BLOG sis'R'

Sunday, June 17, 2012

Jerebu Memburuk

Assalamualaikum...

Itu tajuk berita utama semalam...bacaan indeks pencemaran udara tinggi terutamanya kat Klang dan Shah Alam.. Kualiti udara sangat tidak sihat. Aku yang dok berhampiran Shah Alam pon dah rasa cuaca buruk ni..Pagi-pagi semalam bangun dah gelap semacam...rupa-rupanya jerebu tebal...
ambik kat google jer..
Biasalah time panas ni mulalah dengan pembakaran hutan kat tanah seberang..dan dibawa angin monsun barat daya ke pantai barat semenanjung...ceyyywahh dan mcm ahli kaji cuaca pulaks..Itulah faktanya kan..kalo salah betulkan okey!!
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Sumber :wikipedia
Pepagi tadi bangun rasa sejuk pulaks..tengok kat luar golap jugak tapi macam lepas hujan...huhu patut ler...tengok jalan raya basah...hujan malam tadi agaknya..menjelang  tengah hari cuaca nampak agak  clean and clear, matahari pun memancarkan cahayanya. Alhamdulillah...kering kain aku hari ni ..hehehe..
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPUKualiti udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak sihat
201 - 300Sangat tidak sihat
301 - 400Berbahaya
401 - 500Sangat berbahaya
Lebih 501Darurat
Sumber : wikipedia

Pada aku..semua kejadian ni hanya dengan kuasa Tuhan...kekadang aku marah juga bila orang tak puas hati mengeluh pasal panas panjang salah..asyik hujan marah...jerebu marah...kejap hujan kejap panas marah...bila la kita rasa bersyukur ye? Aku pon kekadang ada gak rasa macam tu hhee tapi cepat-cepat la kita beristifar....siapalah kita kan??

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
sumber : wikipedia

Semua kejadian ini hanya ada hikmah di sebaliknya...cuma kita manusia hanya boleh berdoa agar negara kita dan rakyatnya sihat dan selamat supaya dapat sama-sama menjaga alam ini. Semoga dijauhi bencana alam...

Itu jer la..sekian..


>>>>sekadar berkongsi info.....sebab....tetiba jer terbit rasa simpati pada alam....


2 comments:

  1. Wah gitu....sebab semalam kena observe KT terus ckp pasal alam..hihi

    ReplyDelete