BLOG sis'R'

Tuesday, November 27, 2012

Andai Bavaria Takdirku

Pelik lagi tajuk entri ni ekk.....ini tajuk novel lagi la...baru mengkhatamkan buku ni semalam. Ni baru tangan ni gatal-gatal kucing nak menaip tentang sinopsis lagi......muahahahaha....takde  cita-cita pun nak jadi pengulas buku....pendek kata..sekadar berkongsi cerita...panjang tak kata apa-apa tau hehehe..

Cerita ini mengisahkan tentang Aisya, seorang wanita Melayu berpendidikan tinggi telah ditakdirkan berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Jerman, Olaf yg ditugaskan ke Malaysia selama 2 tahun. Perkenalan mereka yang bermula sebagai kawan, akhirnya berakhir ke gerbang perkahwinan.

Kisah bermula apabila Aisya terpaksa mengikut suaminya pulang ke Jerman dan tinggal di sebuah perkampungan pedalaman di Obermichelbach,Bavaria. Aisya tidak diterima oleh keluarga mertuanya kerana tindakan Olaf menukar agamanya sedangkan keluarganya adalah penganut agama kristian yg taat.
Aisya terpaksa tabah kerana baginya suatu hari nanti mertuanya pasti menerima dia. Aisya juga terpaksa menjaga anak Olaf, Thomas yang berusia tujuh tahun selepas perceraian Olaf dengan isteri pertamanya,Lisa.  Aisya dapat menerima Thomas seperti anak kandungnya..

Semua penduduk yang mengenali Olaf berasa terkejut kerana Olaf telah Islam. Bagi mereka, Islam itu sangat kejam dan suka berbunuhan. Itu lah pendapat mereka berdasarkan media yg berat sebelah terhadap Islam. Namun Olaf sangat taat dengan Islam walaupun terpaksa berdebat dengan Paderi Ganser yang sangat berharap dengannya dan menghargainya .

Ujian perkahwinan bermula apabila, Olaf menyertai pasukan bantuan sukarelawan ke Paletin yang hendak menghantar bahan-bahan binaan untuk sebuah sekolah di Palestin.Jangkaan misi itu hanyalah dua minggu. Aisya berat hati untuk melepaskan Olaf namum apabila melihat kesungguhannya untuk membantu umat Islam, akhirnya Aisya terpaksa merelakannya walaupun usia anak sulung mereka Maximillian baru 6 bulan.
Sejak pemergian Olaf, tiada sebarang berita diterima. Aisya pula baru disahkan mengandung anak kedua bersama Olaf. Aisya mengalami tekanan hebat dari segi  kewangan untuk membayar ansuran kereta dan rumah serta menanggung Thomas dan Maximillian. Mujur kanak-kanak di bawah 18 tahun menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan.

Tekanan hidup tanpa pekerjaan menyebabkan Aisya terpaksa bekerja untuk menampung hidupnya demi mempertahankan harta suaminya. Bantuan jiran-jiran dan pihak masjid termasuk pihak gereja telah menguatkan semangatnya namun iman tetap utuh malah tetap mengajar Thomas yang telah diislamkan oleh Olaf mengaji dan solat.

Aisya bangkit untuk berjuang demi suami yang dicintainya dan anak- anaknya. Dia membuka sebuah restoran dengan bantuan dua jirannya Venessa dan Margarit yang sangat baik hati walaupun mereka bukan Islam. Dalam masa yang sama Aisya tertekan lagi apabila ibu Thomas, Lisa menuntut hak penjagaan terhadap Thomas sehingga ke mahkamah. Aisya bimbang Thomas akan dikristiankan oleh ibunya. Dengan bantuan Margarit dan mertuanya yang memang tidak mempercayai Lisa. akhirnya hak penjagaan diberikan kepada datuk dan neneknya yang lebih mempercayai Aisya. Bermula dari sinilah hubungan Aisya dengan mertuanya menjadi rapat tambahan pula dengan kelahiran anak keduanya Zidan.

Aisya masih setia menunggu kepulangan Olaf kerana dia yakin Olaf masih hidup walaupun pihak media mengesyaki Olaf telah mati kerana rakan seperjuangan Olaf telah selamat pulang. Menurut mereka, kapal bantuan yang dinaiki Olaf dirampas oleh tentera Israel dan Olaf disyaki pengintip dan diseksa malah mungkin telah dibunuh.Aisya tidak putus asa menanti kerana dia yakin Olaf masih hidup. Dia sentiasa berdoa dan bersolat hajat..apatah lagi dia terpaksa hidup sendirian membesarkan tiga anak yang masih kecil.

Setelah lebih tiga tahun menanti..akhirnya Olaf kembali dalam keadaan yang sangat lemah akibat diseksa dengan cara yang sangat kejam dalam tahanan oleh tentera Israel..Kekuatan Aisya kembali dan hidupnya kembali ceria..

Tamat daaa....

Pada pendapat aku, novel setebal 296 muka surat ni menarik juga  menceritakan perihal dan cara kehidupan penduduk pedalaman Jerman dan keindahannya cuaca empat musim. Pengorbanan seorang isteri ketika berjuang di tempat asing tanpa suami dengan masalah komunikasi telah  disusun dengan baik.Banyak perkara baru yang kita pelajari jika membacanya. So yang berminat cari-cari la buku ni. Aku beli kat mydin USJ juga...hehehe


mode : happy ending ....hehehe...





>>>>>>Ada 3 buah novel lagi belum habis baca..tunggu ya.....
Penyakit tiga serangkai telah melanda aku...demam+batuk+selsema...aku redha!!

Friday, November 23, 2012

Langit Mekah Berkabut Merah

Assalamualaikum...

Bukan main tajuk entri ni kan...Well ianya hanyalah tajuk sebuah novel...dah dua kali khatam baca maklumlah cuti-cuti ni boring pulak kalo ngadap lappy jer..boleh kelabu bijik mata..hahaha

Saje nak berkongsi serba sedikit cerita tentang novel yang setebal 324 muka surat ini berkisarkan tentang kisah benar  karya Geidurrahman El-Mishry..

Begini sinopsisnya...

Midah Hamidah watak utama novel ini merupakan anak kepada seorang ustaz di sebuah daerah di Indonesia. Kematian bapanya menyebabkan  keluarganya hilang tempat bergantung.  Dia terpaksa berhenti belajar di sebuah sekolah menengah agama untuk menyara keluarganya yang terdiri daripada ibu, nenek yang sakit dan adik-adiknya seramai 4 org.

Kesempitan dan tekanan hidup memaksa Midah bekerja sebagai pembantu rumah di Hujjun, Mekah atas desakan ibunya. Dalam hatinya sangat bersyukur kerana ditempatkan bekerja di kota suci Mekah..tempat kelahiran Rasulullah SAW. Namun majikannya bukan seperti mana yang diharapkan..Midah diperlakukan seperti hamba oleh majikannya yang sering melakukan gangguan seksual. Begitu juga gangguan seksual daripada 2 anak lelaki majikannya. Seorang hanya berusia 15 tahun dan seorang lagi  pula hidup sosial malah sering membawa rakan-rakannya pulang ke rumah berpesta arak tanpa halangan daripada majikannya..mungkin kerana dia belajar di Perancis.

Penderitaan Midah bertambah apabila isteri majikannya terserempak kejadian ketika majikannya cuba melakukan gangguan seksual kepada Midah dan Midah dituduh menggoda suaminya..Sejak hari itu Midah diperlakukan seperti binatang malah diberi makan hanya sekali sehari sambil dipukul dan diherdik setiap hari.

Midah berjaya melepaskan diri atas pertolongan pemandu majikannya bernama Bogul (warga Bangladesh) yang tidak sampai hati melihat Midah hampir diperkosa oleh anak majikannya. Sebelum Bogul menghantar Midah  ke Konsulat Jeneral Republik Indonesia(KJRI), Midah sempat ke Masjidil Harram buat pertama kalinya dan mengadu kepada Allah. Di konsulat, Midah ditempatkan sementara dengan bantuan petugas haji bernama Firdaus(kebetulan sekampung dengannya) dan Ubeidullah.

Firdaus pelajar Universiti Al Azhar adalah  bekas anak murid bapa Midah pula telah dituduh atas kesalahan merogol seorang doktor semasa musim haji. Midah telah membantu Firdaus sebagai saksi namun malang bagi Midah apabila kes itu mendapat liputan meluas media di Arab Saudi dan memberi peluang bekas majikan Midah membawa Midah kembali ke Mekah.

Di Mekah, Midah telah didakwa oleh majikannya kerana melarikan diri dan menuduh Midah menjadi pelacur. Midah ditahan dan dikenakan hukuman 80 sebatan. Midah tidak dapat mempertahankan dirinya. Semasa di penjara, Midah telah dipaksa menjadi pemuas nafsu pegawai-pegawai penjara pula. Hidup Midah trauma...Firdaus tidak mampu membantu Midah..Midah pasrah dan redha dengan hukuman kerana dia tahu dia berada di tempat yang benar.

Akhirnya Midah dihukum 80 sebatan di Masjid Qisyas,Jeddah selepas sembahyang Jumaat..kesan sebatan itu menyebabkan tulang punggung dan tulang rusuknya patah, kelenjar saraf dikepalanya tidak berfungsi dan terdapat pendarahan di otaknya.Selepas 2 hari koma, Midah sedar dan keadaanya kelihatan stabil dan pada hari kelima..Midah telah kembali ke rahmatullah dan jenazahnya diterbangkan ke kampung halamannya...

Begitulah serba sedikit kisahnya...ini merupakan kisah benar penulis.  Kadang-kadang kita tidak mengetahui disebalik kesucian Kota Mekah terselit kisah duka yang kita sendiri tidak menjangkakan...


P/s>> banyak terselit hadis-hadis dan  kisah lain tentang Firdaus dalam cerita ini yang kita tak jangkakan. Kepada pencinta novel...kalo nak feel lebih sikit kena beli lah buku ni...Buku ni aku jumpa masa shopping kat Mydin USJ..





>>>>>>dah jadi pengulas buku pulak dah.....hehehe

Monday, November 19, 2012

Oh, Palestin!!!

Tiap-tiap hari kita dengar dan tengok kat tv tentang keganasan Israel ke atas Gaza...kesan buruknya siapa lagi ...rakyat Palestin! tak sanggup tengok gambar-gambar kematian dan kecederaan terutamanya kanak-kanak..menitis air mata..

Bonda aku berpeluang ke negara Palestin pada tahun lepas dan beliau sangat sedih dan kasihan dengan kemiskinan hidup rakyat yang sangat jauh ketinggalan dlm pembangunan..sedang kekuasaan tentera Israel makin kuat mencengkam..
credit : google
Kita hanya menonton..mendengar ..marah, geram..macam-macam lagi kan...bagi yang prihatin dan yang sudah membantu sebagai sukarelawan dan dermawan..Alhamdulillah...tahniah atas pengorbanan kalian..Kita ?? Bagi yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan melalui banner di bawah atau like di facebook Islamic Relief Malaysia(IRM) untuk mendapatkan info terkini berkaitan Gaza..


Menurut news semalam..pertubuhan ini sangat-sangat memerlukan sumbangan untuk membeli ubat-ubatan kepada masa kekejaman...

Sama-samalah kita berdoa untuk mereka..


aminnnnnn   doa..copy paste
from Ustazah Siti Norbahyah Mahamood




mode : sedih, geram, marah..





>>>>>>>>>>tak sampai hati nak letak gambar mangsa kekejaman...(ayat pun skema jer...)






Wednesday, November 14, 2012

Kad kahwin yang sangat kreatif

Salam Maal Hijrah...semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya....

Cuti-cuti ni banyak betul dapat kad jemputan kawin...jauh-jauh pulak tu. Minggu ni ke JB....adoiiii!!!!!!!! Apa-apa hal pun didoakan semua yang nak menjadi raja sehari tu perkahwinan kalian diberkati Allah dan berbahagia hingga ke hujung nyawa..aminnn!!!!

