BLOG sis'R'

Friday, November 23, 2012

Langit Mekah Berkabut Merah

Assalamualaikum...

Bukan main tajuk entri ni kan...Well ianya hanyalah tajuk sebuah novel...dah dua kali khatam baca maklumlah cuti-cuti ni boring pulak kalo ngadap lappy jer..boleh kelabu bijik mata..hahaha

Saje nak berkongsi serba sedikit cerita tentang novel yang setebal 324 muka surat ini berkisarkan tentang kisah benar  karya Geidurrahman El-Mishry..

Begini sinopsisnya...

Midah Hamidah watak utama novel ini merupakan anak kepada seorang ustaz di sebuah daerah di Indonesia. Kematian bapanya menyebabkan  keluarganya hilang tempat bergantung.  Dia terpaksa berhenti belajar di sebuah sekolah menengah agama untuk menyara keluarganya yang terdiri daripada ibu, nenek yang sakit dan adik-adiknya seramai 4 org.

Kesempitan dan tekanan hidup memaksa Midah bekerja sebagai pembantu rumah di Hujjun, Mekah atas desakan ibunya. Dalam hatinya sangat bersyukur kerana ditempatkan bekerja di kota suci Mekah..tempat kelahiran Rasulullah SAW. Namun majikannya bukan seperti mana yang diharapkan..Midah diperlakukan seperti hamba oleh majikannya yang sering melakukan gangguan seksual. Begitu juga gangguan seksual daripada 2 anak lelaki majikannya. Seorang hanya berusia 15 tahun dan seorang lagi  pula hidup sosial malah sering membawa rakan-rakannya pulang ke rumah berpesta arak tanpa halangan daripada majikannya..mungkin kerana dia belajar di Perancis.

Penderitaan Midah bertambah apabila isteri majikannya terserempak kejadian ketika majikannya cuba melakukan gangguan seksual kepada Midah dan Midah dituduh menggoda suaminya..Sejak hari itu Midah diperlakukan seperti binatang malah diberi makan hanya sekali sehari sambil dipukul dan diherdik setiap hari.

Midah berjaya melepaskan diri atas pertolongan pemandu majikannya bernama Bogul (warga Bangladesh) yang tidak sampai hati melihat Midah hampir diperkosa oleh anak majikannya. Sebelum Bogul menghantar Midah  ke Konsulat Jeneral Republik Indonesia(KJRI), Midah sempat ke Masjidil Harram buat pertama kalinya dan mengadu kepada Allah. Di konsulat, Midah ditempatkan sementara dengan bantuan petugas haji bernama Firdaus(kebetulan sekampung dengannya) dan Ubeidullah.

Firdaus pelajar Universiti Al Azhar adalah  bekas anak murid bapa Midah pula telah dituduh atas kesalahan merogol seorang doktor semasa musim haji. Midah telah membantu Firdaus sebagai saksi namun malang bagi Midah apabila kes itu mendapat liputan meluas media di Arab Saudi dan memberi peluang bekas majikan Midah membawa Midah kembali ke Mekah.

Di Mekah, Midah telah didakwa oleh majikannya kerana melarikan diri dan menuduh Midah menjadi pelacur. Midah ditahan dan dikenakan hukuman 80 sebatan. Midah tidak dapat mempertahankan dirinya. Semasa di penjara, Midah telah dipaksa menjadi pemuas nafsu pegawai-pegawai penjara pula. Hidup Midah trauma...Firdaus tidak mampu membantu Midah..Midah pasrah dan redha dengan hukuman kerana dia tahu dia berada di tempat yang benar.

Akhirnya Midah dihukum 80 sebatan di Masjid Qisyas,Jeddah selepas sembahyang Jumaat..kesan sebatan itu menyebabkan tulang punggung dan tulang rusuknya patah, kelenjar saraf dikepalanya tidak berfungsi dan terdapat pendarahan di otaknya.Selepas 2 hari koma, Midah sedar dan keadaanya kelihatan stabil dan pada hari kelima..Midah telah kembali ke rahmatullah dan jenazahnya diterbangkan ke kampung halamannya...

Begitulah serba sedikit kisahnya...ini merupakan kisah benar penulis.  Kadang-kadang kita tidak mengetahui disebalik kesucian Kota Mekah terselit kisah duka yang kita sendiri tidak menjangkakan...


P/s>> banyak terselit hadis-hadis dan  kisah lain tentang Firdaus dalam cerita ini yang kita tak jangkakan. Kepada pencinta novel...kalo nak feel lebih sikit kena beli lah buku ni...Buku ni aku jumpa masa shopping kat Mydin USJ..





>>>>>>dah jadi pengulas buku pulak dah.....hehehe

5 comments: