BLOG sis'R'

Thursday, June 7, 2012

Catatan@Sabah Siri 2

Assalamualaikum...

Kita sambung cerita ye...nak baca siri 1 klik di sini

Masih hari pertama di negeri di bawah bayu ni.....dari Kundasang kami meneruskan perjalanan ke Poring..jalan raya agak sibuk juga...kata Najib, puncanya adalah kerana perayaan pesta kaamatan  dan cuti sekolah...laluan ini adalah laluan utama...Perjalanan mengambil masa hampir satu jam..terasa juga jauhnye...
pusat penerangan pelancong
papan tanda pejabat jer..hehe
Kami tiba di Poring( salah satu Taman Kinabalu) dah agak lewat kira-kira jam 0530pm...kawasan hutan beb...dengan cuaca yang tak mengizinkan dan hujan renyai2..menjadikan kawasan ini agak gelap..Tarikan utama di sini ialah Poring Hotspring...Kat situlah kolam air panas dan tempat mandi..Nak masuk kat sini kena bayar RM3.00. Dah beli tiket kat kaunter..staf tu kata sampai jam 0600 sahaja!..bila nak masuk tak de orang jaga pulak..tak bayor pun tak pe kot..hehehe..Masa kami sampai tu ramai jugalah pelancong tengah mandi.
Poring is a small tourist resort in SabahMalaysia. Located 40 km south-east of the Kinabalu National Park Headquarters, in the district of Ranau, Poring is situated in lowland rainforest, contrasting with the montane and submontane rainforest of Kinabalu National Park. The name Poring comes from a Kadazandusun word for a bamboo species found in the area.
Poring is known for its hot springs and the popular recreation and tourist complex is known as Poring Hot Springs. The springs are known for their therapeutic properties and the waters with their sulphuric minerals are reputed to ease aching muscles. The baths are favoured by returned climbers of Mount Kinabalu.
>>>source : wikipedia
tiket nak masuk kat kawasan rekreasi tu..RM3
Kepada sesiapa yang nak ke sini elok pergi pagi-pagi sebab kat sini banyak tempat yang boleh kita explore. Bagi pencinta alam..tempat ni sangat sesuai kerana hutannya masih terpelihara! Ada jambatan gantung(jambatan ni yang orang panggil 'Titian Kanopi ..laluannya sepanjang 157.8m dengan ketinggian 41m) ..Kebun kupu-kupu..Gua Kelawar, Air Terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan...

Oleh kerana tak dapat explore tempat ni...ni ada info untuk korang yang aku ambik dari wikipedia....
  • Butterfly farm
Borneo's first butterfly farm features a garden, nursery and hatchery for the purpose of research, education and the conservation of endangered species.
  • Poring Orchid Conservation Centre
With 1,200 species of orchids found with Kinabalu Park, the centre has the largest collection of Sabah's endemic orchids.
  • Kipungit Waterfall
Kipungit Waterfall is a 30 minute walk from Poring Hot Springs. The waterfall is smaller than the Laganan Waterfall, which is a 90 minute walk from Poring Hot Springs.
  • Tropical Garden
Mousedeer and other deer are exhibited with colourful birds in the aviary.


  • Poring Canopy Walkway
Visitors can stroll amidst the canopy of the Menggaris tree - the King of the Forest. The Walkway is 157.8m long and 41m high.











Aiseyyyyman...tak berpeluang nak explore tempat ni sebab dah petang sangat...tambah kat sabah ni kul 0600 kira dah senja dah...kesian aku!

tengok jarak tu..tak jauh pun dari pintu masuk
salah satu air terjun...sory la golap skit!
Kat dalam tu juga ada sebuah kolam semula jadi yang sangat panas airnya...berasap-asap aku tengok! tapi kawasan ini dipagar rapi mungkin sebab faktor keselamatan..Air Terjun kat sini adalah antara yang tertinggi di Asean(kalo aku silap..org Sabah tolong betulkan ok!) Najib ada bagi tau berapa KM tinggi air terjun ni tapi aku udah lupa...

kolam air yang sangat panas tu..ada info kat situ..lupa suda...
Tak banyak yang dapat diteroka kat sini sebab dah hampir malam...sayang sekali...kena balik pulaks!..
Sempat la aku bergambo kat sini...Ada juga gerai2 jualan cenderamata kat sini dan beberapa buah gerai makan...gerai jualan kat sini lebih mahal tau....fridge magnet jadi RM8 satu..kalo kat KK RM10 boleh dapat 3 tau!!..So nak beli kat mana pilihan anda??..tapi ye lah kawasan ni kira pedalaman kan memang mahal ler...ok jom layannnn gambar....

tempat mandi....tak panas sangat airnya

salah satu gerai cenderamata kat situ....mahal!
Perjalanan balik ke KK bermula...hari dah gelap..cuak juga la..Najib memang xpert la bwk keta dengan keadaan jalan raya macam tu..tak la teruk pun....maklumlah tempat dia....tapi dia tak la drive laju2 bila bawak pelancong..hehee..Dalam perjalanan, kami singgah di Kundasang...berhenti minum..masa tu azan maghrib dah..aku dah niat solat jamak akhir kat hotel jer..badan dah melekit!

Kat sini kami singgah kat gerai2 jualan kat tepi jalan...banyak gerai2 menjual sayur-sayuran segar dari ladang , buah-buahan, bunga dan hasil kraftangan Sabah...harga yang ditawarkan boleh tahan jugalah tapi kena pandai bargain juga....
otw back...gerai jualan kat Kundasang

buah salak banyak sangat kat sini


Gunung Kinabalu oh Gunung Kinabalu!!
Tak sempat nak melawat Kundasang War Memorial Park dan ladang teh Sabah sebab dah malam...emmm..sedeyyyyy lagi!!! Memang tak puas explore Kundasang ni..Ingat!!! sangat penting...kalo korang nak pi Kundasang ni mahu ambil satu hari...pergi pagi dan petang dah boleh balik...huhuhu...ni ambik gambar kat mr google jer untuk pengubat hati..waaaaahahaaaa..

by mr google 
Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota KinabaluSabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.
>>>source : wikipedia
ambik daripada mr.google jer...huhuhu sedeyyyy...
Perjalanan ke KK diteruskan...Najib sibuk bercerita tentang suku-suku kaum di Sabah ni...kebanyakan yang dia cerita tentang ilmu yang suku-suku kaum tu amalkan terutamanya yang tinggal kat pedalaman..menakutkan jugak la....mana taknya ada musim penggal kepala bagai......heeee seram aku..banyak jugaklah info yang aku dapat...sampai di KK dah dekat pukul 0900 malam..terus ke restoran...lapar weh....

Aku lupa pulak nama restoran ni tapi area berdekatan dengan Sinario Cafe tu la kat 'Alamesra' berhadapan dengan 1Borneo..orang sangat ramai kat restoran ni..kata Najib..sume tu bukan orang KK..semua dari daerah2 lain di Sabah termasuk Brunei...orang Brunei memang suka datang KK ni..kalo hari minggu dorang yang memenuhkan KK....itu kata Najib ler..

Selesai makan...terus balik hotel..tingkat 15...baru nak check in..whoho..tapi tak de tingkap nak tengok pemandangan keluar....tapi  hotel ni sangat2 selesa....ada iron dgn board dia lagi..apa lagi mandi solat dan.zzzzzzzzzzzzzzzzzzz lah..kepenatan!
Sambil tu boleh tengok gambar yang sempat aku ambik sepanjang jalan...layannnn...

suka sangat gambo ni...
UMS 
masjid ni macam kat highway nak ke KLIA ....

Plan esok nak pegi 3 buah pulau ...pulau apa ya?? Nak tau? Pengalaman yang sangat mengujakan dan mencemaskan! Best giler tau.....

>>>>Tunggu next entry...penat tau nak ingat balik..hehehe..



6 comments:

  1. sedapnya buah salak... musim salak ke kat sana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kot..pasal tiap kedai ada jual salak..saya tak beli pun.hehhee

      Delete
  2. wow.. bestnye.. dh lama x p jln2 mcm tu... salam kenal...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih singgah di sini..salam perkenalan juga...

      Delete
  3. rugi jugak ye kalau sampai lewat kat sana.Kenapa tak tido sana jer?

    ReplyDelete
  4. kejar masa dik..tiga ari jer. tu pun tak puas hati pasal banyak tempat tak pergi huhu..

    ReplyDelete