BLOG sis'R'

Thursday, March 22, 2012

Majlis Perkahwinan@Kulim, Kedah

Assalamualaikum...

17 Mac 2012
Baru-baru ini aku berpeluang ke Kulim, Kedah sempena cuti sekolah. Tujuan ke sana untuk memenuhi jemputan sepupu aku yang mengadakan majlis perkahwinan anak dia dan Family Gathering >Haji Mokhtar Generation..Sebenarnya  plan  nak ke sana ada, tapi tak dapat diconfirmkan memandangkan kami dah pergi majlis akad nikahnya di Kuala Lumpur sebulan lalu...ni kira majlis resepsi ler  buat kat sana...Ni la kali pertama aku ke Kulim..

Mr hubby yang beria-ia nak pergi pasal ramai adik beradik aku yg pergi...aku ikut jer...So, seawal jam 9.30am kami pun bertolak  ke Kulim. Dalam perjalanan singgah kat RNR Sungai Perak..Tak lama kat situ..bertembung la kami dgn adik beradik aku yang juga konvoi ke sana dari Cameron Highlands..makin ramai le kami jadinye ...

Masa makan kat RNR tu kakak aku beritau si kembar tu birthday hari ni...so...aku wish je dan dapat la snap gambo niiii jer tau! punya la susah nak suruh bergambo sama..
hensem jugak kembo ni..hehe
Dalam perjalanan ke sana, abang  aku call suruh kami exit Bandar Baharu selepas Bukit Merah dan ikut laluan Lubok Buntar...terus ke Kulim. Kami yang tak tau apa2 ni pun ikut ler...jauh juga lebih 40 km kome! Rupanya jalan ni lagi jauh.Kalo nak dekat exit Juru dan ikut Junjong. Mana tah abang aku dapat info tu...huhuhu..

 Akhirnya sampai le juga kat bandar Kulim tu..tapi tersesat la pulak nak cari  Tesco Kulim, pasal landmark nye Tesco tu. Kulim ni bukan le beso beno pun...pusing2 jumpa la jugak dan kami selamat sampai ke motel Seri Impiana Inn,Kulim kira-kira pada pukul 1.20 petang...Tau tak sapa pemilik motel ni?...Sepupu aku juga la Zalili dan suami dia Ruseli (RNZ)...dah  berjaya betul diorang...Alhamdulillah..
Sampai jer kami terus ke majlis perkahwinan  ala-ala  taman gitu...cantik decorasi majlis ni putih pink hasil Lily's Fashion & Bridal Gallery..kami disambut oleh sepupu aku la...Datin Hartini(ibu pengantin) dengan suami dia dan adik dia Zalili dgn suami dia.. Kami terus makan sambil lepak2 tunggu majlis persandingan pulak...cuaca agak panas juga la...Dalam pukul 2.00pm pengantin pun sampai disambut dengan pencak silat..
 
Dua orang perempuan tu sepupu aku .
Pasangan sebelah kiri tu RNZ dan kakak dia Datin Hartini
yang menyambut kami..
pelamin.. 
tempat santapan raja sehari
cantikkan!        
ketibaan pengantin
ni la pengantinnya...sweetkan warna pink!!
tahniah ika&mus

sangat simple tapi meriah!!
simbolik!! 
Selesai di situ kami terus check in kat SRI IMPIANA INN..free jer..pasal sedara kan....Anak2 sedara aku yang ramai tu apa lagi terus pi terjun pool kat situ...berjam2 dorang berendam kat pool itu. Sementara menanti malam..kami lepak2 tepi pool tu pasal ada cafe sambil guna massage chair..

anak2 sedara aku dah terjun kat sini..
Sepupu aku ni la pemilik RNZ Cosmetics yang duta dia si Ekin wife Mawi tu..mereka juga la pemilik motel ni dan banyak bisness lain yang dijalankan menggunakan jenama RNZ tu seperti produk makanan dan minuman kesihatan, katering, cake,deco pengantin, tudung,busana dan yang terbaru jualan RNZ Jewel!!! Kalau berminat boleh la bukak link kat atas tu..Kat motel tu ada gym, spa dan  facial bagai...Nasib le spa dan facial tu tutup dua ari sebab kenduri tu, kalo tak habis kitorang kerjakan..hahaha...Memang betul2 berjaya diorang ni tapi yang paling penting diorang ni sangat2 humble dan menghormati orang lain..
ruang rehat berhadapan kolam
Sebelah malam lepas maghrib RNZ ni telah menganjurkan Family Gathering (Generasi Haji Mokhtar)..sebab tu kitorang tak balik selepas kenduri tu...Masa ni la kami berkumpul...macam2 cerita keluar..sejarah keluarga..sebak..sayu ..gembira..lucu semua ada..tapi sebelum  makan  tu diadakan acara memotong kek pengantin....
Antara keluarga yang hadir
door gift by RNZ..TQ.. 
Generasi Haji Mokhtar
18 Mac 2012
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap2 untuk balik..maklumlah esok dah start sekolah. Masing2 nak hantar anak ke asrama bagai..lepas breakfast, aku ni pandai mintak sepupu aku nak lawat kilang produk yang dia keluarkan tu...bukan apa..rupa2 ramai yang dah pi malam tadi tanpa kami sedari..Semua produk RNZ ni dikilangkan sendiri.
makmal RNZ
antara produk keluaran RNZ di pusat jualannya..
Produk untuk jualan kepada stokis
RNZ ni ada lebih 200 stokis seluruh Malaysia
termasuk Thailand dan Brunei
So, Encik Ruseli ni la yang bawa kami ke kilang dia....macamana kita melawat kilang lain, macam tu la si Ruseli ni layan kami..setiap stesen  dalam kilang dia..dia bagi penerangan yang begitu detail..tanpa letih melayan kami. Tapi yang sempat kami lawati ialah kilang kosmetik jer sebab kalo nak lawat semua bahagian mahu makan dua hari.. En Ruseli ni ler yang mencipta dan menguji sendiri semua produk yang mereka keluarkan. Kat situ macam2 produk dia bagi kami percuma dan yang kami beli pulak diberi diskaun yang sangat tinggi...Alhamdulillah...semoga rezekinya berlipat ganda lagi...
Tu dia produk yg dapat free dan diskaun..hehehe..
Selesai melawat kilang kami terus mencari jalan pulang. Pulang dengan perasaan yang bangga dan terharu dengan layanan baik deme...kami  tiba di kampung kira-kira jam 2.30 petang untuk menghantar bonda sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur..Memang letih tapi sangat berbaloi ....hehehe..(jangan ketawa tengok produk yang kitorg dapat tu..muahahahaha...)

-abis dah!!!

p/s >>>>teringat zaman kanak-kanak bersama sepupu2 kami tu...kami membesar bersama2 di kampung.Sekarang ni  jumpa masa raye jer...tu pun kalo tak beraya kat umah mertua..

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete