BLOG sis'R'

Thursday, June 28, 2012

Tom & Jerry Part 2 > Episod sedih Tom mati...

Assalamualaikum...

Hari tu aku ada crite pasal muqadimmah Tom & Jerry kan...bagi yg tak sempat membacanya boleh le tengok kat sini

Sejak dia tinggal kat umah aku, dia ni makin lama makin aktif..tak padan yg kecik, kejenye dok kacau Jerry...berkejor-kejor dalam umah sebab Jerry kena kacau dek Tom..Tom ni plak tak reti bahase..(mmg le kucin mana nak retinye kan..haha)asik dok kacau abg dia sampai mgamuk la abg dia tu . Jerry siap gigit2 dia sbb geram..!!
first day bawak balik umah...
Makin beso si Tom makin nakal, maklum la dah pandai melompat. bulu dia tak panjang sgt tapi ekor dia cukup panjang.. nakal dan sgt aktif..suka gigit kaki org..pendek kata, tak leh diam ler...tido je baru dia diam...aku terhibur juga le dgn si Tom ni walaupun dia slalu kena marah sebab suka gigit aku...
Bila bab makan...cukup gelojoh...nampak sgt beza cara dia mkn dgn Jerry yg bersopan santun tu,.haha..kalo bagi  ikan rebus satu sorg(boleh ke pakai sorg ni...aduii!!) Jery baru setengah dia dah abis..pas tu siap nak kaco Jerry punya ikan plak..ikan rebus tu sekali sekala boleh le bagi..kekdg jemu jgk dema mkn makanan beli tu...

Suatu hari , aku ngan mr hubby, pi berehat sambil bercuti tepi laut utk satu malam. Oleh sebab sehari semalam je tinggal so kami biar je Tom n Jerry kat umah..Biasa kalo lebih dua ari kami hantar ke nursery jer (mcm baby plak ye..) tapi si Tom tu letak dalam sangkar yg siap ngan pasir, makanan dan minuman dia. Tak leh biar dia di luar sebab dia akan sepahkan rumah dgn memanjat dan melompat kat mana2 dia suka..Jerry dok bebas kat dalam umah je..
dah besar
Esoknya kami pun balik la ke rumah...Terus keluarkan Tom yang dalam sangkar tu...nampak dia lemah sikit. Masa tu aku pelik gak nape la Tom ni tak melompat kuar mcm biasa...lemah je dia berjalan keluar sangkar...then aku biasa la naik atas kemas2 barang... Mr hubby dah bagi ikan rebus kat Tom n Jerry tu...Masa aku kat atas Tom berjalan naik tapi tak la berlari mcm biasa..terus dia baring kat tepi dinding bilik...

Aku bukak balkoni, dia kuar kejap then dia masuk...masa tu aku nampak mcm basah2 je tempat dia duduk tu...sakit perut kot!! Mungkin keracunan air kot...Aku pun  bagitau mr.hubby...oleh sebab hari Ahad, klinik haiwan tutup..tak leh nak bawak la.. so aku pujuk la si Tom ni sambil usap2 bulu dia cakap nak bawak dia klinik esoknya...
comel kan!!
Dalam kul 8.00 mlm kami keluar makan...Tom masa tu dah turun, dia baring pulak kat depan bilik air bawah..kesian pulak tengok dia...bagi makan tak nak makan pulak...tapi muka dia biasa je..tak pucat pun..tapi tak aktif la...Aku usap dia lagi pujuk dia esok bawak dia gi klinik...Tom tengok je muka aku masa tu...then kami keluar la...

Lebih kurang sejam lebih kami pun balik umah...sampai umah aku terus tengok Tom. Masa tu Tom dah terbaring dengan kepalanya kat lantai..aku rasa2 badan dia dah sejuk...dan keras...Whuaaaaa....aku nangis! Tom dah mati!!..Jerry tengok je dari jauh...sedihnya hati aku..baru kejap tadi dia tengok aku...mungkin lepas je aku keluar dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir....sebab tu badannya dah keras masa aku balik...berjurai-jurai air mata aku jatuh...hukhukhuk..
alahai rindunye kat kamu...
Malam tu jugak mr hubby beli cangkul kat kedai hardware. Nak tanam Tom..takkan nak buang kat tong sampah pulak kan...tak sampai hati uuu.. So mr. hubby dengan nephew aku yang kebetulan datang umah kami cangkul la tanah depan rumah kami yang betul2 sekangkang kera tu. Nak tanam kat seberang jalan tu tanah keras berbatu...sambil tu air mata aku tak henti mengalir..

Yang jadi lucunya..masa mr hubby cangkul tu dalam kul 10.30 malam kot. Aku nak tengok pengebumian Tom juga.  Masa mr hubby ngan nephew gali lubang kat situ, mr hubby suh aku masuk umah..tau sebab apa? dia kata  nanti orang  ingat kami tanam orang ke, baby ke.....ada ke macam tu...hehehe lucu pun ada!

Akhirnya Tom selamat disemadikan...tinggal lah Jerry sendirian dgn kami...Esoknya aku nangis lagi terkenangkan Tom..terima kasih kerana menceriakan hari-hari aku...hukhukhuk..

Begitulah episod sedih kisah Tom....sehingga sekarang aku tak nak amik kucing lain lagi...takut sedih macam ni....walaupun begitu..Jerry sentiasa ada di sisi.....
Jerry...ni pun boleh tahan nakalnye..



>>>Sebenarnya haiwan ini sangat memahami tuannya dan suka dimanja-manjakan...mcm manusia juga! Orang yang tak suka haiwan dok diam2 ok!...


>>>entry ni dah lama sangat draf  tapi baru ari ni publish sebab tiba-tiba teringatkan Tom...

Sunday, June 17, 2012

Jerebu Memburuk

Assalamualaikum...

Itu tajuk berita utama semalam...bacaan indeks pencemaran udara tinggi terutamanya kat Klang dan Shah Alam.. Kualiti udara sangat tidak sihat. Aku yang dok berhampiran Shah Alam pon dah rasa cuaca buruk ni..Pagi-pagi semalam bangun dah gelap semacam...rupa-rupanya jerebu tebal...
ambik kat google jer..
Biasalah time panas ni mulalah dengan pembakaran hutan kat tanah seberang..dan dibawa angin monsun barat daya ke pantai barat semenanjung...ceyyywahh dan mcm ahli kaji cuaca pulaks..Itulah faktanya kan..kalo salah betulkan okey!!
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Sumber :wikipedia
Pepagi tadi bangun rasa sejuk pulaks..tengok kat luar golap jugak tapi macam lepas hujan...huhu patut ler...tengok jalan raya basah...hujan malam tadi agaknya..menjelang  tengah hari cuaca nampak agak  clean and clear, matahari pun memancarkan cahayanya. Alhamdulillah...kering kain aku hari ni ..hehehe..
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPUKualiti udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak sihat
201 - 300Sangat tidak sihat
301 - 400Berbahaya
401 - 500Sangat berbahaya
Lebih 501Darurat
Sumber : wikipedia

Pada aku..semua kejadian ni hanya dengan kuasa Tuhan...kekadang aku marah juga bila orang tak puas hati mengeluh pasal panas panjang salah..asyik hujan marah...jerebu marah...kejap hujan kejap panas marah...bila la kita rasa bersyukur ye? Aku pon kekadang ada gak rasa macam tu hhee tapi cepat-cepat la kita beristifar....siapalah kita kan??

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
sumber : wikipedia

Semua kejadian ini hanya ada hikmah di sebaliknya...cuma kita manusia hanya boleh berdoa agar negara kita dan rakyatnya sihat dan selamat supaya dapat sama-sama menjaga alam ini. Semoga dijauhi bencana alam...

Itu jer la..sekian..


>>>>sekadar berkongsi info.....sebab....tetiba jer terbit rasa simpati pada alam....


Sunday, June 10, 2012

Catatan@Sabah Siri 5

Assalamualaikum...
Nak baca siri 4 di sini

Kita sambung lagi ye...harap-harap ni entry terakhir  pasal Sabah...

3 Jun 2012

Pagi-pagi lagi aku dah bangun...dan bersiap-siap. Pastu packing barang untuk terus check out. Walaupun flight lewat petang nanti tapi kami dah plan nak ke beberapa tempat lagi...Jam 0800 pagi kami turun untuk breakfast dan terus ke kaunter untuk check out.

Tak lama menunggu, Najib pun datang.. pagi ni dia nak bawak kami ke Pasar Tamu Gaya Street...tempat ni macam orang kata pasar karat ler...terdapat dua lorong dan kiri-kanan penuh dengan gerai-gerai jualan...Masa kami tiba kat sini orang sangat ramai..nak lalu pun susah. macam-macam ada dijual termasuk mutiara (lebih murah), pakaian, cenderamata, makanan, haiwan pun ada dan macam-macam lagi ...sesak sangat kat sini..Harga lebih murah dan boleh bargain lagi...sempat juga la aku beli biskut cincin dan t shirt untuk anak-anak buah...nak menghabiskan dua lorong ni boleh makan hampir 2 jam..itu pun tak banyak tempat yang singgah..
masuk kat lorong tu
sesak dengan orang

antara yang dijual
kuih cincin, terkenal di sana

mutiara lagi....dan lagi..
Dari situ kami ke pintu gerbang Jeselton Point...saja nak bergambar untuk kenangan..kawasan ni sangat cantik..maklumlah kawasan jeti dan pelabuhan..Time ni la pulaks camera aku buat hal..lense dia problem...gambo-gambo seterusnya semua guna handphone jer sabo jer la...huhuhu



sejarah Sabah ada di sini


Kemudian, kami terus ke Bukit Bendera..(wahh..nama macam kat Penang pulaks!) Kawasan ni lebih tinggi..dari atas bukit ni kita boleh melihat keseluruhan bandar Kota Kinabalu dan pemandangan laut yang sangat cantik...Kejap je kami kat sini sebab kami nak ke Tamparuli...
dari Bukit Bendera

Perjalanan ke Tamparuli  tak sampai satu jam. apa ada kat situ? tempat yang nak sangat aku tengok iaitu...Rumah Terbalik! Nak masuk ke dalam rumah ni dikenakan bayaran sebanyak RM10. tengok la gambar-gambar ni...




Rumah terbalik ini direka oleh arkitek Filipina. Owner dia orang Sabah juga la..Baru dibuka pada bulan Mac baru-baru ni. Masa ni pelancong sangat ramai...kami terpaksa menunggu hampir sejam hanya untuk masuk ke rumah ni. Nak masuk ke dalam rumah ni tak boleh ramai-ramai pasal ruang yang terhad..mungkin sekali masuk dalam 10-15 orang..Sebab nak tengok sangat apa yang ada kat rumah tu...tunggu juga la...

basikal pun terbalik
Dalam rumah ni tak dibenarkan amik gambar..so yang aku boleh ceritakan..semua barang-barang dalam rumah ni terbalik..dari set sofa kayu, meja kerusi,mesin basuh, katil dan yang paling berat ialah sebuah mesin jahit lama..semua barang ni  tergantung kat atas..yalah dah terbalikkan...hehehe..dah nak keluar rasa macam pening pulaks...mungkin sebab tengok barang-barang terbalik tergantung kat atas kepala kot. kat halaman rumah ada sebuah keta perodua kancil terbalik....good idea! jadi tarikan pelancong gitu.
nasib baik toilet dia tak terbalik..
pasal ini toilet awam di luar daripada rumah ni..

Keluar dari situ..Najib bawa kami ke Jambatan Gantung Tamparuli.....wahhhh! excited pulaks nak pergi pasal selalu dengar lagu sabah ni kat tv dan radio kan. Tempatnya tak jauh dari Rumah terbalik tu..sampai je kat situ...aku dah nampak jambatan ni... tinggi! Turun keta aku terus ke jambatan ni...panjang juga la.Kat bawah tu ada sebatang sungai yang tenang airnye...ada buaya ker??? huhuhu.. Sempat la aku bergambar kat sini buat kenangan....tapi sign board dia tak de kat sini...ada papan tanda masuk jer tu pun jauh...Masa kat jambatan ni, ada juga la penduduk kat sini guna jambatan ni untuk ke seberang..

jalan perhubungan penduduk

Selesai di situ, kami menuju ke KK..dalam perjalanan kami singgah untuk lunch kat restoran seafood..wahhhh....banyaknya udang besar-besar..ada lobster lagi..huhuu...dah buat pesanan, kami terus cari tempat yang sesuai..tempat ni atas bukit..kat bawah dia boleh nampak kolam ternak ikan dan udang berdekatan laut....lama menunggu aku solat dulu sini..alah..kesian tempat solatnya sangat kecik dan kurang bersih! tapi masih boleh solat kat situ..Tak sempat tengok decorasi makanan sebab masa aku tiba kat meja makan..mr hubby dengan Najib dah makan dulu..
lobster RM110/kg

restoran ni halal tau!!
Sekarang dah hampir pukul 3.30pm..kami beredar...perut pun dah kenyang. Tempat terakhir yang kami pergi ialah di Karambunai!  Ika kata tempat ni paling cantik...teruja jugaks! Dah pukul 0400 petang masa ni..Masuk kawasan ini betul-betul buat aku teruja...sangat cantik kawasannya..pantainya yang luas dan landai serta pasirnya yang sangat halus. Kat kawasan sekeliling tu pun dipelihara dengan kolam dan tasik serta keindahan yang memukau! kalo nak tengok sunset..kat sini la paling cantik uuu  ewahhh... betul-betul membuat aku jatuh cinta kat tempat ni...hotel yang ada kat sini pun 5 bintang uuu...tak tau la satu malam di caj berapa kat sini...confirm mahal! Jom layan gambar kat sini..







Sebelum ke airport, Najib bawak kami ke rumah keluarga dia. kami jumpa mak ayah dia kat rumah..kejap jer singgah.. itu pun nak ambik udang beku yang kami beli semalam.. Pastu Najib hantar kami kat airport dalam pukul 0520pm...terus check bagasi dan boarding...

Oh ya...lupa pulaks..kalo sapa-sapa nak ke sana bolehlah contact Najib(0165888440) atau kat facebook dia 'Azif Lamit'. Ni gambar dia hehehe...Nampak rock tapi dalam hati ada jelly..wohaaahaa.. baik budak ni tau! hahaha.....promo untuk dia...Terima kasih banyak-banyak Najib!!

Flight lewat hampir sejam..Dalam kul 0720pm baru berlepas..Hampir jam 1100mlm baru tiba kat rumah...Alhamdulillah selamat semuanya..Terima kasih Ya Allah!!!




>>>>>>>>akhirnya selesai juga...terima kasih kepada yang sudi membaca..

Catatan@Sabah Siri 4

Assalamualaikum....
Ikuti catatan siri 3 di sini

Kita sambung cerita lagi ye masih hari kedua...

Masih rasa terbuai-buai bila berpijak di tanah besar ni...Alhamdulillah selamat... tadi sebelum naik bot pemandu bot tu bagi life jacket yang baru..tak basah ler...yang dok nyelam2 tadi tu dah tak leh pakai dah...
So..dah mendarat ni...kami terus kat Pasar Filipina..namanya gitu pasal sebahagian besar peniaga kat situ orang Filipina...Kata Najib, banyak sangat orang Filipina kat Sabah ni...yang tak der pasport pun ramai.Kat pasar tu jer peniaga ni dah ada macam persatuan sendiri yang mempunyai ketua.Kiranya ketua ni la yang menjaga kebajikan mereka kat sabah..ye ke tidak, itu Najib punya cerita.....ye lah dah dekat ngan negara tu kan....nak masuk pun senang pasal kat sini banyak pulau..

Ni la Pasar Filipina..berdepan dengan jeti yang
kitorang naik bot tu.. Ruang lapang tu adalah gerai
makanan pada waktu malam..time ni tutup ler..
Masuk je kat dalam tu...wahhhh banyaknye mutiara...daripada gelang, rantai,brooch, butang baju melayu dan macam-macam lagi....rambang mata beb! Tiap kedai yang aku pergi harga dia lebih kurang sama cuma kena pandai bargain juga la kalo nak beli banyak...dekat tag harga punya la mahal giler-giler  tapi bila minta kurang boleh dapat lebih separuh daripada tu....caya tak? maknanya memang murah ler...tapi orang kata time-time cuti sekolah ni harga naik mendadak...tak tau la sebab kita bukan orang sini kan. Mutiara ni ada yang air tawar dan air masin..yang air masin tu mahal sikit la..nak bezakan pon aku tak tau..hehehe.moh layan gambar ni....
rantai ni siap dengan loket dan  gelang dia sekali..
rasanya dalam RM70 kot kalo tak silap
rambang mata tak??
gelang tangan
Kat pasar ni  mutiara la yang paling popular terutamanya kalo pelancong dari Semenanjung..Ika kata orang Sabah tak pandang pun benda-benda ni..hehehe...kat kedai-kedai tu bukan mutiara jer yang dijual...ada juga barang-barang kraftangan masyarakat Sabah lain macam tudung saji kecil, fridge magnet, key chain, ukiran kayu dan macam-macam la...Sempat juga la aku  beli untuk diri sendiri dan  buah tangan sebab  esok dah nak balik dan takut  tak sempat nak menyopping...


