidupkan..koje la dengan cara yang halal.

> kes dadah > ni memang tak dinafikan, bila datang gian, fikiran jadi tak waras sampai sanggup bunuh ahli keluarga sendiri asalkan dapat duit utk beli dadah. Keluarga porak peranda dan ada yang sanggup sembelih anak. Nauzubillahi minzaliq..Betapa hancurnya hati mak yang mengandungkan anak sebegini!

> buang anak > ni paling tak berperikemanusiaan, kira penjenayah terhebat la ni! Baby bernyawa dan nyawa2 ikan dbuang kat tong sampah, tandas, tepi jalan..aduhhh mak! Ada baiknya hantar anak tu ke 'baby hatch' yang banyak ditubuhkan sekarang atau bagi kat orang ke daripada buang merata tempat tanpa ada perasaan 'manusia'. Malu? Orang kata pandai buat,pandai la bertanggung jawab.


Banyak lagi kes melibatkan kematian tragis..tapi kes ni makin meningkat, bukan mengurang pun! makin hari hidup kita makin menakutkan dengan kes2 yang melibatkan nyawa kan..

Apa peranan kita sebagai keluarga dan ahli masyarakat? Kekadang kita tutup mata je apa yang berlaku di depan mata..sebab ada yang kata "jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri" tapi bila dah tak bernyawa, tepi kain kapan tu sapa yang jaga??? Betul jugak kan!!



Apa yang penting sebagai makhluk Allah kita perlu sentiasa menjaga diri dengan baik, hubungan kita dengan Allah SWT dan hubungan kita dengan sesama manusia.Sentiasalah berdoa kepada Tuhan moga diberi perlindungan dan keselamatan untuk kita dan keluarga walau di mana kita berada.



-end-

Berapa agaknya harga nyawa manusia sekarang?
Al fatihah untuk mangsa kes bunuh dengan tikaman 35 kali.. Tak dapat dibayangkaan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya ketika itu.

Monday, December 12, 2011

Sejarah Tapah

Assalamualaikum!!

Hari ini aku nak berkongsi satu lagi maklumat.. Kali ni berkaitan 'Sejarah Tapah'.
Ini merupakan tesis yang aku buat masa dok belajo dulu. Tesis ni baru aku jumpa setelah sekian lama terperuk dalam kotak. Alhamdulillah masih elok lagi.

Tujuan entri ni saja je..untuk adik2 yang mungkin sedang mengkaji sejarah sesuatu petempatan tu kan. So, tesis ni sedikit sebanyak boleh membantu.
Bukan senang tau nak buat ni..berbulan-bulan kome wehhh!!Nak cari maklumat,kumpul, interview..huhhh bila kenang2 memang susah..tapi aku rasa hasilnya boleh membantu adik2 yang sedang belajo atau untuk pengkaji2 sejarah.

Masa aku buat ni pun bahan2 dan maklumat sangat terhad. Cari kat internet pun tak banyak membantu, kat library negara, library negeri Perak, even library Tapah pun sangat2 sedikit. Hampir putus asa juga la..
Nasib baik jumpa seorang bekas cikgu ni.. nama beliau Cikgu Kamaruddin..beliau orang pertama yang tulis cerita tentang sejarah Tapah ni. sekarang ni tak tau la beliau masih hidup lagi ke tak. Dulu masa jumpa, beliau pun dah uzur sangat pun. tapi aku sempat la hadiahkan senaskhah tesis ni kepada beliau. Suka benor beliau masa aku bagi tesis tu!! ni dia tesis tu..

Kalo adik2 atau sesiapa yang ingin tau sangat2 tentang sejarah ni,dari segi asal usul tempat,dan perkembangannya dalam bidang ekonomi,politik ,sosial dan sebagainya,korang boleh la pergi ke Perpustakaan Tapah, aku ada hadiahkan satu kat situ.Satu lagi korang boleh cari kat Arkib Negara.Kat situ pun aku ada hadiahkan senaskhah. Sekadar ingin berkongsi maklumat jer..



> terkenang semasa mewawancara Cikgu Kamarudin, rumah beliau macam library..banyak beno buku..banyak maklumat datang daripada beliau, tesis ni dapat A tau!..terima kasih banyak2 cikgu!..Jasamu tetap dikenang!

Tuesday, December 6, 2011

Kahwin oh kahwin!

Assalamualaikum...

Musim2 cuti ni mungkin kome tak menang tangan terima jemputan makan free kenduri kawin. Adik kawin la..kakak kawin la, kawan kawin la, boifren kawin la,atuk opah kawin la..sepupu la..jiran la dan mcm2 hubunganlah.Yang penting rezeki juga la tu kan. Boleh le gantung periuk sehari dua kan..hahaha! Memenuhi jemputan orang ni sunat tau!

Membicarakan soal kawin ni mcm2 kan.Masalah yang timbul pun mcm2. Teknologi moden memudahkan kita berinteraksi..ramai yang dapat jodoh melalui komunikasi secara alam maya ni kan..ada baik buruknye alam maya ni..yang penting kita perlu bijak menggunakanya ok! Hahh! dah gambo kawin pulak..tak sabo ye? haha..

