BLOG sis'R'

Thursday, April 12, 2012

Kalimah Allah Pada Telur Ayam

Assalammualaikum...

Semalam aku ke rumah kakak aku kat Rawang tu....saje je menziarah cuti sempena pertabalan  Agong ke 14.

Sembang  punya sembang kakak aku tunjukkan la sebiji telur ayam yang ada tertera kalimah Allah. Aku tau dah lama dah..dia ada cerita...tapi tak tengok2 pun sampai la semalam.. Cer tengok ni...
nampak tak kalimah Allah??

Sebab takut telur tu busuk..kakak aku masakkan isi telur tu untuk anak dia, kulit telur tu dia simpan sampai skrg ni.. Kakak aku kata, kalimah ni makin lama makin tak clear ...dulu betul2 clear. Kat kulit telur tu juga tertera kalimah Laillahaillallah...dan kat belah hujungnya ada kalimah Muhammad. Kalimah Muhammad tak clear sangat sebab tu tak de gambar kat sini...SUBHANALLAH!!
Sekarang ni tengok la...kat mana2 pun kita boleh lihat kalimah ni...kat langit, kat haiwan, tumbuhan, air dan banyak lagi kan...betapa Allah itu benar!
Kalimah Laillahaillallah....dah tak berapa clear
pakai kamera hp jer 
Sesungguhnya Allah itu Maha Pencipta..Pertingkatkanlah  ibadah kita. Sesungguhnya segala-gala kata-kata Allah itu adalah BENAR!!

Sunday, April 1, 2012

Hukum Pelaburan ASB

Assalamualaikum semua....

Artikel ini dipetik daripada akhbar Harian Metro hari ini 1 April 2012 ruangan An-Nur m/s D14 yang dijawab oleh  Ustazah Dr.Mashitah Ibrahim.  Saje nak berkongsi info...

Silakan baca....
gambar drp google
Soalan :

Hampir 70% umat Islam di Malaysia mempunyai simpanan wang atau pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Apakah hukumnya jika seseorang Muslimin menggunakan duit hasil pelaburan ASB bagi tujuan keperluan hidup seperti membeli rumah atau makanan, malah untuk ibadat juga termasuk mengerjakan haji, zakat, bersedekah serta perbelanjaan pendidikan anak. Adakah ia HARAM?  Bagaimana pula dengan wang faedah pelaburan ASB?

Jawapan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008, membincangkan pelaburan dalam ASN,ASB dan seumpamanya.

Muzakarah memutuskan bahawa hukum melabur di dalam skim ASN dan ASB serta dividen atau bonus yang diterima adalah HARUS!

Dengan ini, segala keuntungan daripadanya  HALAL digunakan. Kita seharusnya bijak menganalisis Maqasid al Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB adalah salah satu cara untuk menjamin penerusan umat Islam di negara ini dalam usaha memastikan orang Melayu Islam tidak ketinggalan di segi ekonomi.

  **********************
Terpulanglah kepada korang untuk menilai dan membuat keputusan kerana ada kerajaan negeri yang menyatakannya HARAM..klik di sini

Ohh!!!KELIRU?
So...tepuk dada, tanya la selera!!!


P/s : Agak2 simpan duit  bawah bantal mcm dulu2 ok tak?..hehehe