BLOG sis'R'

Monday, February 20, 2012

Catatan@Bukit Fraser

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan harian aku ni...laju je jari2 aku menaip pengalaman ke Bukit Fraser masa cuti tahun baru 2012 bulan lalu...lama dah kan baru terasa nak tulis...

Tujuan sebenarnya ingat nak bermalam kat sana dengan adik beradik. memandangkan tempat tu tak berapa jauh boleh la bersantai2 kan..dah booking apartment kat sana..tup2 sorg2 tak jadi nak pi..tinggal la kami berdua...so..mood pun dah tak de..takkan nak dok apartment besar tu dua org kan.huhhh...kitorg ni biasa bercuti reramai...

Oleh kerana nak jugak pi sana...aku ngan mr.hubby pun pergi la berdua sebab kami tak pernah sampai sana. apa la ada kat sana kan? kalo rasa nak bermalam kat sana ,kami bermalam ler..bawak juga la baju spare!

So..lepas solat zuhur kami terus la ke sana..Kekawan yg pernah pergi suruh kami ikut Kuala Kubu. Kami ikut Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur dan keluar ikut susur Rawang. Pastu ikut jalan lama menuju ke Kuala Kubu....huhhh jauh juga rupanya dari tol Rawang ke Kuala Kubu ni.. Dari jalan ini ada simpang ke Kuala Lipis/Bukit Fraser. Ikut le laluan tu...makin jauh jalan makin kecik dan sunyi..maklum lah kawasan hutan kan!

Masuk je laluan ke Kuala Lipis ni...jalan dah sempit sikit. Dalam perjalanan tu ada empangan...huhhh cantik gile! ni gambar dia... Empangan Kuala Kubu Baru.
Subhanallahh! cantiknye ciptaan Allah.
Gambar ni aku ambik dari dalam keta jer..nasib le ok.

Sepanjang perjalanan melalui empangan ni, banyak juga la kaki pancing dok memancing...yang aku nampak banyak keta2 kat tepi jalan.Orang nya mungkin le kat tebing2 tu..tak nampak pun..

Makin jauh perjalanan makin kurang keta menuju ke sana...keta yang turun dari sana banyak juga.
Jalan makin sempit dan berbelok2..seramm juga tambah dah petang2 ni...Aku tengok Mr.hubby rileks je drive...dalam hati ntah2 lebih nervous dari aku kot.huaaahaahaa..

Agak jauh juga la dari Kuala Kubu ke Bukit Fraser ni..tambah2 jalan berbelok2 dan sehala..mungkin laluan turun ada jalan lain kot... boleh buat muntah dan pening..tapi aku tahan juga ..tengah2 hutan beb! mula aku memikir yg bukan2 kalo terjadi apa-apa...haishhh!

Dalam sejam membelok2 dari Kuala Kubu tu kami pun sampai kat Bukit fraser. Bila tengok papan tanda..huhhh teruja la pulakkk...Nak sangat tengok apa ada kat bukit tu...
Gambar ni amik kat google je..sebab nak ambik pun kami parking jauh, pastu penuh ngan org kat keliling jam tu.
Gambar ni je yang sempat aku ambik..cantik kan! Menara tinggi itu adalah menara masjid.
waaa....cantikkan!

Sampai jer..kat sana..ramai betul pengunjung ropanya!..yelah cuti tahun baru kan! nak parking pun susah...kat situ kawasan utamanya sangat sempit dan kecik je..adalah sebuah food court ngan kedai cenderamata ntah beberapa buah tah..pemandangan pun cantik juga la. Udara agak sejuk macam kat Cameron Highlands juga.. Ni le serba sedikit tentang Bukit Fraser tu..aku ambik kat wikipedia jer...hahaha

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim TrasB di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.