Dah dekat jam 0130pm ni...masih belum lunch..perut dah lapar..najib kata makan kat Penampang jer la sebab kat situ ada Pusat Kebudayaan Sabah macam Kampung Budaya juga ler...dia takut tutup...Perjalanan ke sana ada satu jam kot....

Sampai jer kat dewan tu...dengar bunyi gendang...tengok kat depan dewan tu ada keta orang kawin..ni majlis kenduri kawin kot...parking jer kat situ dan tengok depan dewan..Memang confirm ada majlis kahwin...kalo tak malu masuk jer makan...hehhee..tak la.. Najib kata kat dalam tu ada bilik pameran pakaian tradisional Sabah dan tiap-tiap hari akan ada persembahan tarian kebudayaan di situ,... agaknya pagi tadi kot selesainya...tak der rezeki lagi....
Dewan Kebudayaan Sabah di Penampang
Kat depan dewan tu terletaknya Kampung Budaya Sabah. Kat sini ada banyak rumah-rumah tradisional  suku kaum yang terdapat di Sabah ni. kebanyakan rumah dibina daripada kayu, rotan dan buluh...Masa kami masuk ni...tempat ni under renovation....see....tak der rezeki lagi kan...aku hanya sempat ambik gambar beberapa buah rumah saja...kamera dah kehabisan bateri..yang ada ni aku guna handphone jer....hahahaha....ya nasib!!
Rumah Tradisional Murut
Rumah Tradisional Ranau


Kami cari juga kot-kot ada restoran kat sini tapi tak der yang menarik perhatian..Najib kata makan kat Tanjung Lipat jer...so perjalanan ke KK diteruskan...perut macam dah masuk angin jer...Akhirnya kami sampai ke medan selera Tanjung Lipat...tepi laut ...Kawasannya berangin dan sangat cantik kerana pantainya sangat landai. Kat sini banyak gerai menjual makanan laut dan sangat happening pada waktu malam sebab ramai orang....Dari sini kita boleh lihat bangunan yang menjadi kebanggaan orang sana..Yayasan Sabah!
Tanjung Lipat...di sana ialah bangunan Yayasan Sabah

Gerai makanan seafood tepi pantai Tg Lipat
Masa ni jam menunjukkan hampir pukul 0430pm.Sementara menunggu makanan tiba aku ke tepi laut...air sedang surut...tapi sayang seribu kali sayang..pantai ni sangat kotor dengan sampah sarap ....hati ni betul-betul sangat geram tengok pantai yang sangat-sangat kotor.  Plastik pembungkus makanan penuh kat situ..time air pasang memang la tak nampak...tapi time air surut ..ohhhhh...malu menengoknya..betapa manusia tidak menghargai alam!!!

Selesai makan kami terus balik ke hotel untuk mandi dan solat. Pukul 0830 malam kami keluar untuk dinner pulaks...tapi sebelum tu Najib bawak kami ke pasar malam Kampung Air...tau apa ada kat sini? Banyak jualan mutiara yang lebih murah harganya dan lagi banyak pilihan..lebih cantik dari kat pasar filipina tu...aku rambang mata lagi!!! kalo aku tau aku beli kat sini jer..sempat juga la rembat benda-benda tuh! Tak habis pusing pun kat pasar malam ni...tempat ni macam kat Chow Kit ler...Si Najib tersengih-sengih tengok aku rambang mata...nape la dia tak bagitau kat aku sini lebih murah...aduiii hai Najib oii!
Pasar malam Kampung Air

Pastu kami terus cari tempat dinner...malam ni kami makan seafood..Si Najib silap dengo..mr hubby kata seafood..dia ingat steamboat...huhuuhhu..dah sampai oder jer la...Boleh tahan la makanan kat sini...RM27/pax..ambik ler selagi boleh. tapi perut ni tak leh nak masuk banyak-banyak..pasal lunch tadi udah lewat bah!
steamboat

Selesai dinner kat situ...maka kami pun balik la ke hotel. Hantar Ika kat umah kawan dia pasal gate UMS akan  tutup pukul 11.00pm..ada 10 minit lagi tapi Ika malas nak bersoal jawab dengan guard tu...Naik jer hotel..berehat dan zzzzzzz....esok nak balik flight kul 0630pm..nak packing barang pun malas..esok lah!

Sebelum balik esok ada beberapa tempat menarik lagi kami nak pegi...tunggu sambunganya ok...


>>> bilalah nak abis cerita Sabah ni ekk?? harap2 dapat selesaikan esok sebelum tugasan bermula minggu depan.....alamak, dah abis cuti rupanya..!