Sebelum cuti hari tu ada sembang dengan kakak kantin tu... dia ada tunjuk satu kad kawin. Kad ni bukan utk aku tau..pada kakak kantin...beriya-iya tunjuk kat aku...Pada aku kad ni sangat kreatif...dan aku minta kebenaran  amik gambo nak masuk fb konon tapi masuk blog jadinye.....mana tau anak-anak buah aku ramei yang nak kawen nanti...hehehe....first time aku  tengok kad ropa gini...pemilik kad ni minta mahap ler ..saja suka-suka je ni...
Kat dalam tu ada 4 muka surat...jom kita tengok muka surat 1...
muka depan kad...

sweet sangat gambar ni kan..
Jom tengok lagi muka surat 2 dan 3....

kalo tulisan tangan ni kira dah cantik sesangat dah ni..dapat A+!!
siap ada pembetulan cikgu lagi kan..
dan lagi.....

suka kat ayat yang kena pen merah tu..hihihi
akhir sekali....

Ni ...kalo tanya yang dah lama nikah pon ada yang tak ingat dah....
selalu kita jumpa Rukun Negara kat kulit belakang buku kan

dah jadi Rukun Nikah!!

Kakak kantin tu cakap kos nak buat kad ni cuma 0.70sen aje....ada sesapa yang berminat ??? hehehe aku pun tak tau sapa publisher dia sebab seronok amik gambar dgn hp  jer..hahahaha....



mode : teruja.... hikhikhik!!!





>>>>>>>>Semoga semua majlis perkahwinan yang dirancang sepanjang cuti ni dapat dijalankan dgn lancar penuh keberkatan-Nya




Monday, November 12, 2012

Pokok bungaku diserang!!!!

Balik je dari  keje hari Jumaat hari tu, terkejut tengok pokok bunga kemunting cina kat rumah diserang ulat beluncas....ye ke korang panggil beluncas..atau ulat bulu?hehehe... whatever...
di sebalik daun-daun ni tersembunyi ulat-ulat tu
kesian pokok ni telah dicabul..oppps...diserang hehehe
Tengok kat lantai dah berbiji-biji halus jatuh...Sebenornye pokok ni jenis gantung-gantung punya..yelah umah tak bertanah kan.....apalagi dengan gigihnya ku mencari segala ulat yang ada kat celah-celah daun tu...geram nengoknye. Abis daun-daun rosak! Kebetulan  kat umah memang tak de racun penyembur serangga...
ni la hasil serangan ulat-ulat yang tidak berperikeseranggaan..(ade ke!!)
Pokok kemunting cina ni aku pernah jaga sebelum ni tapi dah mati sebab masa pergi bercuti lima hari pokok tu tak bersiram...balik-balik jer dah kering kontang daunnye...Aku suka pokok ni pasal bunga dia cantik dan ada macam-macam warna ..yang leceh sikit pokok ni kena siram tiap-tiap hari...lebih 3 hari tak siram...akan layu la jawabnye...
daun-daun dah di ceroboh...huh!!
Yang ni aku beli masa bulan Mac..kecik jer masa tu...sekarang tengok dah berjuntai-juntai dengan munge-munge dia...tu yang menarik perhatian segala serangga kot...hehehe. Aku sayang nak gunting pokok ni...biar kan je panjang tapi tak de la sampai ke lantai pulak...hehehe

Sekali tengok... orang ingat pokok ni plastik tau...hello..hello...ori  uuuu....ramai yang sesekali datang umah ingatkan plastik tau... even my MIL pun ingat aku gantung pokok plastik...bila dia pegang daun tu baru tau.....hahaha..tu yang speacial pokok bunga ni..
nampak tak ulat kat celah daun tu...warna sama dengan daun..tu yang susah nak cari..
Berbalik pada tajuk...jauh melalut dah ni....setelah gigih mencari segala ulat yang berkenan kat pokok tu...tau berapa ekor aku dapat??? cer teka?....

