BLOG sis'R'

Sunday, June 10, 2012

Catatan@Sabah Siri 5

Assalamualaikum...
Nak baca siri 4 di sini

Kita sambung lagi ye...harap-harap ni entry terakhir  pasal Sabah...

3 Jun 2012

Pagi-pagi lagi aku dah bangun...dan bersiap-siap. Pastu packing barang untuk terus check out. Walaupun flight lewat petang nanti tapi kami dah plan nak ke beberapa tempat lagi...Jam 0800 pagi kami turun untuk breakfast dan terus ke kaunter untuk check out.

Tak lama menunggu, Najib pun datang.. pagi ni dia nak bawak kami ke Pasar Tamu Gaya Street...tempat ni macam orang kata pasar karat ler...terdapat dua lorong dan kiri-kanan penuh dengan gerai-gerai jualan...Masa kami tiba kat sini orang sangat ramai..nak lalu pun susah. macam-macam ada dijual termasuk mutiara (lebih murah), pakaian, cenderamata, makanan, haiwan pun ada dan macam-macam lagi ...sesak sangat kat sini..Harga lebih murah dan boleh bargain lagi...sempat juga la aku beli biskut cincin dan t shirt untuk anak-anak buah...nak menghabiskan dua lorong ni boleh makan hampir 2 jam..itu pun tak banyak tempat yang singgah..
masuk kat lorong tu
sesak dengan orang

antara yang dijual
kuih cincin, terkenal di sana

mutiara lagi....dan lagi..
Dari situ kami ke pintu gerbang Jeselton Point...saja nak bergambar untuk kenangan..kawasan ni sangat cantik..maklumlah kawasan jeti dan pelabuhan..Time ni la pulaks camera aku buat hal..lense dia problem...gambo-gambo seterusnya semua guna handphone jer sabo jer la...huhuhu



sejarah Sabah ada di sini


Kemudian, kami terus ke Bukit Bendera..(wahh..nama macam kat Penang pulaks!) Kawasan ni lebih tinggi..dari atas bukit ni kita boleh melihat keseluruhan bandar Kota Kinabalu dan pemandangan laut yang sangat cantik...Kejap je kami kat sini sebab kami nak ke Tamparuli...
dari Bukit Bendera

Perjalanan ke Tamparuli  tak sampai satu jam. apa ada kat situ? tempat yang nak sangat aku tengok iaitu...Rumah Terbalik! Nak masuk ke dalam rumah ni dikenakan bayaran sebanyak RM10. tengok la gambar-gambar ni...




Rumah terbalik ini direka oleh arkitek Filipina. Owner dia orang Sabah juga la..Baru dibuka pada bulan Mac baru-baru ni. Masa ni pelancong sangat ramai...kami terpaksa menunggu hampir sejam hanya untuk masuk ke rumah ni. Nak masuk ke dalam rumah ni tak boleh ramai-ramai pasal ruang yang terhad..mungkin sekali masuk dalam 10-15 orang..Sebab nak tengok sangat apa yang ada kat rumah tu...tunggu juga la...

basikal pun terbalik
Dalam rumah ni tak dibenarkan amik gambar..so yang aku boleh ceritakan..semua barang-barang dalam rumah ni terbalik..dari set sofa kayu, meja kerusi,mesin basuh, katil dan yang paling berat ialah sebuah mesin jahit lama..semua barang ni  tergantung kat atas..yalah dah terbalikkan...hehehe..dah nak keluar rasa macam pening pulaks...mungkin sebab tengok barang-barang terbalik tergantung kat atas kepala kot. kat halaman rumah ada sebuah keta perodua kancil terbalik....good idea! jadi tarikan pelancong gitu.
nasib baik toilet dia tak terbalik..
pasal ini toilet awam di luar daripada rumah ni..

Keluar dari situ..Najib bawa kami ke Jambatan Gantung Tamparuli.....wahhhh! excited pulaks nak pergi pasal selalu dengar lagu sabah ni kat tv dan radio kan. Tempatnya tak jauh dari Rumah terbalik tu..sampai je kat situ...aku dah nampak jambatan ni... tinggi! Turun keta aku terus ke jambatan ni...panjang juga la.Kat bawah tu ada sebatang sungai yang tenang airnye...ada buaya ker??? huhuhu.. Sempat la aku bergambar kat sini buat kenangan....tapi sign board dia tak de kat sini...ada papan tanda masuk jer tu pun jauh...Masa kat jambatan ni, ada juga la penduduk kat sini guna jambatan ni untuk ke seberang..

jalan perhubungan penduduk

Selesai di situ, kami menuju ke KK..dalam perjalanan kami singgah untuk lunch kat restoran seafood..wahhhh....banyaknya udang besar-besar..ada lobster lagi..huhuu...dah buat pesanan, kami terus cari tempat yang sesuai..tempat ni atas bukit..kat bawah dia boleh nampak kolam ternak ikan dan udang berdekatan laut....lama menunggu aku solat dulu sini..alah..kesian tempat solatnya sangat kecik dan kurang bersih! tapi masih boleh solat kat situ..Tak sempat tengok decorasi makanan sebab masa aku tiba kat meja makan..mr hubby dengan Najib dah makan dulu..
lobster RM110/kg

restoran ni halal tau!!
Sekarang dah hampir pukul 3.30pm..kami beredar...perut pun dah kenyang. Tempat terakhir yang kami pergi ialah di Karambunai!  Ika kata tempat ni paling cantik...teruja jugaks! Dah pukul 0400 petang masa ni..Masuk kawasan ini betul-betul buat aku teruja...sangat cantik kawasannya..pantainya yang luas dan landai serta pasirnya yang sangat halus. Kat kawasan sekeliling tu pun dipelihara dengan kolam dan tasik serta keindahan yang memukau! kalo nak tengok sunset..kat sini la paling cantik uuu  ewahhh... betul-betul membuat aku jatuh cinta kat tempat ni...hotel yang ada kat sini pun 5 bintang uuu...tak tau la satu malam di caj berapa kat sini...confirm mahal! Jom layan gambar kat sini..







Sebelum ke airport, Najib bawak kami ke rumah keluarga dia. kami jumpa mak ayah dia kat rumah..kejap jer singgah.. itu pun nak ambik udang beku yang kami beli semalam.. Pastu Najib hantar kami kat airport dalam pukul 0520pm...terus check bagasi dan boarding...

Oh ya...lupa pulaks..kalo sapa-sapa nak ke sana bolehlah contact Najib(0165888440) atau kat facebook dia 'Azif Lamit'. Ni gambar dia hehehe...Nampak rock tapi dalam hati ada jelly..wohaaahaa.. baik budak ni tau! hahaha.....promo untuk dia...Terima kasih banyak-banyak Najib!!

Flight lewat hampir sejam..Dalam kul 0720pm baru berlepas..Hampir jam 1100mlm baru tiba kat rumah...Alhamdulillah selamat semuanya..Terima kasih Ya Allah!!!




>>>>>>>>akhirnya selesai juga...terima kasih kepada yang sudi membaca..

8 comments:

  1. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kunjungan anda ke sini..dtg lagi ya..

      Delete
  2. Ohhh dah abis cerita..boleh taha jugak Najib tu ye sis kuangkuang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ada no contact dia..nak g sana direct call jer..hehe

      Delete
  3. ehhhh....rumah terbalik. Nampak unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik..ada gak la sesuatu yang boleh dikenang kat sana kan...

      Delete
  4. i kat sabah takat sampai KK town je. tak explore lah.. maybe one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun tak abis xplore..tempat dia jauh2..byk tempat lagi tak pegi..

      Delete