BLOG sis'R'

Monday, February 20, 2012

Catatan@Bukit Fraser

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan harian aku ni...laju je jari2 aku menaip pengalaman ke Bukit Fraser masa cuti tahun baru 2012 bulan lalu...lama dah kan baru terasa nak tulis...

Tujuan sebenarnya ingat nak bermalam kat sana dengan adik beradik. memandangkan tempat tu tak berapa jauh boleh la bersantai2 kan..dah booking apartment kat sana..tup2 sorg2 tak jadi nak pi..tinggal la kami berdua...so..mood pun dah tak de..takkan nak dok apartment besar tu dua org kan.huhhh...kitorg ni biasa bercuti reramai...

Oleh kerana nak jugak pi sana...aku ngan mr.hubby pun pergi la berdua sebab kami tak pernah sampai sana. apa la ada kat sana kan? kalo rasa nak bermalam kat sana ,kami bermalam ler..bawak juga la baju spare!

So..lepas solat zuhur kami terus la ke sana..Kekawan yg pernah pergi suruh kami ikut Kuala Kubu. Kami ikut Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur dan keluar ikut susur Rawang. Pastu ikut jalan lama menuju ke Kuala Kubu....huhhh jauh juga rupanya dari tol Rawang ke Kuala Kubu ni.. Dari jalan ini ada simpang ke Kuala Lipis/Bukit Fraser. Ikut le laluan tu...makin jauh jalan makin kecik dan sunyi..maklum lah kawasan hutan kan!

Masuk je laluan ke Kuala Lipis ni...jalan dah sempit sikit. Dalam perjalanan tu ada empangan...huhhh cantik gile! ni gambar dia... Empangan Kuala Kubu Baru.
Subhanallahh! cantiknye ciptaan Allah.
Gambar ni aku ambik dari dalam keta jer..nasib le ok.

Sepanjang perjalanan melalui empangan ni, banyak juga la kaki pancing dok memancing...yang aku nampak banyak keta2 kat tepi jalan.Orang nya mungkin le kat tebing2 tu..tak nampak pun..

Makin jauh perjalanan makin kurang keta menuju ke sana...keta yang turun dari sana banyak juga.
Jalan makin sempit dan berbelok2..seramm juga tambah dah petang2 ni...Aku tengok Mr.hubby rileks je drive...dalam hati ntah2 lebih nervous dari aku kot.huaaahaahaa..

Agak jauh juga la dari Kuala Kubu ke Bukit Fraser ni..tambah2 jalan berbelok2 dan sehala..mungkin laluan turun ada jalan lain kot... boleh buat muntah dan pening..tapi aku tahan juga ..tengah2 hutan beb! mula aku memikir yg bukan2 kalo terjadi apa-apa...haishhh!

Dalam sejam membelok2 dari Kuala Kubu tu kami pun sampai kat Bukit fraser. Bila tengok papan tanda..huhhh teruja la pulakkk...Nak sangat tengok apa ada kat bukit tu...
Gambar ni amik kat google je..sebab nak ambik pun kami parking jauh, pastu penuh ngan org kat keliling jam tu.
Gambar ni je yang sempat aku ambik..cantik kan! Menara tinggi itu adalah menara masjid.
waaa....cantikkan!

Sampai jer..kat sana..ramai betul pengunjung ropanya!..yelah cuti tahun baru kan! nak parking pun susah...kat situ kawasan utamanya sangat sempit dan kecik je..adalah sebuah food court ngan kedai cenderamata ntah beberapa buah tah..pemandangan pun cantik juga la. Udara agak sejuk macam kat Cameron Highlands juga.. Ni le serba sedikit tentang Bukit Fraser tu..aku ambik kat wikipedia jer...hahaha

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim TrasB di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.


ni kat food court dia..
Hek elehhh nak juga bergambo...tembam sudah..hahaha...nanti korg tak caya lak aku dah sampai sini..

