BLOG sis'R'

Friday, October 12, 2012

Explorasi Beijing Siri 4-Summer Palace

Assalamualaikum dan hai....

1 September 2012

Hari ni pepagi mcm biasa jer...kul 0530 aku dah bangun dan bersiap segalanya yang patutlah..Siap buat air untuk breakfast dengan roti lagi...sambil-sambil tu tengok tv...sume siaran depa je..Pukul 0720 kami dah turun lepak2 kat bawah sambil tunggu naik bas...Pepagi ni sunyi lagi ..sejuk sikitlah tapi still berkabus..nak buat camana kan!

Sebelum naik bas berkali2 Ali pesan 'nyanyi' dulu...biasalah ...malas dia nak layan kalo nak berenti kat tepi jalan..Dalam bas sempat la kami bertanya macam2 soklan kat Ali..antaranya harga rumah kat Beijing ni makin meningkat. Kebanyakanya tinggal kat apartment..jarang nampak rumah2 teres kat sana. Pastu setiap suami isteri hanya dibenarkan ada anak sorang jer! Kalo lebih, kena denda dgn kerajaan dia. Mungkin dorg nak hadkan jumlah penduduk...kome bayangkan kelahiran yg rendah akan menyebabkan jumlah orang tua akan meningkat kelak..ceyhhh..teringat piramid penduduk masa belajo geografi manusia masa sekolah dulu...hehehe lama beno dah pon!!

Okeylah...tempat pertama yang akan kami terjah hari ni  ialah  Herbal Medicine Center. Tempat ni  wajib pergi..seperti biasa goverment dia punya. Masuk-masuk jer kami dah dibawa kat tempat urut kaki..macam refleksologi ler...Sorang lelaki cina berbangsa Indonesia (kata dia la..bukan leh percaya sgt depa ni...nak jual barang jer lebih!) yang beri penerangan tentang perubatan herba ni. Memang fasih berbahasa Indonesia, siap pakai baju batik Indon tu. Semua tempat goverment dia memang free tapi yang tak tahan tu cara depa paksa kita beli..kalo tak beli tengok muka depa...mcm nak telan orang jer..opppss!!!
bapak Indon...bagi penerangan la tu..
yg baju putih tu kira 'doctor' depa la..yg baju batik tu
 translator dia..doc dia tak faham english!!
tgk doc dia..gaye ada tapi ntah ye ke tidak!!
Sambil dia bagi penerangan tu datangla tukang urut yang muda-muda belia lelaki dan perempuan...urut tapak kaki kita..Kami apa lagi... dah penat mendaki Great Wall semalam dan berjalan merata tempat...sorong jer la kaki... Tak lama pastu datang la kononnya para doktor nak check tangan kita dan bagitau penyakit kita. Tengok gaya memang ada gaya doktor tapi...entahlah. Ceyhh...tengok tapak tangan jer uuu...dah bagitau kita macam2 penyakit.
fungsi urat kat tapak tangan
Yang menariknya setiap penyakit tu ada ubat dia kat situ..Harga dia semua 200yuan ke atas..pastu kalo nak check lagi dia bawak kita kat bilik lain. Kat situ ada tukang ubatkan dengan tepuk2 kat mana sakit...kalo fikirkan macam tak logik jer...Apa-apa hal pun kat sini depa tak dapat sesen pun daripada kami...pasal tak de sorang pun daripada kami yang beli..hahahaha..Dengan perasaan marah la kot terpaksa la depa melepaskan kami pergi.....hukhukhuk..
pusat  perubatan herba 
Keluar dari situ kami terus ke Summer Palace..tak berapa jauh daripada bandar Beijing ni. Tempat ni merupakan tempat bersejarah sejak zaman Dinasti Ming lagi. Ni serba sedikit cerita tentang tempat ni...
pintu masuk summer palace

Istana musim panas ini dibina pada 1750 untuk kediaman Maharani Dowager Ci Xi dan gundik-gundik anakandanya, Maharaja Tongzhi ketika musim panas.
Maharani Dowager dikatakan seorang yang kuku besi dan hampir mengawal pemerintahan anaknya, sehinggalah setiap kali membuat keputusan dia akan sentiasa berada di belakang Maharaja untuk memastikan dia dapat mengawal segala perjalanan istana.

Pada ketika itu, seorang perempuan tidak boleh menjadi raja untuk negara China, maka Maharani ini mengawal negara melalui anakandanya. Ada orang cakap, setiap kali Maharaja membuat sesuatu keputusan yang tidak dipersetujui oleh Maharani ini, dia akan berdehem menandakan si Maharani kuku besi itu mahukan anakandanya menukar keputusan.

