BLOG sis'R'

Sunday, January 13, 2013

Cuti2 ala Winter Sonata 2- Seoraksan Mountain

Assalamualaikum....

Minggu yang amat meletihkan!!..aduhhh demi tugas kuikhlaskan hati ini..Insya-Allah..

Hemmm....rasa dah rindu nak menaip panjang2 hhehe..rasa dapat rileks daripada memikirkan hal koje..jom kita sambung...
mentari pagi di Korea
221212
Cantik jugak aku tengok tarikh tu..hehe... Hari ni pagi2 dah dapat morning call...wake up time! Kami breakfast kat bilik jer, siap bawak roti dan milo 3in1.Hampir jam 0730am kami dah turun, terus check out. Semua org tepat pada masa. Good! Sempat kami bergambo2 kat luor hotel..sejuk sesangatt..

Dalam bas menuju ke Seorak National Park, Mr Kwan bagitau aturcara hari ni Sambil tu dia  bercerite dan memuji2 lah orang Korea... ye la takkan nak buruk2 nama negara dia kan...kalo aku pun camtu..hehehe  Aku bukan dengor sgt pon apa yg dia merepek kat depan tu..aku sibuk dengan view kat luar sambil kamera kat tangan..haha...sory la banyak jugak terlepas info tambah plak aku dgn mr hubby dok kat belakang..
Gambar2 ni yang sempat diambik dari dalam bas melalui kamera comelku..huhu.




pic ni paling aku suka!!

Haa..ni nak khabokan kat kome...malam tadi tak nampak view kat luorkan...tengok udah siang..Ya Allah.. Subhanallah.cantik sangatt2  sepanjang perjalanan ke Seorak National Park!!.Bukit-bukau memutih dengan pokok-pokok yang udah luruh daunnya..
Time ni aku dah lupa Mr.Kwan..tangan tak abis2 petik kamera..Actually kami mmg selalu bawak 2 kamera..yang aku punya kecik jer biasa2...hubby bawak yang beso dan berat sikit..bukan apa back up jer takut salah satu kamera buat hal...

Tak sampai sejam dah sampai ke destinasi. Dari jauh kawasan pergunungan sangat2 cantik...jalan ke tempat nak naik cable car pun agak licin dengan salji yang dah beku..kena berhati2. Mr kwan dah pesan, masa jalan kat sini jangan seluk poket, takut tak dapat imbangkan badan..jatuh dan boleh cedera!
kawan-kawan baru...sume sporting!
abaikan 'orang tu'...fokus kat pemandangan belakang jer hehehe
yang ni juga!!
Sampai kat stesen cable tu, orang tak ramai lagi, kiranya group kami adalah yg kedua nak naik ke atas gunung tu...so sampai jer. terus naik cable car tu....pemandangan makin lama makin cantik.dalam 5 minit jer dah sampai atas.. Subhanallah..Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku memijak tempat ini...terasa diri kerdil berada di sini!

Dari stesen kita boleh berjalan naik ke atas gunung lagi. Ada laluan khas separuh jalan...pemandangan memutih dengan salji...dalam sejuk2 gitu ada hati rasa nak guling-guling kat salji tu..hahaha...malu lah pulak  ditengok dek orang!! nampak beno macam.......hehehe tak mo bandingkan dengan manusia atau haiwan....mereka juga ciptaan Allah kan!
pagi--pagi deme akan bersihkan laluan ni daripada salji tebal..
kene pegang tali tu..licin sangat2
sejuklah konon..memang pon!!!  
rasa mcm nak buat ais kepal jer...bubuh air gula...hahaha 
eksyen jer tu...kena masuk syiling...time tu  tak tau lg ropa syiling deme!





