BLOG sis'R'

Sunday, April 1, 2012

Hukum Pelaburan ASB

Assalamualaikum semua....

Artikel ini dipetik daripada akhbar Harian Metro hari ini 1 April 2012 ruangan An-Nur m/s D14 yang dijawab oleh  Ustazah Dr.Mashitah Ibrahim.  Saje nak berkongsi info...

Silakan baca....
gambar drp google
Soalan :

Hampir 70% umat Islam di Malaysia mempunyai simpanan wang atau pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Apakah hukumnya jika seseorang Muslimin menggunakan duit hasil pelaburan ASB bagi tujuan keperluan hidup seperti membeli rumah atau makanan, malah untuk ibadat juga termasuk mengerjakan haji, zakat, bersedekah serta perbelanjaan pendidikan anak. Adakah ia HARAM?  Bagaimana pula dengan wang faedah pelaburan ASB?

Jawapan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008, membincangkan pelaburan dalam ASN,ASB dan seumpamanya.

Muzakarah memutuskan bahawa hukum melabur di dalam skim ASN dan ASB serta dividen atau bonus yang diterima adalah HARUS!

Dengan ini, segala keuntungan daripadanya  HALAL digunakan. Kita seharusnya bijak menganalisis Maqasid al Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB adalah salah satu cara untuk menjamin penerusan umat Islam di negara ini dalam usaha memastikan orang Melayu Islam tidak ketinggalan di segi ekonomi.

  **********************
Terpulanglah kepada korang untuk menilai dan membuat keputusan kerana ada kerajaan negeri yang menyatakannya HARAM..klik di sini

Ohh!!!KELIRU?
So...tepuk dada, tanya la selera!!!


P/s : Agak2 simpan duit  bawah bantal mcm dulu2 ok tak?..hehehe

1 comment:

  1. oh ooo...memang keliru tapi fatwa kebangsaan dah kata halal...

    ReplyDelete