Maharani Dowager Ci Xi telah mengubahsuai dan mencantikkan Summer Palace berhabis-habisan sehinggalah ketika serangan kerajaan Manchu berlaku, mereka tidak dapat membeli senjata yang banyak kerana wang banyak dihabiskan untuk istana musim panas tersebut.

sumber : google

ni la bot ke..perahu ke...apa tah....cuaca berkabus sangat
macam kepala naga pulak...ceyhhh... mcm pernah 
tengok naga....haa..itu la Ali pemandu pelancong kami
Kami sempat naik bot ke perahu air ke..apa nama tah...untuk ke seberang sana...tak jauh pun..kat sana masih ada kesan-kesan sejarahnya..ada kolam teratai yang sedang mengembang munge nye...Ramai jugaklah pelancong time ni, sumenya bangsa depa la..Kat sini kami bertembung dengan sekumpulan cina muslim...excited dorang bila tengok kami siap lambai2 kami..kami pon lambai2 juga la..hehehe
@summer palace
ohhh.. teratai bunga indahhhh...
dah mesra ngan dorang..hehehe
batu ni nampak unik..
Kat sini aku sempat bergambo pakai baju empress dan hubby pakai baju emperor....wah2...excited sangat aku time ni...sewa baju dengan tangkap gambo dalam 120yuan...hermmm....fikir-fikir bukan senang nak pakai baju tu kat tempat kita ...belasah jer la...hahaha..ni gambonye...gambo hubby tak dpt letak sebab dia tak bagi publish gambar dia kat mana-mana....sebab tu gambo dia tak pernah ada kat blog ni...

mahap ler ye...terpaksa crop gambar ni
atas permintaan baginda maharaja...hahahaha..

ayat perasan lebeyyy...
Dah hampir tengah hari, kami keluar dari situ terus pegi lunch..tempatnya aku dah lupa tapi salah satu tempat yang kami dah makan sebelum ni...menu macam biasa... sayur...dan banyak yang bergoreng! Hari ni dah rasa macam muak pulak dengan makanan dorang ni...tapi bersyukur masih boleh makan lagi..

Dari sini kami terus ke Fresh Water Pearl Center - Derun Jewellery..tempat ni pun kerajaan dia punya...adoii!! Kat sini macam biasalah dia tunjukkan macam mana mutiara diproses untuk dijadikan perhiasan dan produk kecantikan kosmetik...harga dia pun ada yang murah dan ada yang sampai puluhan ribu yuan......kat sini aku tengok jer la....baru beli mutiara kat Sabah itu hari, tak pakai pun....kang free2 jer kena dengan mr.hubby...hehehe...lagipun lebih kurang sama jer...Bagi penggemar mutiara sure tak melepaskan peluang membeli...cantik-cantik juga!
yang macam biji-biji itulah mutiara..
makin lama usia cengkerang ini makin berkualiti dan
 makin mahal harganya
cantik dan mahal...
Kat sini la berlaku insiden yang tak dijangka....sebab kami dah boring kena duduk 1 jam kat sini, kami pun keluar la...dengan harapan boleh pegi shopping lama sikit... tau apa yg berlaku?  Ali kena saman RM100 dengan pusat ni pasal kami keluar belum cukup sejam kat situ!!! Kami tak tau la pulak sampai camtu sekali...
Pastu Ali muram jer...tak  ceria dan dah hilang keramahannya... ingatkan boleh kuar awal nak gi tempat shopping...kesian pulak kat Ali. Kami pun pujuk la Ali ganti balik duit tu tapi Ali tak nak. Bukan pasal saman duit tu tapi sebab kami tak ikut cakap dia kena ada sejam kat situ....huhuhuhu....

Dari sini kami ke Kitchen Appliance Store...hah? Ni pun tempat wajib pegi...kerajaan dia punya uuuu....sejam okey! Hari dah semakin petang. Macam biasa juga dorang promot  pasal pisau la pulak...ni kalo nak bawak balik kena masuk luggage besar. Kat sini kami tewas dan terbeli  la juga set pisau tu...termasuk shaver...lupa kos dia berapa. Setiap orang dapat satu pisau kecik free sebab datang situ...Sampai laa ni aku belum pakai pun pisau-pisau  tu....pisau kecik free tu dah guna tapi hampehhh... tumpul  sesangat...aduhaiii..
sayur-sayur yang dipotong guna pisau tu..
set ni la yang kami beli tu...huhhh!
sambil mengesat peluh walau pun tak berpeluh pun..
Sekarang acara yang ditunggu-tunggu...Shopping....Xiushui Market..sampai kat sini pun dah jam 0630pm..Ali bagi 2 jam jer...cukup ke masa nak menyopping ni?...bergegas la kami cari apa yang patut..T'shirt, FM, piring, set cadar, alas meja dan apa yang patut la.... Macam kat Silk Street juga harga tinggi dan kena bargain serendah-rendah yang boleh. Jurujual memang kurang ajar! biasala tu..penat nak berurusniaga dengan dorang kat sini! Mr hubby sempat beli helicopter control...murah sangat kat sini. Harga lebih kurang separuh daripada harga kat tempat kita.
mr hubby beli satu kaler merah siap ada spotlight lagi..
Keluar dari sini kami ke Hardrock Cafe. Shop dia dah hampir tutup! Dah malam kan. Ruang jualan pun dah makin kecik, tunggu masa nak ditutup sepenuhnya kot! Sempat la rembat t'shirt, short glass dengan cap..huhuhu..
kat luar Hard Rock Cafe Beijing
Dari sini kami dinner kat restoran muslim dan balik ke hotel...untuk mengemas kerana esok kami akan pulang ke tanah air tercinta!!!



>>>>> ada beberapa tempat lagi nak dikunjungi esok sebelum pulang....tunggu next entry ya..babai!!

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Soryy silap taip tadi,,byk salah..first time guna iPad hahaha..btw suka tak gmbar empress tu ..sygnye emperor dia kena crop pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah2. Dah Ada iPad gittew..terpaksa crop nak wt camana..

      Delete
  3. Jeles tengok ko pakai congsam tuh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko nak pakai sgt kat sini pun melambak hehehe..

      Delete