BLOG sis'R'

Wednesday, March 14, 2012

Catatan@Melaka

Assalamualaikum...

6 Februari 2012
Hmmm catatan lagi..
Kali ni aku dan mr hubby serta kakak aku sekeluarga turun ke Melaka untuk bersantai2 le konon...cuti 4 hari kan!!Lama dah tak menjelajah kota Melaka tu...Dulu aku belajo kat kolej  kat sana. 3 tahun beb!! dah lebih 10 tahun dah...Bukan tak pegi langsung...Selalu kalo ke kutub selatan(kg mr.hubby ler) menyinggah kat RNR Ayer Keroh utk rehat dan buang air jer..hahaha...

So dipendekkan merapu meraban, kami pun sampai kat A Famosa Resort kat Alor Gajah,Melaka kira2 pukul 12.30pm dan check in kat condo 3 bilik di D'Savoy Club House' (RM380.50/mlm) Agak sunyi juga sebab orang tak begitu ramai kalo tengok jumlah kenderaan kat situ. Maklumlah pas cuti raya cina minggu sebelumnya...

Tanpa meletak bagasi, kami terus ke 'Animal World'...(Aku dah pernah ke sini bawak anak murid ..tapi dah lama lebih 10 tahun ada kot..mungkin dah banyak berubah .Bezanya aku tak bermalam kat sini. Mungkin banyak binatang baru..Dah beli tiket tu, kami pun masuk ler...Masuk je dah ada orang berpakaian Red Indian tunggu ambik gambo. Kat situ banyak burung macam2 warna dan binatang2 lain.  Ala macam kat zoo ler...Anak2 sedara aku suke sangat ler..berlari2 kat dalam tu... 
burung-burung yang pelbagai warna                                   
kesian biri-biri ni
first time tengok merak putih
Kami terus pergi tengok 'multi animals show'..ada macam2 binatang  buat show macam tikus, memerang, kucing, burung, lembu pun ada, dan mcm2 ...happening juga la. Pastu kami terus tengok 'bird show' pulak...mcm2 burung  ada termasuklah bangau, ayam itik..hehe..cam dulu jugak ler shownye...ramai jugak la orang kat sini. Selesai show, kami lunch kat restoran dalam Animal World tu..makanan  telah disediakan sebab dah bayar sekali dengan tiket masuk. Kat dalam tu tak leh bawak makanan.. 
lembu ni tengah senyum tunjuk gigi kat penonton
bangau pun nak masuk frame
Kira-kira pukul 2.30 petang, kami tengok 'wild-wild west show' pulak. Show ni ala-ala koboi ...dengan pistol,tembakan dan kuda2 dia la.Aku tengok show ni sama je macam yang aku datang sebelum ni...emm tak la teruja sangat...sapa yang tak pernah tengok tu sure teruja dan best la tuhh......
para pelakon koboi..
Selesai tengok show, kami naik truck berpagar tengok safari...kat sini binatang bebas bergerak dalam kawasan yang sangat lapang. Kita pulak kena kurung dalam truck untuk tengok binatang tu...sure sume binatang tu teruja tengok manusia kan..agaknye binatang tu pun berkata "kesian sungguh  manusia itu!!" hahahaha....Semua binatang sama mcm yang aku pi dulu...sang kancil yg aku tengok dulu dah tua kot, bila tengok bulu2 dia dah tua dan hampir botak..hahaha....kalo sang kancil tu dah tua..aku pun sama ler kan..hahahaha..ntah apa2 la aku ni...
gambar diambil dari truck
Pak Belang sedang beristirehat
Selepas tu kami tengok 'elephant show' Ada lebih 10 ekor gajah terlatih keluar buat persembahan yg sangat kreatif..yang paling best 2 ekor gajah boleh melukis gambar pokok kayu yang cantik...semua hasil lukisan gajah tu ada dijual kat situ...
Kesimpulan yang aku dapat ...binatang ni kalo diajar boleh pandai..inikan pulak kita manusia kan?? fikir2kan dan selamat beramal...hehehe
gajah ni tengah tunjuk hormat  dan selamat datang
Keluar dari situ, kami balik ke hotel..penat giler wo..sempat le tido petang tu...
Pas magrib kira2 pukul 8 mlm, kami keluar ke 'Cowboy Town'. Rupa2nya kami dah lambat masuk...tempat tu dah penuh dengan orang ramai..Baru la dapat tengok ramai sangat orang kat situ. Rupa2nya dah start pertunjukan red indian main api keluar kat mulut tu....selepas show tu ada perarakan karnival macam 'Malaysia Fest' tapi bercampur2 persembahannya...macam2 ada...semua binatang yang buat show siang tadi keluar dalam perarakan itu. Ada jugak persembahan  pelbagai jenis tarian tradisional Malaysia termasuk tarian Portugis, perarakan beca, badut di sepanjang jalan kat cowboy town ni.
main api jer keje diorang ni..
time ni gajah ni  dah dimake over!
kutip duit je keje dia bila lalu depan orang..
Happening sangat2...aku pulak sakit kepala sesangat  time tu, kureng la tumpuan tapi still happy..cuaca panas sangat kot!!
Selepas semua show tu..ada pertunjukan bunga api pulak...tambah happening tempat tu!!!Selepas tu kami keluar pegi dinner dan balik untuk tidur...kepenatan kerana jangkaan esok nak mandi kat theme park pulak...ZZZZzzzzz...