>
>|
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Dekat 50 ekor u....aku kumpul-kumpulkan...geli pulak  nengoknye...kalo nak buat sup pun boleh tau!!!
Abis daun pokok bunga  aku jadi curly-curly gitu ...adusss....
tak nampak sangatkan..tapi ada kat celah-celah daun tu..sama warna..
ni la dia...boleh buat sup!!!....muahhahahaa
Hari Sabtu ada lagi jumpa berdasarkan biji-biji daun yang jatuh kat lantai...semalam pun ada sikit dan..hari ni pun adoooo.....ulat dah makin membesar.. Aku jumpa dalam 4 ekor lagi...tunggu nak jadi rerama jer...aduhai!!!Nampaknya serangan besar-besaran ni....Aku kena cari racun serangga ni...tapi  tak sampai hati pulak nak bunuh haiwan ....cmana ekk?? yang aku kutip sebelum tu pun aku buang kat pokok-pokok besar kat luar pagar umah...

Yang pokok ni ulat tu tak nak dekat pun...agaknya daun dia tak sedap kot...hehehehe

Cuti-cuti ni pokok tu nak kena trim juga bagi nampak kemas..nanti la yer..


mode : geram...






>>>>>>>>takut pulak dengan ribut petir dan hujan yang tak menentu sekarang ni...






Saturday, November 10, 2012

Cuti bermula..lalalala...

Terasa ringan dan tenang otak  hari ni...yeeaah.. dah start cuti sekolah. Dengan kata lain aku pun cuti juga la...yuhu...Sepanjang tahun ni tersangatlah banyak aktiviti start Januari sampailah cuti November ni...kalo nak listkan... fengsan!!! Sekolah dlm bandarkan.... faham-fahamlah.. dalam cuti ni pon kena ke sekolah juga untuk kerja-kerja yang tertangguh dan urusan pengemasan...

jamuan akhir tahun
Penutup hari persekolahan semalam...diiringi tangisan sedih...7 orang rakan sekerja bertukar ke negeri dan sekolah lain..suasana pilu!..aku pon sama menangis sebab ada dikalangan kawan-kawan yang bertukar sudah lama di sekolah ini..

Aku jer dah 13 tahun di sekolah yang sama. First posting masih belum pindah ke sekolah lain...kekadang ingin juga mencari kelainan di sekolah baru tapi sebab rumah dah kat sini..alamat berkampung kat sini jer la...Nak tukar sekolah lain takut pulak dapat jauh dari rumah dan yg paling penting takut  jalan jemmmm walaupun tempat keje tu dekat je......huhuhu..

Aku pun tak tau sampai bila boleh stay kat sekolah ni....kene redeployment baru tukar agaknya...hahaha....jikalau orang tak suka tak apa...cam lagu jer kan...hehehe.....tetap dan berpencen kot kat sini....apa-apa pun perlu bersyukur...selesa juga kat sini, nak pegi koje pun tak de masalah sangat cuma kena keluar awal sikit jer utk elak jemmm...dah rezeki kat sini kan...terimalah seadanya......


dengan sebahagian murid....dah hujung tahun
ramai yang dah coti dulu..

Durian kat kampung dah nak gugur  gamaknya...mr hubby yang excited ajak balik kg ...hantu doyan komer....minggu depan coti selang seli untuk mr. hubby sebab dia org swasta....jadi suri rumah sepenuh masa la aku yer...... rasa cam mati kutu plak bila cuti-cuti ni...biasa tak menang tangan...ohhh ya...banyak undangan kenduri kawen sepanjang cuti ni.....minggu depan turun JB..makan kenduri lalalalala.....







>>>>>>>>macam-macam cerita pasal bulan Disember ni...dah plan nak gi bercuti....bikin gabra jer....


Thursday, November 1, 2012

Explorasi Beijing Siri 5 -Stadium Sarang Burung

Salam kepada yang sudi membaca...

