BLOG sis'R'

Saturday, June 9, 2012

Catatan@Sabah Siri 3

Assalamualaikum....
Siri 2 klik di sini

2 Jun 2012
cantik tak??
Pagi-pagi lagi aku dah bangun...frust betul tak dapat tgk pemandangan kat luar..konon-konon nak amik angin ler pepagi nih!! kul 0630am dah terang benderang kot..tak nampak kat luar..kami bersiap-siap...
hari ni pakai track suit dgn t shirt lengan panjang dan bubuh sunblock kat muka tebal-tebal. Nak pegi pulau le katakan..kononnya takut hitam ler tu...hehehe

Jam 0745 kami dah turun untuk breakfast kat tingkat 5..wahhhh...cantik betul ruang makan dia!....masa ni orang tak ramai lagi. Mungkin pagi beno kot..macam-macam makanan yang ada...pepagi sangat mana mau  nye perut aku makan banyak-banyak..mr hubby pun gitu...so untung la  hotel tu kan..hehhehe...
sangat-sangat selesa.. 
decorasi yang sangat cantik
Dalam pukul 0830am Najib dah tunggu kat bawah...terus naik keta menuju ke UMS ambik Ika..dia nak ikut.Then terus ke Jeselton Point KK.Kat sini merupakan kawasan jeti feri dan  pusat pendaratan ikan..banyak bot-bot nelayan kat sini..berdekatan sini ada Pasar Filipina..waaa..tempat shopping mutiara tu!!! sabo ehhh...gi pulau dulu...berhadapan pasar inilah bot ke pulau dah stand by..kami dah booking semalam. Kat sinilah mr hubby terserempak dengan kawan dia..so kami naik bot sama-sama....sebelum tu sempat jugalah bergambo...cantik sangat kat sini dengan tiupan angin gitu!
bot kecek tu la yang nak membawa kami menongkah arus!!
@Jeselton Point
Sebenarnya dalam hati riso jugak nak naik bot ni...ye lah dah lama sangat tak mengharung air laut...dah siap2 pakai life jacket, bot pun mula menuju ke pulau...Kat sini ada 5 buah pulau yang biasa orang pegi. Tempat-tempat  ni dinamakan Taman Laut Tunku Abdul Rahman..iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan,Pulau Mamutik, Pulau Sulug dan Pulau Gaya...Satu bot boleh naik dalam 6 ke 10 orang kot...satu pulau RM25 seorang.. Kami sewa bot tu untuk 3 pulau RM250..Mahal tak? kalo ramai pi sekali dah kira murah ler tu...
Boleh senyum lagi..tak tau ada ombak ganazzz tu...
Pemandu bot ni orang filipina kot ..dengar cara dia cakap tu.Dalam perjalanan tu dia kata ombak tengah kuat sekarang...hahahha riso pulaks! tapi kuatkan semangat...tempat pertama kami nak pegi ialah Pulau Sapi..nak ke pulau ni ada dalam 15 ke 20 minit kot...huhu terasa lama sangat sebabbbbbb.....ombak yang sangat kuat! tambah kami menentang ombak...rasa nak terbalik bot tu. Ombak tinggi ..lebih tinggi dari bot kecik tu...huhu kome bayangkan la...menjerit2 kami kat dalam bot tu...pemandu bot tu rileks jer...laju plak tu...sempat dia kata...ini ombak rindu! Ombak rindu apa.. ombak ganazzz ader!

Bila tengok bot lain yang nak pi tempat yang sama..terbuai2 jer bot tu..macam tu la kami...si Najib yang biasa dengan laut tu pun nampak cuak! ngapa bah? Rasanya macam meluncur kat laut dengan ombak besar jer....dalam hati tak henti berdoa agar kami selamat....masa ni tak der can nak pegang camera bagai ..nak snap gambo ker...sorry ya...silap gaya kita boleh tercampak kat dalam laut tu. Kalo bawak budak kecik kena pegang kuat-kuat...hentakan dan lambungan ombak betul-betul mencemaskan!....Belum sampai pulau kami dah kuyup....huhuhu...Pemandu bot tu kata time ni memang angin kuat dan tengkujuh...kalo nak pi pulau dalam bulan September, Oktober dan Disember...nampaknye kami dah silap pilih tarikh rupanya...tapi waktu ni yg aku free pon..
tiap-tiap pulau ada papan info ni
caj yang dikenakan kepada pelancong yang masuk ke pulau 

pintu masuk setiap pulau...kena bayar tol RM3 baru boleh lepas  pegi pantai
Sudah hampir 20 minit bertarung dengan ombak besar kami pun tiba kat Pulau Sapi...Nasib kami sume tak mabuk laut..Alhamdulillah!... dalam hati mula ingat mcmana nak gi pulau lain lagi...bertabah la wahai hati! Kami pun menjejak jeti...setiap bot dikenakan bayaran..tak tau pulak berapa.Itu pemandu bot yang bayor..kita yang nak masuk pulau ni dikenakan bayaran RM3.00 seorang..setiap pulau tau! Aku rasa sangat2 happy dan takjub dengan kebesaran Allah...cantik sangat pulau tu! Masa tu dah ramai pelancong  kat situ..Aku dengan ika dah plan nak snorkelling...mr hubby siap tempah alat tu tapi dia tak teringin pun nak snorkelling...Aku pun bukan reti sangat guna snorkel ni..dah lama tak buat keje-keje  ni..
cewahhh..gaya lebihhh..
Rupanya pulau-pulau kat sini dijadikan tempat badan-badan koporat, kerajaan dan swasta serta orang awam yang nak buat gathering...tempat makan disediakan di tepi-tepi laut tu...kebanyakan pulau ada ruang itu....Kat sini baru ika kata..dalam fb ada orang share pasal ombak kuat kat Laut China Selatan..tapi sampai pukul 0600am jer...tak sangka ombak kuat lagi masa kami pegi tu..
laut nampak tenang tapi ombak tu kuat..
Aku dengan ika terus turun ke laut...huhhhh dah sekian lama tak mandi laut uuuu .Malang bagi kami ombak sangat kuat...jadi kami hanya boleh menyelam kat tepi-tepi pantai  jer...bila nak nyelam jer..ombak bawak ke tepi...tak sempat nak tengok apa-apa...kesian kami! tertelan juga la air Laut Cina Selatan ni...perit rasa tekak..main-main pasir dengan rumpai laut...ika kata rumpai laut ni orang Sabah buat masak tumis pedas! emmm bagus juga ya..
rumpai laut
Dalam 45 minit juga kot kami kat pulau tu....dan tiba masanya ke Pulau Manukan....dah siap pesan kat pemandu bot tu jangan bawak laju-laju...macam trauma pulaks!! hehehe tak de la..cuma takot jer...hahahaha...dari Pulau Sapi ke Pulau Manukan tak jauh...dalam 10 minit kot...ombak pun tak la kuat sangat..kali ni rileks sikit....