7 Februari 2012
si kembar ngan adik dia kat lobi hotel
Selepas breakfast kat hotel, kami dah buat keputusan untuk masuk ke bandar Melaka...tak jadi mandi kat theme park sebab kakak aku beriya2 nak ke bandar sebab dah lama sangat dia tak pi...So perjalanan dari Alor Gajah ke bandar Melaka tak sampai sejam..jalanraya agak jem juga..Melaka tak cuti hari ni.

Kami parking berdekatan Tugu A Famosa kat Banda Hilir...mengimbas kenangan lalu...dah berubah sangat bandaraya ni..dulu depan kota ni ada padang yang luas..kita boleh naik kereta lembu..skrg ni dah ada bangunan..ala lupa pulak nama bangunan ni..Dataran Pahlawan rasanya..Dataran ini luas dan di bahagian atasnya ada padang berhadapan dengan kota A Famosa..Kakak aku ngan anak2 dia naik la kat Bukit St Paul tu, aku lepak kat bawah jer ngan mr hubby...malas nak naik tengah2 hari buta ni..
ala.la panas ye!!
Bila kakak aku dengan anak2 dia turun jer dari bukit tu, terus dia bagi aku fridge magnet..hahaha dia tau aku suka collect benda ni..thanks sis..hehehe..suka aku!!
Pak beca depan A Famosa
Dari situ kami berjalan di Banda Hilir ni menuju laluan muzium2 dan terus ke Muzium Samudera...hahaha sepanjang aku belajo kat Melaka..tak pernah pun teringin nak naik kapal ni..tapi bila berjalan kali ni aku pun masuk ler...emmm not bad! Nak masuk kena bayar tiket RM3 seorang untuk dewasa...Nak masuk dalam kapal tu kena bukak kasut,..pihak muzium sediakan beg plastik utk letak kasut kita.Dalam kapal ni ada tiga tingkat dan banyak jugak la replika kecil kapal Portugis dengan maklumat tentang sejarah Melaka ni.
Di depan kapal ni(seberang jalan)..ada banyak gerai2 jualan cenderamata,kraftangan dan mcm2 la untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Pastu kami pun berjalan-jalan sekitar tempat tu..banyak juga shopping complexs kat situ...
Si Kembar yang selalu berperang..nak ambik gambo ni pun kena paksa..
tengok muka terpaksa depa tu..haha
Dah makan tengah hari...jalan2 sikit tengok2 bandar, kami pun balik ...lebuhraya PLUS ke KL jem teruk...lewat jugaklah sampai rumah...

So itu la sedikit cerita kat Melaka...sedikit sebanyak menceriakan hari cutiku..hehehe

p/s >  hilang kerinduan aku kat kota bersejarah ini..tempat aku menimba ilmu  untuk dicurahkan kepada insan lain.....IPPMM...terpahat dalam ingatan selamanya!!!

2 comments:

  1. ello kawan! aku pundah lama tak nyinggah sini ha...

    ReplyDelete
  2. sudah la ko...aku ajak tak mo pegi....

    ReplyDelete