So..yang kami ni, lepas makan kat atas tu..tengok2 jalan sana-sini..pusing2 dah tak de apa2..Nak tengok taman bunga..tak de pulak bunganye.., nak tengok air terjun..dah lewat petang pulak...so kami ambil keputusan turun jer...tak jadi tido kat sana...mcm tak best jer!! Kalo korang nak honeymoon okey jer tempat2 gini...hehehe.Kejap je kitorg kat atas tu..sebab tak de apa yg menarik pun..sempat le mr.hubby belikan utk aku baju sejuk berkait dan yang pasti tak lupa fridge magnet.Thanks honey!!..yayyyy(dah mgikut macam Leez M.Saaid pulak..baru sebulan dua jumpa blog dia...very nice blog!!!sangat bermaklumat.) so tanpa berlengah aku pun add dia kat bloglist aku..hehehehe...leez jgn mare aaaa...bertambah koleksi fm aku!
so...ni yg sempat dirembat....hahaha
Kat atas tu ada apartment besar macam Silverpark Holiday Resort,Fraser's Pine Resort dan banyak banglo untuk menginap.Nama2 banglo pun ikut nama daerah di Pahang macam Banglo Temerloh, Banglo Pekan, Banglo Jerantut, Banglo Raub dan sebagainya...Kawan aku pernah menginap kat salah satu banglo ni....kena kaco hantu katanye..heeeehheehhee...takutnye..
Gambar ni blur sikit..dah malam baru nak ambik...nak ambik gambar banglo lain pun tak sempat sebab dah malam.

Mr.hubby nak balik jugak malam tu...aku keberatan jugak bila memikirkan jalan turun tu..
HUHUHU..kome bayangkan la kami turun malam tu juga dlm keadaan jalan raya yang mcm tu...huhhhh lagi seram ko! dengan gelap gelitanya...tak de satu keta pun turun..yg jumpa satu dua ada la..mula la aku memikir yg bukan2..jahat sungguh hati ini kan!! Ye la buatnya ada org tahan kat jalan2 sunyi cam tu...heeeee tak dapat kubayangkan...sepanjang jalan tu la aku berdoa semoga kami selamat. Memang betul laluan turun adalah jalan lain!!

Bila tiba kat jalan dua hala..Mr.hubby mula speed keta..tau la aku dia pun takut ropanye...tapi saja buat2 rileks..huahaha...

Akhirnya kami selamat sampai ke Kuala Kubu....Alhamdulillah!!!
kami terus ke Bukit Beruntung dan bermalam kat umah kakak aku jer...!! kalo tak de apa hal kat sana..itulah kali terakhir kami ke sana kot....tapi pengalaman tu yang paling berharga kan!!!

ok la itu secebis kisah pengalaman jer...kalo korang nak pi sana...aku nasihatkan pi pagi2 dan turun pulak jangan dah petang sangat..bahaya wo! jangan la pulak takut dengo crite aku ni...tak pegi maknanye tak tau kan?..so cuti2 Malaysia..

-tamat-

p/s maaf la kualiti gmbr kureng memuaskan..semua tu pakai handphone jerr..tak bawak kamera  sebab terlupa letak kat mana...hahaha!!!!

Saturday, February 11, 2012

Imej 2012

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak update blog...dah bersawang2 dah blog ni...rupa2nya tahun 2012 ni belum ada satu post pun hahaha..gitulah kesibukan melanda di awal tahun..huhh..

Bagi yang pernah singgah kat sini mesti terkejut kan? Blog ni dah bertukar imej..dulu background merah sekarang dah hijau plak..hurmmm....semangat baru tau!! biar nampak segar sikit, lebih simple dan mudah2an idea segar pun timbul..hahaha dan harap2 tahun ni memberi rahmat yang melimpah....Aminnn...

Tak de idea la nak post...bukak blog aritu tengok shoutmix dah xboleh guna...semalam dok cari2 la cbox...then paste le kat sini...boleh le nak borak2 kan...pastu aku tukar la nama blog ni...then aku tambahlah bloglist, sebab kekwn aku dah link blog aku kat blog deme...so untuk menghargai aku pun bukak ler...hai..hai...hello..hello..akan diedit lagi kalo ada masa..
Aku tau cara ni boleh tingkatkan trafik tapi aku tak kisah pun bab2 trafik ni..yang aku tau..ada masa aku taip apa yg aku suka...hahaha...macam kwn aku ibujelita kata...'menulis itu terapi minda' aku setuju sesangat! sekurang2nya dapat share info pd sesiapa yang singgah kat sini...
Ni pun cume nak bagitau perubahan tak begitu ketara ni...saje jeee...cyehhh mcm ada org nak baca sangat ...hehehehe..i like!

Ada masa nanti aku post le apa2 yang patut...nak ucap selamat tahun baru 2012 dah lama plak..CNY pun dah lepas..Maulidurrasul pun dah lepas....haaaa...selamat berhari minggu...ceria2kan diri...hidup perlu ceria ok, kalau tidak, anda dalam kerugian...betui ka??


***udah2 ler tu..dlm tak de idea tu panjang jugak entri ni..hahaha


Wassalam...