BLOG sis'R'

Sunday, February 3, 2013

Cuti2 ala Winter Sonata 5- Jalan2 & Shopping

Hai semua!!!

241212

Ini adalah entry terakhir pasal Korea Tour...emmm sedang berusaha gigih utk mengingatkan plot cite yang dah berlalu lebih sebulan..hemmm...

Seperti biasa pagi ni kami breakfast kat hotel. Terus check out sebab kami akan bermalam  di Incheon untuk malam terakhir di Korea.Pukul 0830am, kami dah masuk bas untuk ke destinasi seterusnya. Kemanakah? Dalam bas Mr.Kwan kata, suhu pada hari ini ialah -14C bawah takat beku! Adoii...patutlah keluar je hotel menuju ke bas rasa kebas pipi walaupun sekejap.

Kami dibawa ke National Ginseng Outlet. Biasalah kat sini dia promot pasal ginseng Korea yang dikatakan sangat bermutu tinggi. Boleh beli guna credit card dan free  tax. Siap bagi cert lagi.  Kita pun sedia maklumkan ginseng ni memang baik untuk kesihatan. Merasalah secawan dua teh ginseng ni. Ada yang dalam bentuk capsule dan serbuk.Kat dalam ni jugak ada info dan gambar tentang proses pertumbuhan ginseng sehingga lah bolah dijadikan ubatan.
from google
Tak lama kat situ, kami ke Amethyst Factory pulak...kat sini adalah tempat jualan perhiasan wanita daripada sumber kristal dari bumi berwarna ungu. Kita mungkin biasa tengok perhiasan kristal rantai, gelang,loket dan sebagainya, kat sini semuanya berwarna ungu. Cantik jugalah. Orang yang minat benda-benda ni sure rambang mata. Aku tak beli apa-apa pun kat sini. Lagipun kami tak lama kat sini..dalam setengah jam rasanya.

biasa tengok kan! kat negara kita pun ada...
yang paling unik adalah ciptaan Allah dalam batu ini
-google-

Selesai di situ kami ke Digital Pavilion. Dunia digital la kat dalam ni. Aku panggil dunia 'Touch n Go' sebabnya kat situ semua peralatan main touch2. Kita boleh ukur kadar kesihatan tubuh badan dan penyakit yang ada dengan peralatan canggih  yang terdapat kat situ. Nak crite lebih-lebih pun tak berapa nak tau nama benda yang ada. Kita akan dapat pas khas untuk menggunakan peralatan yang ada kat dalam tu.

timbunan salji di merata-rata jalan..
Yang paling best kat situ, kita boleh memelihara 'ikan digital' dalam kolam digital  menggunakan pas khas yang diberi dan ikuti langkah  yang terdapat pada board kat situ. Pastu letak tag nama kita.  Kita boleh kenal pasti di mana ikan peliharaan kita dengan menggunakan pas tadi. Sentuhlah pas kita kat mana-mana sudut  kolam tu.... ikan tu akan datang kat kita..hahaha....menarik jugak la! Rasanya tempat ni belum banyak bahan kerana masih dalam proses naik taraf. Untuk budak-budak sekolah memang menarik lah!
inilah ikan peliharaanku...
ikan ni  sedang mencari aku ....hahahaha
Cuaca sangat baik hari ni. Langit membiru tetapi sejuknya bukan main lagi. Rasanya kalo lagi lama kat sini...boleh beku..hahaha.Pemandangan bandar sangat-sangat cantik.. Mr. kwan kata, tiap-tiap awal pagi pekerja2 akan membersihkan salji di atas jalan raya dengan bahan kimia supaya kenderaan yang menggunakan jalan raya pada waktu pagi lebih selamat. Timbunan-timbunan salji merata-rata di tepi jalan.Perjalanan diteruskan untuk lunch. Kami ke 'Little India Seoul' sekali lagi untuk lunch dan terus solat di masjid semalam.
tengah hari di Seoul
semalam kat sini air laut...hari ni  dah beku. dilimpahi salji..
yang ini juga..dah beku!!
Tempat seterusnya, kami ke The Cosmetics Shop. Kami diberi penerangan tentang pelbagai jenis alat kosmetik. Korea kan syurga kosmetik! Aku beli la jugak satu set alat kosmetik penjagaan wajah dan face mask kat sini...selepas tergoda dengan  promoter tuh...manalah tau tetibe muka aku jadi macam awek korea pulaks...wahahahaha terlebih sudah! Awek2 korea yang keje kat sini cantik-cantik kulit dorang tau! Produk yang jual kat sini juga sangat murah dengan adanya promotion untuk krismas esok...huhuhu

Selesai solat kami dibawa ke DongWha Duty Free. Kat sini macam shopping complexs jugalah... Barangan berjenama banyak dijual kat sini. Masuk je kita akan diberi kad diskaun. Tak de apa yang aku shopping kat sini. Barangan agak mahal jugalah sebab aku tengok bahagian kosmetik dia je agak mahal berbanding tempat tadi. Masa yang diberi oleh Mr Kwan juga amatlah terhad! Sementara tunggu yang lain kami pekena 'hot choc' di kedai-kedai  kat situ.
kesejukan melampau...dah berniqab pulak aku !!
tetibe rasa nak snap gambo keta polis ni....
Selesai di sini kami nak final shopping di Namdaemun Market & Myeong-dong Fashion Street. Mr kwan bagi kami dua jam jer...sempat ke nak  ke dua-dua tempat ni? Kawasannya besar yang amat! Kedua-dua tempat ni dipisahkan jalan besar. Kalo nak menyeberang kita hanya turun eskalator ikut jalan bawah jer...tak sempat nak bergambar bagai kat sini..semuanya mengejar masa...
tarik dari google...macam ni ramainya manusia..
Memang meriah kat sini...tempat shopping yang terbesar kat Korea aku rasa. Kumpulan kami berpecah ikut haluan sendiri. Aku dengan mr hubby mencari tempat menjual kain sutera..untuk pesanan orang dan diri sendiri hahaha....Puas mencari, penat berjalan tapi tak jumpa...tempatnya sangat besar dan luas.

Banyak lorong dan setiap lorong ada pelbagai jenis kedai. Banyak sangat baju-baju musim winter  dijual. Macam-macam fashion yang cantik2. Dressing orang korea pada musim ni pun bukan main cantik dengan boots yang pelbagai fesyen! Jenuh berpusing.. dah dekat satu jam tak jumpa kedai kain sutera. Kami ambik keputusan  beli jer apa yang nampak dan berkenan.Pastu kami menyeberang ke Namdaemun.
tarik juga dari google..tak sempat nak bergambo kat sini..
Di Namdaemun Market...suasana lagi happening...punyalah ramai manusia sebab esok cuti nak krismas...laju jer kami berjalan mengejar masa . Sempatlah aku beli boots kat situ... ada promotion krismas! Sebenarnya memang dah lama teringin hehehe. Dalam iternery sebelum sampai korea, shopping kat sini pada hari pertama, tapi jadi hari last pulak.Nak balik barulah merasa pakai boots yang sangat sesuai untuk winter time tu!!!Jadi ler...

Dalam pukul 0700pm kami dinner kat restoran semalam di Itaewon..kemudian meneruskan perjalanan ke Incheon Royal Hotel..Esok dalam pukul 0430am kami perlu breakfast dan terus ke airport untuk check in. Flight kami pada pukul 0855am waktu Korea. Masuk jer hotel , aku terus mengemas barang....menyapu segala losyen kerana bintik2 merah dan gatal makin banyak..huhuhu...
ni pun sama...
251212

Pukul 0345am dah bangun dan bersiap-siap untuk check out...Breakfast...Rupa-rupanya  malam tadi..kawan-kawan serombongan  yang lain turun  dan keluar untuk main salji kat sekitar hotel! Depa kata...time tu salji  turun sangat lebat. Mr kwan kata 1cm....dari hotel boleh nampak. Tapi bilik kami menghadap dinding..tak nampak apa pun kat luar! Maka...terlepaslah  peluang ittew...Apabila pagi salji tebal menutup jalan raya dan kenderaan yang ada....ruginye rasa tak dapat pi main waktu salji tu turun malam tadi ..huhuhu...sedeyy....tak pe lah(pujuk hati!)
fokus pada lori kat belakang tu...kena selimut salji lebat malam tadi..
Naik bas kami terus ke sebuah shopping complexs berdekatan hotel...kat sini last shopping kot...sempat beli garfu dan sudu jer untuk kenangan. Seterusnya kami ke airport. Selesai semua urusan, tepat jam 0855am...flight AA meninggalkan Korea....Dalam hati berbisik...sangat best bercuti di Korea ni!! Rasa nak datang lagi masa spring...entah bila! Dari  flight, seperti biasa aku akan snap sebanyak mana gambar dari udara kerana itu acara wajib aku!!! nasiblah  aku dok kat tingkap....Jom layannzz....
bye-bye Korea!!!
Subhanallahhh...Cantikkan!!
Lihat ciptaan Allah pada pepasir di lautan yang hampir beku tu..
macam apa ya??? adakah pembalikan cahaya??
pulau ni macam burung nak mendarat...

macam haiwan zaman dinosour pun ada jugak...
The Incheon Bridge - macam Penang Bridge!
Bentuk muka bumi Korea..
semakin tinggi
eh..ehh kat mana ni.???? hehehe
menghijau bumiku bertuah!!
Alhamdulillah selamat mendarat...

Kami tiba di LCCT pada jam 0330pm. Alhamdulillah semuanya selamat. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang diberi..
Habis dah travelogku ini...trima kasih kepada yang sudi membaca...







>>>>>hemmmm.....dah rasa malas nak berblogging ni...!!!







10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cantik2 gambar yang R kongsikan..
    jangan la berenti..tulis aja..tinggalkan kenangan di blog R..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah Acik...terima kasih kerana beri semangat..

      Delete
  3. Replies
    1. Hobi akak ambik gambar dr flight...rasa terkilan kalo xdpt duduk kat tingkap...hehehe

      Delete
  4. Cantik korea dlm musim salji ni ye.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak! Hujan emas kat tempat org...hujan batu kat negeri sendiri....

      Delete
  5. teringin nak pegi. but i m sure i tak kan tahan dgn sejuk.. nak pegi waktu spring je kot...

    ReplyDelete
  6. Rasanya tempat ginseng, amethyst dan cosmetics shops tu memang tempat wajib kot kalau kita gi korea ikut travel agency kan? Memang best dpt rasa main salji, tapi setakat masa bercuti jer lah, tak tahan sejukkkk....

    ReplyDelete
  7. nice blog indeed. bestnya dapat g korea time peak winter. sangat jeles melihat gambar2 mu ittew.

    ReplyDelete