BLOG sis'R'

Sunday, September 16, 2012

Explorasi Beijing - Siri 1

Salam kepada yang sudi membaca...

29 Ogos 2012

Baru-baru ni aku diberi kesempatan terbang ke Beijing, China bersama Mr.hubby. Salah satu tempat idaman aku. Percutian ni adalah hadiah anniversary and birthday aku yg kedua-duanya jatuh pada bulan Julai...fully sponsored by my hubby...thanks a lot to him.Alhamdulillahhh... Sambil tu boleh le tengok kat mana lokasi Beijing ni...peta negara China ni ibarat seekor ayam ...serama kot..rasa2 kat belah tengkok dia....hehehehehe

'
Flight ke Beijing pukul 0610pm...tapi pukul 3.00pm dah kena ada kat KLIA ikut pakej muslim tour Smart Holidays..Kelam kabut aku balik sebaik jam tepat menunjukkan pukul 0100pm. Mr hubby dah janji dgn teksi pukul 0200pm nak gerak ke klia...Berpeluh-peluh aku..mengejar masa untuk selesaikan semua...huhhhh...

Sampai klia dalam kul 0245pm. Masa nak masuk kat airport tu nampak satu family dengan bagasi masing-masing tapi ada tag yang sama dgn kami...aku dah agak ni mesti group pakej kami...Memang sah betul!!! Sebenarnya pakej kami ni join dgn satu group 'family day' sebuah klinik di Klang. Diorang ada dalam 17 orang termasuk kami jadi 19 org. Kiranya kami ni tumpang group dorang la ikut pakej ni.

Sampai je kat dalam airport, terus check bagasi..sempat la makan kat secret recipe sementara nak boarding dalam kul 0530pm. Tak sempat nak lunch pun tadi..Mr.hubby pun sama..Masuk je kapal terbang rasa nak tido sebab penat tapi hingga sampai ke negara China mata aku masih mampu bertahan...jenuh nak tido tak boleh..last2 layan tv jer la...Perjalanan mengambil masa kurang lima minit 6 jam...sakit la pinggang aku..

Aku memang suka tengok view di luar flight...sebanyak mungkin aku cuba snap..acara wajib tu utk snap gambo kat awan..salah satu tanda2 kebesaran Allah..malang sikit pasal duduk kat sayap dia...bepusing2 aku cari sudut yg menarik..cewahh.. macamlah pro sangattt...

mula-mula cuaca macam ni.....
lama-lama keadaan berubah jadi macam ni...
Subhanallah!!!! saat ni aku rasa meremang bulu roma
dan sebak  tengok awan yang menakjubkan ni...
betapa kerdilnya manusia...
Nasib ada makanan disediakan..perut ni asik lapar jer...belasah jer apa yang dihidangkan..

dah lapo sume sedap sangat...
Lebih kurang jam 1230am...kami selamat sampai ke tanah besar China...airport ni masih baru lagi dan moden..macam kat klia juga...

cantik...orang sume dah lepas..tinggal kami je kat sini...bergambo2..
tunggu sekejap nak amik bagasi...muka dah macam apa tah tapi ada hati nak bergambo-gambo..hehehe

buat bodoh je snap gambo..nasib baik guard dia pun buat bodoh
juga..dah tengah malam beb...tak kuasa dia nak marah2 kot..

lantak kome ler...hehehe
Selesai segala urusan imigresen..kami disapa oleh pemandu pelancong bernama Ah Lee...kami panggil ALI jer...Dia ni sangat fasih berbahasa Indonesia sebab dia kata pernah belajar bahasa tu di Indonesia...So kami tak de masalah ler...Terus dia bawa kami naik bas ke hotel bernama City Hotel..3 bintang kot.Lebih kurang sejam juga la perjalanannya..Di Beijing pada masa ni adalah permulaan musim luruh selepas selesainya musim panas..Cuaca agak baik dan suhu panas macam  di negara kita juga. Waktu di Malaysia dengan di Beijing ni sama jer tak kurang seminit pun cuma pada waktu pagi lebih awal sejam.Pukul 0600 pagi dah terang benderang dah..

Perjalanan ke hotel lancar jer...kat sini kira tengah malam ler...keta tak banyak tapi kata Ali...pagi esok memang jem sebab orang kuar pegi kerja...pada aku mana2 pun sama jer kan...masa ni mata dah ngantuk gile...pemandangan macam kelabu asap jer...mungkin sebab tengah malam kot...tak sabo nak  baring2 meluruskan segala urat belikat ni..huhu...

Dalam pukul 0235am baru check in hotel dan tido....exhausted!!! Aku ni kureng gemor nak nangkap gambo bilik hotel....jadinye tak de ler...tapi biasa jer macam bilik hotel kat mana2 pon..Ali dah siap2 bagi tau morning clock pukul 0600am, jam 0700am turun sarapan dan jam 0730am gerak ke destinasi pertama...Adoiii...berapa jam je nak tido nih....huhuhu..dalam kepenatan akhirnya tertido juga aku...

Nak tau kami ke mana esoknya?
ohhh...ooo.....to be continued..hehee

>>>>>....masih tergambar Great Wall di ruang mata....
.



3 comments: