BLOG sis'R'

Tuesday, November 27, 2012

Andai Bavaria Takdirku

Pelik lagi tajuk entri ni ekk.....ini tajuk novel lagi la...baru mengkhatamkan buku ni semalam. Ni baru tangan ni gatal-gatal kucing nak menaip tentang sinopsis lagi......muahahahaha....takde  cita-cita pun nak jadi pengulas buku....pendek kata..sekadar berkongsi cerita...panjang tak kata apa-apa tau hehehe..

Cerita ini mengisahkan tentang Aisya, seorang wanita Melayu berpendidikan tinggi telah ditakdirkan berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Jerman, Olaf yg ditugaskan ke Malaysia selama 2 tahun. Perkenalan mereka yang bermula sebagai kawan, akhirnya berakhir ke gerbang perkahwinan.

Kisah bermula apabila Aisya terpaksa mengikut suaminya pulang ke Jerman dan tinggal di sebuah perkampungan pedalaman di Obermichelbach,Bavaria. Aisya tidak diterima oleh keluarga mertuanya kerana tindakan Olaf menukar agamanya sedangkan keluarganya adalah penganut agama kristian yg taat.
Aisya terpaksa tabah kerana baginya suatu hari nanti mertuanya pasti menerima dia. Aisya juga terpaksa menjaga anak Olaf, Thomas yang berusia tujuh tahun selepas perceraian Olaf dengan isteri pertamanya,Lisa.  Aisya dapat menerima Thomas seperti anak kandungnya..

Semua penduduk yang mengenali Olaf berasa terkejut kerana Olaf telah Islam. Bagi mereka, Islam itu sangat kejam dan suka berbunuhan. Itu lah pendapat mereka berdasarkan media yg berat sebelah terhadap Islam. Namun Olaf sangat taat dengan Islam walaupun terpaksa berdebat dengan Paderi Ganser yang sangat berharap dengannya dan menghargainya .

Ujian perkahwinan bermula apabila, Olaf menyertai pasukan bantuan sukarelawan ke Paletin yang hendak menghantar bahan-bahan binaan untuk sebuah sekolah di Palestin.Jangkaan misi itu hanyalah dua minggu. Aisya berat hati untuk melepaskan Olaf namum apabila melihat kesungguhannya untuk membantu umat Islam, akhirnya Aisya terpaksa merelakannya walaupun usia anak sulung mereka Maximillian baru 6 bulan.
Sejak pemergian Olaf, tiada sebarang berita diterima. Aisya pula baru disahkan mengandung anak kedua bersama Olaf. Aisya mengalami tekanan hebat dari segi  kewangan untuk membayar ansuran kereta dan rumah serta menanggung Thomas dan Maximillian. Mujur kanak-kanak di bawah 18 tahun menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan.

Tekanan hidup tanpa pekerjaan menyebabkan Aisya terpaksa bekerja untuk menampung hidupnya demi mempertahankan harta suaminya. Bantuan jiran-jiran dan pihak masjid termasuk pihak gereja telah menguatkan semangatnya namun iman tetap utuh malah tetap mengajar Thomas yang telah diislamkan oleh Olaf mengaji dan solat.

Aisya bangkit untuk berjuang demi suami yang dicintainya dan anak- anaknya. Dia membuka sebuah restoran dengan bantuan dua jirannya Venessa dan Margarit yang sangat baik hati walaupun mereka bukan Islam. Dalam masa yang sama Aisya tertekan lagi apabila ibu Thomas, Lisa menuntut hak penjagaan terhadap Thomas sehingga ke mahkamah. Aisya bimbang Thomas akan dikristiankan oleh ibunya. Dengan bantuan Margarit dan mertuanya yang memang tidak mempercayai Lisa. akhirnya hak penjagaan diberikan kepada datuk dan neneknya yang lebih mempercayai Aisya. Bermula dari sinilah hubungan Aisya dengan mertuanya menjadi rapat tambahan pula dengan kelahiran anak keduanya Zidan.

Aisya masih setia menunggu kepulangan Olaf kerana dia yakin Olaf masih hidup walaupun pihak media mengesyaki Olaf telah mati kerana rakan seperjuangan Olaf telah selamat pulang. Menurut mereka, kapal bantuan yang dinaiki Olaf dirampas oleh tentera Israel dan Olaf disyaki pengintip dan diseksa malah mungkin telah dibunuh.Aisya tidak putus asa menanti kerana dia yakin Olaf masih hidup. Dia sentiasa berdoa dan bersolat hajat..apatah lagi dia terpaksa hidup sendirian membesarkan tiga anak yang masih kecil.

Setelah lebih tiga tahun menanti..akhirnya Olaf kembali dalam keadaan yang sangat lemah akibat diseksa dengan cara yang sangat kejam dalam tahanan oleh tentera Israel..Kekuatan Aisya kembali dan hidupnya kembali ceria..

Tamat daaa....

Pada pendapat aku, novel setebal 296 muka surat ni menarik juga  menceritakan perihal dan cara kehidupan penduduk pedalaman Jerman dan keindahannya cuaca empat musim. Pengorbanan seorang isteri ketika berjuang di tempat asing tanpa suami dengan masalah komunikasi telah  disusun dengan baik.Banyak perkara baru yang kita pelajari jika membacanya. So yang berminat cari-cari la buku ni. Aku beli kat mydin USJ juga...hehehe


mode : happy ending ....hehehe...





>>>>>>Ada 3 buah novel lagi belum habis baca..tunggu ya.....
Penyakit tiga serangkai telah melanda aku...demam+batuk+selsema...aku redha!!

3 comments:

  1. Rajinnya dia baca novel! K.ani lama dh tinggalkn dunia membaca novel ni.....sejak ada anak2. Slmt membaca ye....

    ReplyDelete
  2. suka baca novel ek... sy kalau baca novel cpt mngantuk.. hihi

    ReplyDelete