BLOG sis'R'

Thursday, November 1, 2012

Explorasi Beijing Siri 5 -Stadium Sarang Burung

Salam kepada yang sudi membaca...

2 September 2012

Huwaaa...lamanya terhenti entri Beijing ni ye...busy gile-gile dekat nak cuti ni...adoiii..Oke key...kita sambung cite ye.....Hari terakhir ni  kami  turun terus bawa segala barang untuk check out ... Tu dia.. beg aku dah beranak pinak...pegi satu beg , balik dah jadi 3 beg...amekkow!! kalo ikutkan tak de banyak sangat menyopping pun tapi bila dah packing...ermmmmmm (...tersedak jugaks! huhuhu)

Barang-barang dah siap masuk bas..pagi ni sejuk sikit pasal hujan dan mula turun...tak lebat pun. Tapi ujan cenggini ler yang jadi ujan yang berpanjangan dan lambat berenti. Okeyy...tenang-tenangkan diri..jom kita ke  destinasi yang pertama hari ni. Kami ke  Stadium Olimpik 2008 atau orang panggil Bird's Nest  Stadium. Dalam perjalanan hujan jer...agak jauh juga la dari hotel. Ali kata kalo hujan tak berhenti cam ni..tengok dari dalam bas jer...hahhhh?..oh...katakan  tidakkkk!!

Sampai jer kat kawasan tu kami terus ke Olympic Sponsor Jewelry City yang terletak bersebelahan  dengan stadium sarang burung tu.. Kat sini juga adalah satu tempat yang wajib pegi oleh kerajaan depa untuk para pelancong.....tengok korang....tak de chance nak pi tempat kita suker-suker...Pagi benor pun sampai sini...kedai pun belum bukak lagi..
replika kapal ni daripada jade
Kat dalam ni kami diberi penerangan tentang batu permata....macam-macam jenis dan warna la...ada nama tersendiri tapi aku udah lupa... kat sini ada juga pelbagai jenis jade... Seorang lelaki cina yang memberi info tu mengaku dia orang Penang, Malaysia.(ye ke tidak entah lah sebab aku ada terbaca banyak blog tentang penipuan dorang ni) Tapi gaya percakapan dia ni persis Malaysian chinese.

Dia kata dia bukak company menjual batu permata dan  kedai ni bersama  beberapa orang rakan kongsi dari negara Spore dan Thailand kalo tak silap lah..aku pulak dah lupa nama dia..Ah Tan ke apa ntah...sorry..So dia pun cerita la yang barang-barang yang dijual kat situ memang mahel2 sebab dorang nak ketuk pelancong Jepun. Dorang kata orang Jepun yang datang Beijing tu  kaya-kaya. Banyak la loket, rantai, gelang dan cincin dijual kat sini...harganya memang mahel2..

So dipendekkan cerita, dia bagi diskaun la kononnya sebab sama-sama rakyat Malaysia..pesanan dia..kalo beli permata ni jangan jual dan simpan jer sebab harganya akan melambung suatu masa nanti..(kata dia la) Aku ada beli satu cincin kat situ dengan batu kaler maroon..batu ruby kalo tak silap..hanya untuk kenangan jer pun sebab nampak canteq..harga pun tak le yang jenis mahel-mahel pon.(dlm hati --ukur yuan yg tinggal dalam poket jer...hahaa)

Sejam kat situ...kami keluar dan sempat jugak last minute shopping kat dalam tu..sempat jugak  aku rembat benda-benda yg ada jual kat situ untuk buah tangan...hahahaha... geleng kepala si Ali tengok telatah group kami ni yg sempat menyopping lagi..

Keluar dari situ hujan masih lagi renyai-renyai kasar...Ali bagi kebenaran sapa-sapa nak ke stadium tu.Terletak sebelah menyebelah jer.. Dia bagi dalam setengah jam gitu.. Aku dengan mr hubby bergegas ke stadium tu..jauh juga nak berjalan. Dalam hujan renyai tu kami berjalan ke stadium tu sambil bergambo-gambo...Cantik betul binaan stadium ni....kagum seketika!! tapi kami tak  masuk dalam stadium..hanya diperkarangannya je...  layan jer la gambo-gambo ni..kalo ikutkan banyak sangat...ni sebahagian jer..

pintu masuk

Kat perkarangan stadium tu ada  macam kotak-kotak bergambar untuk amik gambor...cantik juga view dia bila bergambo kat sini.. Jenuhlah hubby jadi cameraman bini dia..huhuhu..Ada juga gambar atlit-atlit China yang menang pingat emas olimpik disusun cantik di sepanjang ruang lapang di luar stadium tu...good idea!  jangan serik untuk layanzz gambar-gambar kat stadium nih....hehe



kenal tak mamat ni??




 

Dah puas hati dapat  ke stadium ni kami bergerak ke Tea Shop pulak...ni destinasi terakhir kami di Beijing .. seperti biasa tempat ni kerajaan dia punya....Kami diberi penerangan tentang pelbagai jenis tea yang dijual di China ni. Macam-macam perisa ada..sambil-sambil tu depa bagi la kita rasa teh tu untuk tujuan promosi le tu..best juga dapat teh lepas berujan-ujan kat stadium tadi..hehe..macam-macam rasa ada...harga yang ditawarkan juga mahal tapi aku dah lupa sebab kami tak beli pun teh kat sini...
kotak yang dia pegang tu  ialah serbuk tea plus dgn yg 2 kotak atas
meja tu dalam 200yuan ..tak ingat la...ada kawan aku(cina) kata serbuk kat
dalam tu ada yg tak original..dia pernah kena tipu..serbuk tu bercampur...
huhuhu...caya ke tak?
pelbagai jenis tea dijual kat sini
Perjalanan ke airport diteruskan. Ali kata akan singgah kat restoran untuk lunch dulu. kat mana aku dah lupa tapi restoran ni memang familiar la orang Malaysia datang sebab kat pintu masuk kedai ni ada koleksi duit kertas Malaysia yang tertulis nama-nama pengunjung..banyak woo....kami tak sempat pun nak lekatkan kat situ. Tak de mood pasal restoran ni kureng bersih dan penyediaan makanan dia pun ermmmm entah la tak tau nak cakap ler...Lauk pauk sama jer..nasib baik dah nak balik...telankan juga makanan dorang...

Jam dah menunjukkan pukul 1230pm...flight kami dalam pukul 0430 rasanya..tiba-tiba bas tak boleh start pulak...jenuh menunggu bas lain datang...hampir sejam juga la tunggu...kami dah makin gabra pasal nak check in bagasi lagi...confirm beratur panjang ni..huhuhu...tunggu punya tunggu bas tak juga datang. Fikir punya fikir..kaum lelaki setuju nak tolak bas tu...so..depa ramai-ramai menolak la bas tu...tak sampai beberapa meter jer, bas tu dah boleh start...Alhamdulilllahhh.....bersorak kami kegembiraan...sume yang ada kat situ tengok jer.(dalam hati kesian pelancong tu kan....hehhe jangan kat padan muka udah ler..)

Sampai airport aku dan beberapa orang lagi terus lari cari toilet pasal dah tahan dari kat restoran tadi sebab tak lalu nak masuk...kotor bangat! huhuhu...
Selesai urusan di situ tu kami ke imigresen depa...beria-ria pegawai pompuan tu check sampai tudung aku kena bukak..hantu raya betul!..aku tak nak bukak dia paksa, Astaghafirullahalazimm!! Ampun kan aku Ya Allah..Mula-mula aku tak tanggalkan anak tudung pun  dia suruh cabut..menyumpah-nyumpah aku ..malu sangat-sangat masa tu ramai orang pulak tu tunggu Q....adoii...hubby pun bengang. Sapa yang kena dengan pompuan tu habis kena bukak tudung...tapi yang Q kat line sebelah tak kena pulak..kakak yg kat line sebelah kata maybe sebab aku pakai klip rambut dgn pin tudung....ye ke?? tapi mak cik kat belakang aku kena bukak jugak...grrrrr..  geram tahap gaban tau...

bye--bye  Beijing...
suka dengan budak ni..sweet sgt..
mata bundar..

Dah selamat kat imigresen tu, tak lama terus masuk flight by MAS....kami tiba di Klia pukul 1030pm...Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan berjalan lancar..Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peluang untuk meneroka salah satu isi alam ciptaan-Mu ini....aminnnn....




>>>>>>tamat dahhh.......penat tunggu sampai ending ekk.......ermmm nak coti panjang dah ni...nak ke mana erkkk??????

8 comments:

  1. Pjg sungguh entry holiday dia.......hehehe.....detail sungguh. Boleh wat reference utk gi beijing nnti. Tq 4 sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..bila dah stat menaip ni tak ingat dunia hehehehe..welcome ibu..

      Delete
  2. Teruk betul pegawai immigresen tu....ntah ntah orang baru kot, tak pernah nampak org pakai tudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknye la kot bukak baru tapi....grrrrrr...geram!

      Delete
  3. Kat imigresen Milan lelaki kena bukak semua kecuali boxer or seluar kecik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayoo... Kalo pompuan camana pulak ek?.

      Delete
  4. Abis dah..? Apa la punya imigresen..lain tempat lain la undang2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la..nak buat camana kan tempat org...

      Delete