Tak putus2  bersyukur dan memuji kekuasaan Tuhan...Cuaca sangat baik dan matahari memancar...panas tapi sejuknya hanya Allah yang tahu..Tak lama kat atas tu,makin ramai pelancong luar dan tempatan sampai...Malaysian pun ado! Kira kami ni bernasib baik sebab boleh bergambo tanpa berlatarbelakangkan manusia..bukan beso sangat pun ruang kat atas tu..
ciptaan Allah!!!! sayup2 kat bawah nun stesen nak naik cable car..
Dalam sejam kat atas tu kami pun turun ...rasa puas sangat dapat melihat pemandangan yang belum pernah aku tengok...Alhamdulillahh!
jom susun batu!!!kepercayaan deme buat wish
selepas letak batu yg tertinggi ..ye ke? yg penting bergambo hokey!!
Seterusnya kami dibawa ke pasar basah...tak jauh pun dari situ. Ni kira kawasan perkampungan nelayan la..dekat dengan laut... berhampiran tebing, air laut dah mula membeku! kuasa Allah!

Kat sini banyak la hasil laut yang dikeringkan dijual. Kebanyakannya sotong dan ikan.Macam-macam jenis ikan aku nampak kat sini termasuklah segala macam ketam besar2, sotong dan ikan..Sempat kami beli ikan bilis kering berbijan..berapa ringgit aku dah lupa...tapi sedap...enak dimakan begitu saja....hehehe...jomm layan gambo...
ntah apa bende yg merah2 tu.
pirst time tgk sotong hidup dlm air...
kenyang kalo dapat sekor nih..
ikan  apa tah leper dan nipis  "melekat' je kat lantai kolam tu
sotong kering...
Selesai kat situ, kami ke Teddy Bear Farm... kat dalam tu ada teddy bear la..banyak! tapi telah dipakaikan baju dan mcm2 gaya..menarik jugalah!
jom masuk!!!
tah paham apa dia crite!!




Kemudian kami dibawa naik bas  hingga ke sempadan korea utara, macam  sungai memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan..kalo maklumat ni salah tolong betulkan ye.. Kami tak turun pun just tengok dari dalam bas jer...pastu kami  lunch kat restoran semalam...makanannya sayur-sayuran juga. dengan semangkuk nasik..Vegetarian ok!..patut orang korea ni slim-slim.Udah sejuk plus lapar....makan saje la...kami solat kat situ. Bukan ada tempat pun, ruang tingkat atas tempat makan juga cuma dia ketepikan kerusi je..Alhamdulillah ada jugak tempat nak solat. Nasib bawak kompas!
dimakan bersama semangkuk kecil nasik dan sayur2 mcm  dinner semalam...
Restoran ni macam kat sebuah perkampungan....Kat luar restoran ni banyak batas-batas sayur deme ditutupi salji tebal..Sebab tu sebelum musim salji tiba, deme menjerukkan sayur untuk dijadikan kimchi dan dimakan masa winter!

Sebenarnyakan  banyak sangat gambar kat mountain dan teddy bear farm tu....tak larat nak update...cukup2 lah  dulu untuk hari ni yek....dah ponek bona ghaso eh den ni ha! ha...hahahhaha...

ok...jumpa lagi...





>>> ikuti pengalaman teman main ski..jangan tak cayo!!!(kat maharaja lawak..deme kata org perok manja2..asik nak berteman jer..hahaha)





8 comments:

  1. Subhanallah...cantiknya permandangan kat sana!

    ReplyDelete
  2. Cantikya Korea! Subhanallah.....teringin nk gi jugak!

    ReplyDelete
  3. Waaaa....rasa nak gi Korea hari ni jugak..cepat2 update cerita main ski tu!

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, SubhanAllah... Cantiknya pemandangan...

    ReplyDelete
  5. @princess, ibuhani, kakciknurseroja,miszlimau.....tq..saje share utk sama2 melihat kekuasaan Allah...masih terbayang2 kat sana..sangat2 takjub!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya kak..!! Bestnya dapat main salji camni... xtau la bila sy nak merasa.. hihii

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pemandangan......suka tengok semua gambar cantik cantik !

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat main salji.. :)
    makan tak ketam tu? sedap tak?

    ReplyDelete