jeti Pulau Manukan
Tiba di Pulau Manukan..kami terus ke jeti....kat jeti tu aku dah nampak banyak ikan...laut dia lebih cantik dan jernih daripada Pulau  Sapi..dari jauh dah nampak kejernihan laut kat situ...Subhanallah! cantik sangat! masuk jer kat jeti tu dikenakan bayaran Rm3.00 seorang...aku dengan ika apa lagi terus pi snorkelling kat tepi pantai tu...tapi ombak masih kuat juga....tak dapat nak menyelam lama-lama....tapi boleh la nampak anak-anak ikan berkumpulan macam kistal kat dasar laut tu...huhuu..cantik walaupun nampak ikan kecik jer...itu pun kami berpaut pada tali kat bola-bola air yang dorang letak kat tepi pantai tu...kalo tak berpaut confirm kena tolak ombak ke tepi pantai.....


kat depan tu la Pulau Mamutik
pasir pantai yang sangat halus dan cantik
Pulau Manukan ni banyak ikan macam-macam bentuk dan warna...sayang tak dapat pi jauh sikit dari pantai...kalo laut tenang kita boleh nampak macam-macam ikan lagi...ya nasibbb!.. tak lama kat situ kami terus ke jeti untuk ke Pulau Mamutik...sementara menunggu bot sampai aku tengok banyak sangat ikan kat jeti tu...mau jer aku terjun kat situ main-main dengan ikan..tapi dah ada warning kat situ tak boleh swimming..huhu..sempat aku dengan Ika turun kat jeti paling bawah...pi benam muka aku untuk snorkelling kat tepi jeti tu...
macam dalam akuarium kan!
Subhanalllah...cantik macam kat dalam akuarium jer..tapi kejap jer boleh tengok pasal kena halau dengan penjaga jeti kat situ...dia kata bahaya pasal bot kuar masuk kat situ...tapi merasa juga la tengok ikan cantik-cantik kat situ...walaupun kejap jer tapi Tuhan yang tau bertapa hati ini sangat gembira yang sukar dgambarkan! Ketinggian air dari paras laut dalam 15ft..tengok bacaan kat situ la tapi  tengok macam cetek jer..sebab boleh nampak dasar laut...meh layan gambo-gambo nih...

nampak dasar laut tapi dalamnya 15ft 
kat jeti ni la aku benam kepala sampai kena halau..hehehe

Kami terus naik bot menuju ke Pulau Mamutik pulaks! dekat jer dalam 5 minit jer .Apa yang ada kat sini?..Pulau ini terkenal dengan coral dia...huhuhu...itulah orang kata...kalo pegi tak kena time...tak dapat la nak tengok apa yang sepatutnya ditengok. Pada aku pulau ni okey jugak lah tapi Manukan lebih cantik ler...dari jeti  kat situ kami dah nampak coral ..melambai-lambai dalam air. Teruja seketika! tapi area tu tak boleh pegi sebab dekat sangat dengan jeti.....masalah yang sama...ombak kuat..jadi kami tak dapat la nak melihat keindahan coral kat sini...sedeyyyyyy.....tu la aku kata...macam nak kena datang lagi jer..hehehe...

pasir pantai yang sangat halus mulus..hehehe



Kat sini kami terus membersihkan diri dan menyalin pakaian sebab plannya nak singgah kat Pasar Filipina...takkan nak patah balik..So dah siap sume kami ke jeti menuju ke Jeselton Point...harap-harap ombak dah reda la...takut pulaks baju basah..hehehe...Perjalanan balik tak der la ombak ganazz macam tadi, bot mengikut arah ombak...rileks sikit...sampai di jeti...Alhamdulillah!


Selepas ni nak ke Pasar Filipina dan Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang....
tunggu next entry ok!!!


>>>masih terasa dibuai ombak ganazzzzz tuh...nak tau... time tu aku teringat tsunami tau!!! sebab ombak lebih tinggi dari bot tu.. Betapa kuasa  Allah menjadikan ombak yang boleh memusnahkan segala-galanya.. Alhamdulillah semuanya selamat!

4 comments:

  1. bestnye.. nanti nak pergi la mandi laut ;)

    ReplyDelete
  2. memang best..TQ sudi dtg sini..

    ReplyDelete
  3. waaaa....nak mandi laut jugak...orang kata sesekali mandi laut ni elok untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  4. Yup...sesekali kena mandi laut..elok untuk kulit..tapi sunburn la pulak..hahaha

    ReplyDelete