So..yang kami ni, lepas makan kat atas tu..tengok2 jalan sana-sini..pusing2 dah tak de apa2..Nak tengok taman bunga..tak de pulak bunganye.., nak tengok air terjun..dah lewat petang pulak...so kami ambil keputusan turun jer...tak jadi tido kat sana...mcm tak best jer!! Kalo korang nak honeymoon okey jer tempat2 gini...hehehe.Kejap je kitorg kat atas tu..sebab tak de apa yg menarik pun..sempat le mr.hubby belikan utk aku baju sejuk berkait dan yang pasti tak lupa fridge magnet.Thanks honey!!..yayyyy(dah mgikut macam Leez M.Saaid pulak..baru sebulan dua jumpa blog dia...very nice blog!!!sangat bermaklumat.) so tanpa berlengah aku pun add dia kat bloglist aku..hehehehe...leez jgn mare aaaa...bertambah koleksi fm aku!
so...ni yg sempat dirembat....hahaha
Kat atas tu ada apartment besar macam Silverpark Holiday Resort,Fraser's Pine Resort dan banyak banglo untuk menginap.Nama2 banglo pun ikut nama daerah di Pahang macam Banglo Temerloh, Banglo Pekan, Banglo Jerantut, Banglo Raub dan sebagainya...Kawan aku pernah menginap kat salah satu banglo ni....kena kaco hantu katanye..heeeehheehhee...takutnye..
Gambar ni blur sikit..dah malam baru nak ambik...nak ambik gambar banglo lain pun tak sempat sebab dah malam.

Mr.hubby nak balik jugak malam tu...aku keberatan jugak bila memikirkan jalan turun tu..
HUHUHU..kome bayangkan la kami turun malam tu juga dlm keadaan jalan raya yang mcm tu...huhhhh lagi seram ko! dengan gelap gelitanya...tak de satu keta pun turun..yg jumpa satu dua ada la..mula la aku memikir yg bukan2..jahat sungguh hati ini kan!! Ye la buatnya ada org tahan kat jalan2 sunyi cam tu...heeeee tak dapat kubayangkan...sepanjang jalan tu la aku berdoa semoga kami selamat. Memang betul laluan turun adalah jalan lain!!

Bila tiba kat jalan dua hala..Mr.hubby mula speed keta..tau la aku dia pun takut ropanye...tapi saja buat2 rileks..huahaha...

Akhirnya kami selamat sampai ke Kuala Kubu....Alhamdulillah!!!
kami terus ke Bukit Beruntung dan bermalam kat umah kakak aku jer...!! kalo tak de apa hal kat sana..itulah kali terakhir kami ke sana kot....tapi pengalaman tu yang paling berharga kan!!!

ok la itu secebis kisah pengalaman jer...kalo korang nak pi sana...aku nasihatkan pi pagi2 dan turun pulak jangan dah petang sangat..bahaya wo! jangan la pulak takut dengo crite aku ni...tak pegi maknanye tak tau kan?..so cuti2 Malaysia..

-tamat-

p/s maaf la kualiti gmbr kureng memuaskan..semua tu pakai handphone jerr..tak bawak kamera  sebab terlupa letak kat mana...hahaha!!!!

7 comments:

  1. tak pernah lagi ke sana.rasa nak juga cuba ke sana ...

    ReplyDelete
  2. ada masa u pergi la..tengok nature yang masih 'dara' kot hehehe..

    ReplyDelete
  3. dulu jalan sehala je. kena tunggu turn untuk turun naik. tempat tu sesuai la untuk cari ketenangan..perghhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun lebih kurang je..tapi selalu terpikir camana dorg buat construction jalan kecik cam tuh..

      Delete
  4. Ape yg menarik kat sane..klo cameron ade gak strawbery dgn jgung manis..kt frase ade ape ek..nak makn senng x klo g sane...

    ReplyDelete
  5. masa sy pegi tu tak de ape pun yg menarik..nak makan ada juga food court kat situ..x besar manapun ...kalo compare dgn cameron..best lagi cameron macam2 ada..tapi skrg pun tiap minggu trafik teruk..

    ReplyDelete
  6. Memang betul apa yg diperkatakan pada banglo2 di situ.saya dah mengalamainya.indah binaan tp lg indah bila diganggu diwaktu malam!apa pon bukit Fraser's mmg best! Dah mmg tmpt tu dihuni insan lain nk buat mcmana.sy sgt mengagumi binaan banglo2 di situ.kene kacau di klm hati tu biarlah kami simpan memoir tu selamanya...

    ReplyDelete