2 September 2012

Huwaaa...lamanya terhenti entri Beijing ni ye...busy gile-gile dekat nak cuti ni...adoiii..Oke key...kita sambung cite ye.....Hari terakhir ni  kami  turun terus bawa segala barang untuk check out ... Tu dia.. beg aku dah beranak pinak...pegi satu beg , balik dah jadi 3 beg...amekkow!! kalo ikutkan tak de banyak sangat menyopping pun tapi bila dah packing...ermmmmmm (...tersedak jugaks! huhuhu)

Barang-barang dah siap masuk bas..pagi ni sejuk sikit pasal hujan dan mula turun...tak lebat pun. Tapi ujan cenggini ler yang jadi ujan yang berpanjangan dan lambat berenti. Okeyy...tenang-tenangkan diri..jom kita ke  destinasi yang pertama hari ni. Kami ke  Stadium Olimpik 2008 atau orang panggil Bird's Nest  Stadium. Dalam perjalanan hujan jer...agak jauh juga la dari hotel. Ali kata kalo hujan tak berhenti cam ni..tengok dari dalam bas jer...hahhhh?..oh...katakan  tidakkkk!!

Sampai jer kat kawasan tu kami terus ke Olympic Sponsor Jewelry City yang terletak bersebelahan  dengan stadium sarang burung tu.. Kat sini juga adalah satu tempat yang wajib pegi oleh kerajaan depa untuk para pelancong.....tengok korang....tak de chance nak pi tempat kita suker-suker...Pagi benor pun sampai sini...kedai pun belum bukak lagi..
replika kapal ni daripada jade
Kat dalam ni kami diberi penerangan tentang batu permata....macam-macam jenis dan warna la...ada nama tersendiri tapi aku udah lupa... kat sini ada juga pelbagai jenis jade... Seorang lelaki cina yang memberi info tu mengaku dia orang Penang, Malaysia.(ye ke tidak entah lah sebab aku ada terbaca banyak blog tentang penipuan dorang ni) Tapi gaya percakapan dia ni persis Malaysian chinese.

Dia kata dia bukak company menjual batu permata dan  kedai ni bersama  beberapa orang rakan kongsi dari negara Spore dan Thailand kalo tak silap lah..aku pulak dah lupa nama dia..Ah Tan ke apa ntah...sorry..So dia pun cerita la yang barang-barang yang dijual kat situ memang mahel2 sebab dorang nak ketuk pelancong Jepun. Dorang kata orang Jepun yang datang Beijing tu  kaya-kaya. Banyak la loket, rantai, gelang dan cincin dijual kat sini...harganya memang mahel2..

So dipendekkan cerita, dia bagi diskaun la kononnya sebab sama-sama rakyat Malaysia..pesanan dia..kalo beli permata ni jangan jual dan simpan jer sebab harganya akan melambung suatu masa nanti..(kata dia la) Aku ada beli satu cincin kat situ dengan batu kaler maroon..batu ruby kalo tak silap..hanya untuk kenangan jer pun sebab nampak canteq..harga pun tak le yang jenis mahel-mahel pon.(dlm hati --ukur yuan yg tinggal dalam poket jer...hahaa)

Sejam kat situ...kami keluar dan sempat jugak last minute shopping kat dalam tu..sempat jugak  aku rembat benda-benda yg ada jual kat situ untuk buah tangan...hahahaha... geleng kepala si Ali tengok telatah group kami ni yg sempat menyopping lagi..

Keluar dari situ hujan masih lagi renyai-renyai kasar...Ali bagi kebenaran sapa-sapa nak ke stadium tu.Terletak sebelah menyebelah jer.. Dia bagi dalam setengah jam gitu.. Aku dengan mr hubby bergegas ke stadium tu..jauh juga nak berjalan. Dalam hujan renyai tu kami berjalan ke stadium tu sambil bergambo-gambo...Cantik betul binaan stadium ni....kagum seketika!! tapi kami tak  masuk dalam stadium..hanya diperkarangannya je...  layan jer la gambo-gambo ni..kalo ikutkan banyak sangat...ni sebahagian jer..

pintu masuk

Kat perkarangan stadium tu ada  macam kotak-kotak bergambar untuk amik gambor...cantik juga view dia bila bergambo kat sini.. Jenuhlah hubby jadi cameraman bini dia..huhuhu..Ada juga gambar atlit-atlit China yang menang pingat emas olimpik disusun cantik di sepanjang ruang lapang di luar stadium tu...good idea!  jangan serik untuk layanzz gambar-gambar kat stadium nih....hehe



kenal tak mamat ni??




 

Dah puas hati dapat  ke stadium ni kami bergerak ke Tea Shop pulak...ni destinasi terakhir kami di Beijing .. seperti biasa tempat ni kerajaan dia punya....Kami diberi penerangan tentang pelbagai jenis tea yang dijual di China ni. Macam-macam perisa ada..sambil-sambil tu depa bagi la kita rasa teh tu untuk tujuan promosi le tu..best juga dapat teh lepas berujan-ujan kat stadium tadi..hehe..macam-macam rasa ada...harga yang ditawarkan juga mahal tapi aku dah lupa sebab kami tak beli pun teh kat sini...
kotak yang dia pegang tu  ialah serbuk tea plus dgn yg 2 kotak atas
meja tu dalam 200yuan ..tak ingat la...ada kawan aku(cina) kata serbuk kat
dalam tu ada yg tak original..dia pernah kena tipu..serbuk tu bercampur...
huhuhu...caya ke tak?
pelbagai jenis tea dijual kat sini
Perjalanan ke airport diteruskan. Ali kata akan singgah kat restoran untuk lunch dulu. kat mana aku dah lupa tapi restoran ni memang familiar la orang Malaysia datang sebab kat pintu masuk kedai ni ada koleksi duit kertas Malaysia yang tertulis nama-nama pengunjung..banyak woo....kami tak sempat pun nak lekatkan kat situ. Tak de mood pasal restoran ni kureng bersih dan penyediaan makanan dia pun ermmmm entah la tak tau nak cakap ler...Lauk pauk sama jer..nasib baik dah nak balik...telankan juga makanan dorang...

Jam dah menunjukkan pukul 1230pm...flight kami dalam pukul 0430 rasanya..tiba-tiba bas tak boleh start pulak...jenuh menunggu bas lain datang...hampir sejam juga la tunggu...kami dah makin gabra pasal nak check in bagasi lagi...confirm beratur panjang ni..huhuhu...tunggu punya tunggu bas tak juga datang. Fikir punya fikir..kaum lelaki setuju nak tolak bas tu...so..depa ramai-ramai menolak la bas tu...tak sampai beberapa meter jer, bas tu dah boleh start...Alhamdulilllahhh.....bersorak kami kegembiraan...sume yang ada kat situ tengok jer.(dalam hati kesian pelancong tu kan....hehhe jangan kat padan muka udah ler..)

Sampai airport aku dan beberapa orang lagi terus lari cari toilet pasal dah tahan dari kat restoran tadi sebab tak lalu nak masuk...kotor bangat! huhuhu...
Selesai urusan di situ tu kami ke imigresen depa...beria-ria pegawai pompuan tu check sampai tudung aku kena bukak..hantu raya betul!..aku tak nak bukak dia paksa, Astaghafirullahalazimm!! Ampun kan aku Ya Allah..Mula-mula aku tak tanggalkan anak tudung pun  dia suruh cabut..menyumpah-nyumpah aku ..malu sangat-sangat masa tu ramai orang pulak tu tunggu Q....adoii...hubby pun bengang. Sapa yang kena dengan pompuan tu habis kena bukak tudung...tapi yang Q kat line sebelah tak kena pulak..kakak yg kat line sebelah kata maybe sebab aku pakai klip rambut dgn pin tudung....ye ke?? tapi mak cik kat belakang aku kena bukak jugak...grrrrr..  geram tahap gaban tau...

bye--bye  Beijing...
suka dengan budak ni..sweet sgt..
mata bundar..

Dah selamat kat imigresen tu, tak lama terus masuk flight by MAS....kami tiba di Klia pukul 1030pm...Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan berjalan lancar..Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peluang untuk meneroka salah satu isi alam ciptaan-Mu ini....aminnnn....




>>>>>>tamat dahhh.......penat tunggu sampai ending ekk.......ermmm nak coti panjang dah ni...nak ke mana erkkk??????