BLOG sis'R'

Saturday, September 22, 2012

Explorasi Beijing Siri 2-Tian An Men Square &Forbidden City

Salam kepada semua.......

30 Ogos 2012

Pukul 0600am dah terang benderang bandaraya ni...macam pukul 0700am kat tempat kita. Tengok kat luar kabus tebal..alamak! ujan ker?Terus bersiap-siap nak turun breakfast. Masuk jer cafe dia...tak nampak muka Melayu...hrmmm memang ler dah kat tempat orang ..apa lah aku ni!

Cafe dia kecik jer...tapi ada dua bahagian.Ada la beberapa jenis makanan masakan cina...aduhhhh!!!! makanan halal dengan non halal letak sebelah menyebelah...tapi ada tag yg  tertulis yg mana halal dan non halal. Dr Azman yang bersama dalam trip ni pi komplen pasal makanan tu diletak dekat2...tapi dia bagi tau  kat Ali, pasal depa tak faham bhs Inggeris..Lepas Ali  cakap baru depa  alihkan. Tekak melayu aku dah lain macam jer pulaks.. Aku amik nasi putih sikit ngan sayur dan ayam goreng jer...air kopi ada tapi tak de gula...amik jus oren jer. yang lain2 tu bubur, bihun kot, sayuran, ayam...dan roti2..tak banyak pilihan.Sabar jer la wahai tekak! kira darurat la ni...

Pukul 0730am kami dah masuk bas..Ali bawa kami ke Tian An Men Square. Perjalanan lebih kurang hampir sejam la..jalanraya jem pasal time orang pi kerja..Dalam bas Ali ada beri penerangan tentang Beijing ni..Yang aku ingat penduduk Beijing ni lebih kurang 20juta orang...mak aiii dekat sama banyak dgn penduduk Malaysia kan..hehehe.Yang lain2 aku tak ingat dah...sibuk dengan kamera dan pemandangan..

Kat luar bas aku tgk ramai orang naik basikal.....ye la ini kira pengangkutan utama dorg la..ada yang berbasikal motor (tak pakai kayuh ler...) tapi motosikal diharamkan untuk kegunaan di bandar ni...Ada jugak la yang naik motosikal....kira langgar undang2 ler tu...Peliknya baik penunggang basikal dan motosikal dorg tak pakai helmet pon...selamba jer lalu kat jalan raya yang sibuk...Ali pulak  siap bawak bendera kecik warna biru sebagai tanda mudah kalo tak dapat cari dia....
pagi di Beijing
Sampai je kat sini aku tengok ramai sangat pelancong...masing2 dengan group sendiri siap bawak bendera kecik tuh...patutla Ali pun bawak takut tenggelam dalam lautan manusia..cyehh...ramai sangat ker? Ada sorang jurukamera/video dah tunggu kami...Ali kata dia akan bantu kami tangkap gambar(dalam hati tertanya2 jugaks..kenapa baik sangat nak tolong amik gambar bagai.....ha yang tu nanti aku cerita...)

Tian An Men Square
Tempat ni macam Dataran Merdeka kat KL la...sangat luas..ada ada tugu peringatan kat situ. Cuaca yang berkabus ni menyebabkan gambar tak berapa cantik..nampak kelabu asap jer kan...emm...time ni manusia punyalah ramai...macam2 bangsa ada...kebanyakannya kulit putih mata sepet ler...layan jer la gambar nih...
itu la tugunya..
kat belakang tu bangunan 'National Museum'
aku pinjam bendera Ali..ni kat depan tugu tu...cantik!!
Kat situ ada terpampang gambar bekas Presiden China, Mao Tze Tung..yang merupakan kebanggaan rakyat China sehingga dikatakan mayat mendiang tidak dibakar seperti yang sepatutnya. Ini kerana rakyat China tak sampai hati untuk membakarnya...sayang sangat depa...so, mayat dia diawetkan jer la...kat mana sekarang.. aku tak ingat dah..huhuhu...
tu gambar Mao Tze Tung (yang belakang hokeyyy..)
Berdekatan Tian An Men Square ni adalah suatu tempat bernama Forbidden City. Tempat ni adalah tempat paling bersejarah di Beijing kerana terletaknya istana maharaja, maharani dan gundik2nya pada zaman dulu..China kan banyak dinasti..tapi aku tak tau la istana ni dinasti apa....tau kan mengikut sejarah, maharaja Cina ni banyak gundiks...so kat sekeliling istana ini dibina banyak rumah gundik2 dia...
pintu masuk ke Forbidden City
Masuk jer kat kawasan ni aku teringat cerita Foong Sai Yuk...korang tau kan...aku rasa shooting nya dibuat di sini kot.Kawasan ini sangat2 luas...nak masuk ke satu-satu kawasan tu kena berjalan la di tengah panas. Apa yang menarik nya bangunan lama ini masih elok terpelihara dan sangat cantik senibinanya...aku dah lupa keluasan tempat ni dan sejarahnya pasal sibuk bergambo..penat Ali cerita tapi aku tak berapa nak ingat ..hehehe..Tapi memang besar gile la tempat ni..
istana maharaja
ramai manusia kat sini...
ni lah group kami..ditengah2 jalan ni adalah laluan
 maharaja dan maharani..rakyat biasa tidak dibenarkan 
mengikut laluan ini...crite dulu ler..

cantik sangat senibina istana ni..
antara haiwan yang menjadi kebanggaan masyarakat
cina..haiwan ini dikatakan membawa tuah..
haiwan ni juga kerana dikatakan kedua-dua
haiwan ini boleh hidup berpuluh-puluh tahun..
dikatakan diperbuat daripada emas
Ali kata kalo emas dah lama kena curi..hahaha
tengok singa tu pijak singa kecil..dikatakan kuasa
maharaja kuat ..maharani atau wanita
dibawah kuasanya..hahaha..patutlah ramai gundiks!
Kat dalam ni ada sebatang pokok yang yang hidup beratus-ratus tahun lamanya dan pada batangnya macam akar tumbuh..tengok la ni....
pokok ni nampak unik
Keluar dari Forbidden City ni...dah tengah hari.. Ali bawa kami makan tengah hari kat restoran muslim...not bad la...makanan dia kebanyakannya bergoreng tetapi banyaknye sayur la..macam sawi, kacang, kentang, daging kambing dan ayam, sup telur yang panas2. First time makan rasa ok la..perut pun dah lapor sangat...belasah jer apa yang dihidangkan. Sorry tak dan amik gambar..lapor!!

Yang aku tak tahan sangat kat sini ialah toilet dia la...ke manapun pergi tak de air beb!..main sapu2 lap2 jer...adoii mak!! jadinye.. toilet dorg ni hancing ler...So bawak2 la air mineral dan wet tissue byk2 kalo ke sini...

Selesai makan, Ali bawa kami ke Masjid Madian kat bandar Beijing ni la...Nasib ler kat tiolet masjid ni ada hos air...fuhhh baru rasa puas dan lega nak berhadas! Besar masjid ni....Alhamdulilah dapat juga bersolat di negara ini. Yang menariknya ada disediakan telekung...agak2nya ada rakyat Malaysia or Indonesia yang bermurah hati menderma telekung kat sini..Alhamdulillah..banyak pahala dorang...
Masjid Madian
ruang dalam masjid..ruang solat lelaki..sebelah kiri tu
 ruang solat wanita..
pintu masuk ruang solat wanita
Dalam pukul 0230pm, kami ke Silk Store...biasalah negara ni..tempat2 hasil keluaran negara dia tu, para pelancong wajib pergi. Setiap travel agent wajib bawa pelancong ke tempat2 yang telah ditetapkan. At least kena ada sejam kat sana baru boleh keluar.
proses membuat kain sutera
ulat sutera dok kat dalam ni..sarung dia mcm
telor puyuh tapi putih
daripada sarung tu la jadi benang sutera
macam kapas..lembut sangat... 
blanket yang belum siap
dah jadi kain....
amoi ni pandai berbahasa Inggeris..
Kat sini...kami diberi penerangan macamana sutera dihasilkan dari ulat menjadi kain..pastu dia promot la suh beli sutera kat situ...cara dorang memang memaksa beli...tapi pandai2 kalo nak melepaskan diri...Harga kat sini mahal2  pada aku ler..kalo orang kaya2 sure kata murah la sangat.....Aku n hubby terbeli la juga blanket sutera king saiz kat sini yang harganya lebih kurang 1400yuan(+-RM675) dengan 4 helai sarung bantal n free gift sehelai scarf....aduiiii....tewas juga akhirnya! tak pe la untuk kenangan kan..rakan2 yang sama ada gak la yang tewas juga!

inilah hasil tangkapan kami yang pertama....
dinipiskan agar senang bawak balik...hehehe
Keluar dari situ kami dibawa ke sebuah supermarket Muslim. Ali kata supermarket ni 100% barangan halal. sejauhmana benarnya...entahlah...tak besar manapun supermarket ni..dua tingkat! Aku n mr hubby terus beli roti dan nescafe, untuk buat breakfast kat hotel..tak lalu nak breakfast kat hotel tu.....beli juga la coklat dan asam untuk buah tangan dan juga  buah-buahan untuk makan sebelah malam. Tujuannya biar pagi2 esok senang nak buang air besar...hahahaha...tak lalu nak membuang kat toilet dorang kat luar tu.huhuhu....

Ali terkejut tengok aku dgn mr hubby yang paling banyak memborong makanan kat situ...aku cakap kat dia...nanti nak beli barang makanan kat tempat lain tak tau halal ke tidak, so beli kat situ la...dia pun angguk setuju! tau tak pe...hehehe

Tempat seterusnya untuk hari ini adalah menonton Acrobatic Show..tempatnya aku dah lupa pulaks..Yang aku tau Ali dah siap2 belikan tiket then kami just masuk je kat tempat yang ada kat dalam tu...Masa masuk tu dah ramai orang kat dalam tu...so tak dapat la tengok dekat2...tapi auditorium tu taklah penuh. Pertunjukan bermula jam 0600 pm..Masa ni dah rasa letih giler...maklumlah tido pukul tiga pagi...berapa jam jer tu...dapat lak dok kat tempat duduk yang selesa dengan aircond lagi...terlena jugak kejap masa show tu..rugi betul!!!

Persembahan bermula....hrmmm dunia pun tahu negara China ni memang gah dengan acrobatic dia kan.. even kat sukan olimpik pun kukuh kedudukan dorang ni macam Great Wall depa la....ohhh...nanti cerita pasal tu next entry hokeyy....Emm berbalik persembahan ni....pada aku sangat2 menakjubkan! orang sekarang  kata awesome! ya memang betul...sempat aku rakam kat hp tapi jauh sikit sebab aku dok jauh....daripada alatan gelung, bola, tali dan macam-macam la..

Yang paling aku rasa teruja ialah 5 penunggang motosikal duduk dalam benda mcm globe boleh race merempit dlm tu...unbelievable! tapi itu lah yang sebenarnya...menjerit2 penonton tengok...aku pun cemas plus teruja yang amat sangat...video ni pun dah nak abis baru dapat rakam pasal bateri hp aku dah weak sangat....tapi show ni sangat2 hebat!...Aku dah try upload video tu kat sini tapi ada problem apa tah tak keluar pulak...

Keluar dari tempat ni...hari dah gelap...Ali bawa kami makan kat restoran muslim lagi kira2 jam 0730pm...makanan lebih kurang lunch tadi ler...Satu yang aku perasan tiap masakan bergoreng dia mesti guna cili kering dan sejenis rempah yang nama apa ntah. rempah ni kalo termakan boleh kebas lidah kita dan ini boleh menghilangkan selera..adoii!!! belasah jer la...

Hampir jam 0900pm kami dah sampai semula ke hotel..hantar barang, kami ke Tesco bersebelahan hotel...cari wet tissue...sempat jugalah beli sehelai dua t'shirt untuk pakai esok..hahaha...
Naik jer hotel...mandi solat dan zzzzzzzzzzzz...................Kat luar hotel tu suasana agak happening...siap dengan karaoke ..tempat makan bagai tapi aku dah penat giler! lantak kome ler...zzzzzzzzzzzzz



>>>>>>tak sabar nak ke Great Wall esok...tunggu next entry..hehe




4 comments:

  1. Still remember pegi sini.in 2001..pengsan dua kali di forbidden city..memula.pintu masuk then satu lagi.di.pintu keluar..tak tau kenapa..ntah2 ada sedara dgn emperor cina..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada talian darah kot..sampai pengsan2 tu hehehe

      Delete
  2. amboi dah sampai ke negara china dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dah jejak tempat yg jadi impian tu..hehe

      Delete