Menyentuh bab kawin ni..ramai la selalu mengadu pasal hubungan tanpa restu keluarga ni.Ada yang menangis berhari2,berbulan2, ada yang gaduh2 dgn mak bapak(tak baik tau!) ada yang sanggup kawin lari(jangan malukan keluarga beb!) dan yang paling mudah akan kata 'pelamin anganku musnah!Perghhh!! sadis betul mendengonye..ngapa tak kata 'tepak sirih ku dah terbalik ke!!"kesian tepak sirih ni..tak pasal2 kena..hehehe
Biasanya masalah kawin ni bila mak bapak cakap macam ni :

> mak bapak nak lelaki yang ada koje tetap (itu memang la! kang dia asik berenti koje, ko nak makan apa?)

> mak bapak tak nak org negeri itu..negeri ini.(ni masalah dari dulu lagi bagi yang terlalu fanatik dgn negeri...aku sadis jugak kes ni..memang byk terjadi!)

> mak bapak kata cari la yang beragama sikit..tau hukum hakam..(Ni memang PATUT sangat!)

> mak bapak kata cari la yang cantik/hensem sikit...nanti kamu dapat anak adalah rupa sikit..(mata aku kata dia cantik/hensem camana??)

> mak bapak kata cari la pompuan ada koje..senang kamu sikit (ni jangan ambik kesempatan pulak terutamanya yg nak berpoligami! tak baik tau,suami kena sara isteri, bukan isteri sara diri sendiri tau!!)

>mak bapak kata beza umur kamu dengan dia jauh beno.(Ni terutamanya kes perempuan jauh lebih tua dari lelaki la ni...huhu)

> mak bapak kata hantaran mahal beno! (Ni..kekadang mak bapak yang lebih..ishh..buat le ikut kemampuan..yang penting majlis tu berkat)

> mak bapak kata cari la keturunan yang sama nama (ikut 'sir name' atau pangkat la kononye!)

> mak bapak kata cari la yang sama taraf koje kamu (ni kes pompuan gaji/pangkat tinggi drp lelaki la ni)

> mak bapak dah ada calon sendiri..(kes mcm ni mmg ada lagi zaman ni...kesian pd mereka yang dah lama bercinta tu. mcm mak ko plak nak kawin!)

> mak bapak kata cari la yang bukan hak org..(kes ni sangat bahaya dan kebanyakan mak bapak memang tak bagi sebab risikonya sangat besar)

> mak bapak kata cari yang betui2 nak kat kita bukan kita je tergile2 kat dia? (ha..kes ni mmg byk pun..ko carilah org yg betul2 tergile2 nak kat ko..sudah!..kalo x pegi la mandi bunge ke.hehe leh percaya ke?)

> Duit tak cukup lagi la!( ye la ko nak kawin kena la ada duit, takkan mengharapkan mak bapak lagi)

> Mak bapak suruh habis belajo dulu..(Yang ko gatal sangat nak kawin time2 ni kenapa?..memang la mak ko tak kasi!)Pada aku habiskan belajo dulu..koje..balas jasa mak bapak baru la kawin..kan mak bapak lega dapat anak cam ni? kalo jodoh korang cepat..Alhamdulillah juga le!

> dan banyak lagi kan...selalunya 'mak' le yang cerewet skit kan..tapi dia yang mengandung, melahir dan menjaga kita dari sebesar dua jari..(yg lahir tak cukup bulan tu sebeso kelinking kot!)

Abis tu bila la nak kawinnye kan? Dah tua dah ni. Kome kena ingat cepat dan lambatnya perkahwinan itu adalah ketentuan Allah SWT..ada rahsia yang kita tak tahu mengapa Tuhan tentukan jodoh kita itu cepat ke lambat. Kena banyak bersabo ler..cantik beno la pulak cincin nih..hehehe..

OK lah, pada aku la..aku kesian sebenonya pada kes2 kat atas. Aku pun pernah mengalami beberapa situasi kat atas tapi aku amat percaya setiap orang telah ditetapkan jodohnya. Walau hebat manapun dugaan tu..kalo jodoh tu kuat dan dizinkan Allah, dia tetap akan jadi milik kita..chewahhh..muahahaha!!!
Tak caya?...lantak kome ler..

Apa yang penting...jika kita rasa pasangan kita tu dah baik dan sempurna segalanya untuk kita dan kita sendiri dah cuklup bersedia, berbincang la dengan keluarga baik2. Kadang2 mak bapak tu tahu baik dan buruk seseorang.Jangan sesekali membelakangkan mereka.Perbanyakan solat istikharah dan berdoa tanpa putus asa. Yang penting ianya berlandaskan agama. Nabi Muhammad SAW pun ada memberi garis panduan untuk memilih jodoh... pilihlah daripada kecantikannya, hartanya, keturunannya atau agamanya. Pilihan utama adalah memilih agamanya...Insya Allah akan diberkati Allah SWT.

Apa yang penting adalah selepas majlis perkahwinan itu ialah keberkatan. Banyak dugaan dan cabarannya dan kita sendiri yang akan mengemudikannya..ibarat kapal kat bawah ni la...yang akan mengharung ombak dan badai sepanjang masa hingga sampai ke perhentiannya..

Kepada sesiapa yang dah melangsungkan perkahwinan..Alhamdulillah dan tahniah..yang akan tu..selamat pengantin baru dan kepada pembaca2 selamat makan free..(tak free juga kan..kena gak hulur2 kat tuan rumah kan..hahaha sapa nak jawab tu??)


Abis idea sudah....Ombak Rindu ..Badai Semalam...huh..jiwang karat sehh..



Adakalanya sesuatu yang kita suka itu, tidak disukai oleh Allah tetapi apa yang disukai Allah itu yang kita tidak suka. Sedangkan Allah itu Maha Mengetahui..